Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
2 days ago
6 comments:
Asalamualaikum,
Apa yang saya faham dari Al-Quran, yang telah menyebut tentang betapa ahli kitab yang telah menyatakan Allah itu mempunyai anak dan sebagainaya. Bagi saya penekanan mereka untuk menggunakan nama Allah itu hanya menguatkan atau menkonfirmkan apa yang disebut oleh Allah SHwT didalam Al-Quran. Jika mereka menggunakan nama tuhan yang dimaksudkan mereka itu selain Allah misalnya God atau nama yang lain maka pembohongan yang telah mereka lakukan itu belum cukup jelas atau tepat. Justeru, Apa yang mereka lakukan ini seharusnya menambah atau meneguhkan lagi keimanan kita terhadap Allah SHwT Al-Quran dan Rasullullah SAHawS dan bukannya perosak kepada agama kita.
Mereka telah sekian lama tersesat dalam hal Ketuhanan ini apapun yang mereka katakan yang salah mengenai Tuhan Semesta Alam ini sedikit atau setitikpun tidak langsung menggugat kedudukanNya sebagai Tuhan dan Rabbul Alamin. Mereka cuba untuk memadamkan Cahaya Islam dengan mulut mereka namun Allah itu Maha Berkuasa keatas segala sesuatu.
Maka bagi saya, tidak perlulah untuk berbincang dengan mereka itu kononnya meminta agar mereka menarik balik usaha mereka itu atau kita akan bertindak ganas keatas mereka. Yang penting umat Islam harus memahami Agama mereka dengan tepat dan jelas dan bukannya membiarkan pemahaman kita yang tidak seberapa ini begitu saja dan mengharap atau menghalang umat lain untuk tidak meneruskan usaha mereka untuk mempengaruhi kita. Kalau itu yang kita buat maka nampak lah kita yang lemah dari segi Agama kita dan kita akan dilihat tidak gentlemen atau tidak yakin dengan diri kita sendiri.
Tak usahlah nak sibok sibok mengenai hal ini stedi jak kita, biarlah mereka terjun dengan labu labunya.
WaAllahu Alm.
(p.s. kadang2 siok juga guna bahasa pasar eh.)
Wasalam.
Wassalam warahmatullah..
Setuju pendapat Sedara Siyen.. Sblum tuh.. tya ckit.. Napa pakai nick name Siyen2 aa?? hihi.. pelik nama nih.. hehe..
Betul apa yang sedara cakpkan.. dalam Quran.. org2 nasrani ni mengatakan Allah mempunyai anak.. (Crita ahli kitab nasrani banyak dalam surah Ali-Imran) dan sy pun terfkir gak benda tuh.. Sama dalam Quran.. Mereka mengatakan Allah mempunyai anak.. dan benda2 nih memang akan menguatkan iman kita.. ( harap2 aa.. hehe.. )
masaalah yang berlaku hari ini.. Umat Islam di Malaysia ni mempunyai tahap kefahaman Islam yang sangt rendah.. Mana dengan gejala social yang sangat menakutkan.. zina merata-rata.. arak.. judi.. rogol.. rompak.. samun.. bunuh.. dan lain2.. majoriti yang buat ni adalah umat islam.. generasi muda Islam..
Rasa2 laa... tiba2 jak dibenarkan penggunaan kalimah ALLAH tu kan.. Pada pendapat sedara siyen.. adakah generasi muda islam hari ini akan ambil kisah tentang benda nih.. dan akan memperkuatkan kefahaman Islam masing2?? Ataupun mereka masih lagi belum bangun dari hiburan yang melampau (yang disediakan oleh kerajaan) ??
Bimbang kekonpiusan akan berlaku dikalangan anak2 muda kita hari ini.. Satu lagi.. Bimbang ketidaktenteraman akan tergugat.. Dan jadi perang agama seperti yang berlaku di Ambon, di selatn thai.. di mindanaou dan lain2..
Mungkin kita fikirkan diri kita.. Yeah.. kita faham.. Allah tu Satu.. Allah tidak ada anak dan tidak diperanakkan..
Tapi orang lain?? orang2 kampung?? masyarakat kita?? lagi2 di sabah... Muallaf2 ??? try fikirkan orang lain..
Sekarang ini adalah Soal MASA.. Bukan mereka tidak boleh menggunakan nama Allah.. tapi Masa belum sesuai untuk kita membenarkan mereka berbuat demikian.. lain laa kalau kita ni dah jadi masyarakat Islam yang Faham paling2 pun asas islam tuh.. Kan.. Tapi .. sekrang.. Belum sesuai lagi..
Jadi.. adalah patut untuk kita menghalang Penggunaan kalimah tu buat masa nih.. Memandangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan..
Bukan sy mengatakan benda itu tidak ada kebaikan.. Ada.. tapi buat masa ini.. lebih banyak keburukan dari kebaikan.. So, untuk mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.. Baik Elakkan..
benda ni complex sebenarnya.. Memerlukan semua umat Islam duduk semeja untuk berfikir tentang penyelesaiannya..
:-)
"Kalau itu yang kita buat maka nampak lah kita yang lemah dari segi Agama kita dan kita akan dilihat tidak gentlemen atau tidak yakin dengan diri kita sendiri."
apakah kita kuat sekarang?? Kerana kita lemahlaah kita kena menghalang benda ni dari berlaku.. Dah laa lemah.. masuk lagi benda2 macamnih.. lagi2 laa lemah..
Takut2 selepas ini.. Mereka akan meminta untuk digunakan perkataan "MUSLIM" pulak.. yang ni camana pulak??
Ataupun dalam restoren2 mereka dorang bubuh nama ALLAH.. Fuh.. payah tu mau pilih.. tengok2 makan restoren cina kita di kk tuh..
dan banyak lagi benda yang perlu difikirkan.. :-)
Just sedikit pendapat.. :-)
Salaamualaikum,
Selawat dan salam juga kita sampaikan keatas Nabi kita dan Rasulllullah SAawS berserta Ahli Keluarga dan Sahabat2nya.
Mengenai nickname? Siyen2 = (English)Siyen Two =(Bahasa Bajau)Siyen Tu = (Bahasa Melayu)Siapakah Ini. Tentunya orang akan bertanya siapakah yang mengomen ini? he he.. Jika dirujuk Siyen2, saya taulah saya yang dimaksudkan. Namun masih juga Anonymous he he. Yang penting ialah apa yang kita dapat perolehi dari perbincangan kita disini. Mudah mudahan apa yang kita bincang disini mendapat RedhaNya dan diterima sebagai amal soleh disisi Allah SHwT.
Agak rumit juga untuk saya meleraikankan kekusutan tentang hal yang dibangkitkan oleh kamu itu. Ini melibatkan perbincangan yang amat panjang dan tidak mungkin dapat saya huraikan dengan terperinci disini. Saya berharap satu hari nanti akan terserlahlah sebab kekusutan ini dan dengan Izin serta Hidayah Allah kita akan ketahui apa tindakan yang perlu kita laksanakan. Namun saya akan cuba setakat mana saya mampu untuk menerangkan apa yang ada dihati saya sekarang.
Bayangkan kita bersama Rasullah SAawS sekarang, tanya diri kita apakah jawapannya jika kita ajukan permasalahan ini kepada Beginda?
Saya rasa kita boleh hilang focus jika kita membuat tindakan sebagai reaksi dari tindakan pihak2 tertentu ketika ini.
Mungkin kita harus kambali kepada 'What is Basic' kembali kepada Asas. Saya yakin kamu tahu apa asas yang saya maksudkan.
Jikalau orang kita mengadakan rusuhan adakah kita setuju dengan tindakan tersebut atau adakah kita akan turut serta?
Kebingunggan yang di alami oleh orang muda melayu sekarang serupa dengan apa yang dialami oleh masyarakat yang bukan Islam di seluruh dunia.
Adakah kita bebas berfikir atau kita dipengaruhi oleh orang2 tertentu? Mengapa Rasullullah SAawS mendiamkan diri di gua Hira?
Kita tidak punya pilihan selain dari memohon sebanyak2nya Hidayah dari Allah, kekuatan dari Allah, kebijaksanaan dari Allah dengan berusaha sedaya upaya mendekatiNya seperti apa yang telah dilakukan oleh Rasullullah SAawS. Kita sudah tahu 'InAllah Hua Ala Kullishaing Qadir' dan 'La Haula Wa La Kuwata illa Billah'. Mungkin kita kurang bermunajat kepadanya.
Saya lebih cenderung kepada 'self critisism'. Kalau yang asas pun kita masih bingung bagaimanakah kita dapat menangani masaalah yang meluas? Kita perlu memahami dengan tepat dan yakin apa itu Islam. Setelah diberi Hidayah dan Nikmat Siraatal Mustaqim itu baru lah kita tahu kemana arah tuju kita selanjutnya.
Setakat ini saja dahulu yang sempat saya katakan tentang hal yang dibincangkan ini. Tentunya ini belum dapat menjelaskan sepenuhnya apa yang berlegar di fikiran saya.
Jika diIzinkan oleh Allah SwT kita akan teruskan perbincangan mengenai Agama yang kita sudah Kasih ini.
WaAllahu Alm.
Saya doakan kamu menempah kejayaan disana dan sentiasa diKurniakan Keselamatan, Rahmat dan HidayahNya.
Wasalam.
Salam..
:-)
aa.. complex n complicated..
InsyaALlah ada rezeki kita boleh bersengkang mata kan.. bekenal-kenalan.. Harapan nih sedara Siyen2 nih.. Masyarakat Islam Sabah memang menantikan ornag macam Siyen2.. :-) Semoga tetap Istiqamah k..
okayy..
1sy yang boleh kita buat..
1. Apa-apapun kena bermula dari diri sendiri dan keluarga.. bina suasana Islam..
2. Berkongsi dengan masyarakat tentang Islam tu sendiri. (Di tempat masing2 aa nih..)
eg.. buat program yang menjurus kepada kefahaman Islam.. dan lain2 laa nih..
3. menggabungkan diri dengan mana-mana jemaah Islam yang bergerak untuk memajukan umat Islam..
4. di pihak atasan pulak.. kita kena berusaha supaya semua persatuan dan jemaah boleh bergerak dan ada kesefahaman diantara satu sama lain.. dan menuju kepada satu objektif yang sama..
dan macam2 lagi aa benda yang boleh kita lakukan..
Saya juga bersependapt dengan sedara siyentu..about "What is Basic ".. Memahamkan Umat Islam mengenai BASIC..
kenapa kena buat macamni?? kerana Orang Islam kita ni Basic pun ndak paham kan.. lagi2 laa di sabah.. Sedih bila join kwn2 masuk kampung2.. kawasn2 pedalamn.. tengok orang2 muallaf.. tengok remaja2 islam.. Sedih dowh..
Sy x mengatakan kefahaman Islam sy ni dah sempurna ka.. atau apa2 ka.. cumanya.. mana2 yang kita boleh sumbangkan untuk family dan masyarakat kita di sabah.. InsyaAllah kita cuba sedaya-upaya kita..
kalau kita asyik nak tggu sampai kita ni benar2 faham Islam tu bagaimana.. dan sampai kita masuk tahap ulama baru kita nak mula rancang dakwah kita.. Pehh.. sampai bila dowh..
n satu lagi.. apa criteria yang boleh kita gunakan untuk meyakinkan diri kita ni dah faham islam dengan sempurna atau tidak.. kalau ada criteria tuh.. mungkin sedara siyen2 boleh kongsikan bersama.. pasal kita suma mau jadi orang yang faham Islam dengan sempurna kaan.. :-)
Last.. jangan tutup mata dengan gerakan Kristianisasi di Sabah.. Benda2 ni semuanya ada kaitan antara satu sama lain.. fikir-fikirkan k.. :-)
" Bayangkan kita bersama Rasullah SAawS sekarang, tanya diri kita apakah jawapannya jika kita ajukan permasalahan ini kepada Beginda? "
masaalah sekrang ni Rasulullah dah teda kan.. :-) Tapi Rasulullah tinggalkan 2.. Quran dan Sunnah Nabi.. Mengenai Isu Kalimah Allah nih.. ada pro dan ada kontra.. dan kedua2nya ada dalil dan hujah masing2.. Terpulang kepada kita mau pilih yang mana satu kan.. berdasarkan ulasan Ulama2 laa.. bukan atas dasar nafsu dan keinginan diri sendiri semata-mata.. :-)
Oklah.. sedara siyen2 pun camtu gak.. Semoga diberkati Allah selalu.. diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus berjuang mempertegakkan Islam di Sabah.. Ameenn..
dah... Kena study jap..
:-)
Asalamualaikum,
Sambung sikit cerita pasal Kalimah Allah ini.
Soal samaada kita harus halang mereka menggunakan kalimah tersebut.
Saya rasa mereka ada hak untuk memanggil nama tuhan yang mereka maksudkan. Jika mereka bermaksud tuhan yang mencipta langit dan bumi, maka betul lah nama tuhan yang mereka maksudkan itu ialah Allah. Sekarang mereka diMalaysia mahu mengambil hak itu. Secara teknikalnya mereka mempunyai hak keatas kalimah Allah tersebut. Mungkin sebab itulah mereka menang di Mahkamah.
Cuma yang kita pertikaikan ini ialah adakah kita membenarkan mereka berdakwah dengan mengatakan bahawa tuhan itu mempunyai anak. Ini adalah soal kepercayaan. Jika kita mengamal kepercayaan yang berbilang di Negara kita maka kita tidak ada pilihan melainkan membenarkan mereka bebas mengatakan demikian. Jadi dimana salahnya?
Jika nasrani mengatakan demikian , adakah didalam AlQuran atau hadith yang memerintahkan kita untuk menghalang mereka itu?
Jika ada maka kita wajib mengambil tindakan, sebaliknya kalau tiada kita harus menghormati hak mereka itu. Jika tidak maka kita gagal untuk mendokong Islam sebagai agama yang dihormati sebagai perjuang keadilan dan pemimpin kepada seluruh manusia.
Mungkin kita rasa kurang senang tentang hal ini namun kita harus pikul beban ini demi menjaga kehormatan Islam itu sendiri. Saya nampak masalah yang kita hadapi selama ini bukannya yang dilakukan oleh orang lain tetapi perbuatan kita sendiri.
Kalau kita beriman,beramal soleh, yakin, melaksanakan perintah dan menjauhi laranganNya serta menyerah jiwa dan raga kita sebulat2nya kepada Allah SHwT saya yakin Kita akan berada diJalan yang Lurus itu.
Saya melihat Allah mempunyai RancanganNya sendiri.
WaAllahu Alm.
:-)
Yupp.. saya nampak apa yang sedara Siyen2 lihat..
Sedara sedang membincangkan soal keterbukaan.. Demokrasi dan bagaimana kita nak ambik peluang dalam period2 seperti ini..
kita tak menolak dorang menggunakan nama Allah jika itu yang dorang nak.. kerana memang dalam quran n hadis pun tak penah sebut akan penghalangan benda2 nih.. tapi banyak benda lagi yang kita kena consider..
Bagi saya.. tu memang hak dorang nak mengamalkan agama dorang.. atau nak bawa orang lain kepada agama dorang.. Tu adalah hak dorang.. Macam kita gak.. kita ada hak untuk bawa yang kristian ni tuk menganut Islam.. kerana itu adalah Hak kita..
cumanya.. terlalu banyak benda lagi yang perlu kita fikirkan.. soal anak-anak muda kita hari nih.. soal keamanan n keharmonian negara.. dan lain2 lagi..
Saya berpendapat.. BUAT MASA NIH.. benda ni sepatutnya ditangguhkan dulu.. banyak keburukan dari kebaikan untuk generasi Islam kita nih..
Zaman Nabi tak sama dengan Zaman hari ni kan.. tu pun kena consider jugak..
dalam masa yang sama.. Semua pihak kena sedar dan mula bekerja.. kerajaan ka.. Ngo ka.. Pembangkang ka.. semua yang namanya Muslim.. Semua kena gerak.. sebagaimana yang sedara siyen2 cakapkan..
" Kalau kita beriman,beramal soleh, yakin, melaksanakan perintah dan menjauhi laranganNya serta menyerah jiwa dan raga kita sebulat2nya kepada Allah SHwT saya yakin Kita akan berada diJalan yang Lurus itu. "
Yupp.. camtu laa yang kita harapkan..
Tapi BAGAIMANA ??
dalam menmbincangkan tentang bagaimana.. kita tidak boleh hanya dengan mengatakan benda2 yang general semata-mata.. Kena specific.. Baru namanya ada gerak kerja dan jadilah ianya satu strategi yang boleh digerakkan.. dan jadilah ianya realiti dan bukan teori semata-mata..
Post a Comment