Tuesday, January 19, 2010

Dengan NamaNya..



Bismillah..

Alhamdulillah.. Masih lagi diberi kesihatan kan oleh Allah.. Walaupun banyak buat dosa dan maksiat.. mentakabburkan diri di hadapanNya.. dengan sengaja atau tidak.. namun.. Dia tetap Maha Pengasih Maha Penyayang.. Masih lagi diberi peluang untuk kembali kepadaNya.. Alhamdulillah.. Ya Allah.. Ampunilah kami hambamu yang hina lagi dina ini.. Astagfirullah..

Esok hari kedua kelas selepas bercuti panjang sempena H1N1 yang berminggu lamanya. Clinical Pharmacology.. Hehe.. InsyaAllah best jugak cycle lepas nih.. Cuma aku perlukan kekuatan semangat.. Kadang-kadang semangat ni turun habes-habesan.. hingga tak mampu untuk aku berbuat apa-apa..

Hari demi hari diri kita perlukan nasihat dan panduan. Semakin meningkat usia, semakin matang pemikiran kita. Kalau dahulu di sekolah, terjemahan Al-Quran dibaca tanpa perasaan.. Pada waktu itu, kita mungkin tertanya-tanya.. betulkah semua benda ada diterangkan di dalam Al-Quran ? Ada ketika aqidah bergoyang bagaikan dilanda tsunami apabila kita mula mempersoalkan isi-isi Al-Quran..

Usia meningkat.. Ilmu pun bertambah.. Bumi dijelajah.. Makhluk dikenal.. Semuanya mematangkan fikiran.. membawa kepada pelbagai persoalan wujudkan Tuhan.. Siapakah Tuhan.. Ilmu yang masih sedikit di dada digunakan untuk mencari Tuhan..

Aku merenung terjemahan Al-Quran itu.. Ya Allah.. kenapa hati ini masih belum mahu tunduk kepadaMu.. Bukankah aku sudah mengetahui betapa azabnya siksaMu di Neraka nanti.. Bukankah aku sudah membaca akan sifat-sifat syurgaMu.. Bukan aku tidak melihat akan mukjizatMu.. aku melihat dengan mataku sendiri.. aku merasa dengan perasaanku sendiri.. namun.. Hati ini tidak juga mahu tunduk kepadaMu.. Ampunilah hambaMu yang lemah ini ya Allah..

ketika jari membuat maksiat.. aku sedar.. jari-jari ini akan berkata-kata tentang apa yang dikerjakannya.. Bukan aku tidak tahu perkara itu ya Allah.. Aku tahu..

ketika mata ini berbuat maksiat.. aku tahu mata ini akan dibakar di neraka nanti.. bukan aku tidak tahu.. mata ini merupakan tempat panahan syaitan.. Bukan aku tidak tahu.. akan ayatMu yang menyuruh aku merendahkan pandanganku.. Aku tahu semua itu...

ketika nikmatmu.. kesihatan.. harta.. segala kelebihan yang engkau berikan padaku.. aku gunakan mereka ini di jalanMu yang salah... Aku sedar ya Tuhan.. Bukan aku tidak sedar.. yang aku sengaja menggunakan segala nikmatmu ini untuk berbuat maksiat padaMu...

ya Allah... Aku hambaMu...

Ampunilah daku..

aku tidak ada sesiapa kecualiMu.. TanpaMu.. hidupku tidak bermakna.. Ampuni daku.. hambamu yang tersangat-sangat lemah ini..

Aku malu padaMu Tuhan..

Aku tahu.. aku tak layak untuk ke syurgaMu.. Siapalah aku di pandanganMu.. Namun ya Tuhan.. aku tidak sanggup untuk hidup di dalam NerakaMu..

ya Allah... aku malu meminta syurgaMu.. kerana aku tak layak untuknya ya Allah.. Ya Rabbi.. aku hanya mengharap pandanganMu ya Allah... pandanglah aku.. dengan pandangan belas kasihanMu... kasihanilah hambamu yang hina ini..

ya ArhamarRahimeen.. Irhamnii..

0 comments: