Monday, January 04, 2010

Last SeMesteR..


Bismillah..

Berpagian dengan Rabbani -SollaAlaiKaLLah...

Hari ni dah masuk semester yang ke-12. Wahh.. Ndak sangkanya.. rupa-rupanya jap lagi aku akan menghabeskan studiku di bumi Simferopol nih. Graduation day jatuh pada 28 Jun kot kalau ndak silap. Hari tu dah ukur-ukur robe tuk graduate.

tukar lagu pulak.... For The Rest of My LiFe by Maher Zain..

Layan gak lagu nih.. lagu untuk Isteri.. amik sikit eh liriknya.. hihi..

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

kan.. Layan kan ??? hehe.. kalau nak dengar lagunya yang lengkap.. cari jak di utube.. mesti ada punya tuh orang uploadkan..

Sedikit nasihat untuk diri sendiri dan kawan-kawan..

Dalam Surah Baqarah, Allah menerangkan tentang perangai orang yahudi, ornag munafik, orang fasik dan lain-lain lagi. Dalam surah ni jugak Allah banyak bagi perumpamaan yang Allah nak kita berfikir. Bukan itu sahaja, hukum kekeluargaan pun ada dijelaskan di dalamnya.

Bila baca surah nih.. Terasa betapa teruknya orang Yahudi.. selepas mereka diselamatkan Allah daripada Firaun dan mereka melihat firaun diperlakukan sedemikian oleh Allah.. ada juga sebahagian dari mereka yang masih tidak mahu beriman dengan apa yang dibawa oleh nabi Musa.

Allah memerintahkan Nabi Musa mengetuk batu.. lalu keluarkan 12 mata air yang mengalirkan air yang segar untuk diminum. Selepas itu, ada juga yang nak lebih.. Mereka berkata.. Wahai Musa.. mintakan laa kepada Tuhanmu lagi... bermacam-macam lagi.. makanan.. kerana mereka tak cukup satu.. mereka nak lebih..

Mereka nak.. semua Allah bagi.. tapi masaalahnya.. selepas diberi berbagai-bagai nikmat Allah.. mereka masih tidak mahu bersyukur.. masih lagi menentang Allah.. Masih lagi menyekutukan Allah.. mengambil anak sapi sebagai Tuhan sewaktu nabi Musa masih berada di atas gunung sinai.

Banyak ayat-ayat Allah yang menyuruh orang yahudi ni ingat akan nikmat yang Allah berikan kepada mereka. Allah tinggikan darjat mereka pada waktu itu supaya mereka menjadi di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan bersyukur. Tapi yang berlaku, tebalik pula dari itu. Hanya sedikit sahaja yang menjadi pengikut setia Nabi Musa.. yang lainnya.. terpesong sesat lagi menyesatkan.. lalu ditimpakan kenistaan dan kejijikan kepada mereka kerana kekufuran mereka.

Mengapa Allah banyak cerita tentang Yahudi ?? Ini adalah supaya kita boleh ambik pengajaran daripadanya. Masaalah kita hari ini, kita mengutuk yahudi dan bermacam-macam lagi tetapi dalam masa yang sama kita tidak sedar yang perangai kita pun semacam yahudi.

Yahudi ni dalam Al-quran Allah nyatakan sebagai orang yang mempunyai pengetahuan mengenai kitab Allah.. kitab Taurat tetapi mereka tidak membuat seperti apa yang Allah suruh mereka lakukan. Taurat ada pada mereka.. Tapi mereka menukarkan ayat-ayat Allah dan menyesatkan orang lain. Mereka menyembunyikan apa yang terkandung di dalamnya.

Dalam Quran Allah nyatakan.. Dalam Taurat ada menerangkan mengenai Nabi Muhammad.. sehinggakan Allah memberitahu kita, orang-orang ahli kitab nih mengenali Muhammad ni semacam mereka mengenali anak-anak mereka sendiri.

Aku berfikir sejenak.. Seperti kenal anak-anak mereka sendiri ??? Tu kenal sangat-sangat tuh.. Macam Bapa kenal aku.. macam Mama kenal aku.. perangai.. sikap... suka makan apa.. suka main apa.. malas ka.. rajin ka.. dan lain-lain..

Ahli-ahli Kitab dulu pun tahu kedatangan Muhammad.. dan mereka mengharapkan Muhammad turun dikalangan bangsa Yahudi.. tapi rancangan Allah lebih dari itu.. Nabi Muhammad dilahirkan dalam kalangan bangsa Arab dari suku Quraish. Lalu panaslah hati mereka.. Tidak puas hati.. Dengki.. benci.. dan bermacam-macam lagi.. Dengan sebab itu mereka menyembunyikan kebenaran.. lalu orang-orang seperti ini dikutuk Allah sebagai orang-orang yang tidak tahu bersyukur.

Apa pula kaitannya dengan orang Islam hari ini ?? try kaitkan..

Mesti ada kaitan.. kemunduran.. dari segenap aspek.. ekonomi.. politik.. pendidikan.. dan lain-lain.. Mengapa Allah masih membiarkan kita dalam keadaan ini?? Mengapa??

Quran ada dihadapan kita.. Tapi apa yang dah kita lakukan terhadap Quran ??

Quran ini ada 2.. Satu Kitab Quran.. satu lagi Bacaan Quran tuh...

Mana satu datang dahulu?? Bacaan ka atau Kitab yang ditulis tu?? Mana satu lagi penting?? dan kenapa??

apa kaitan Quran dengan kemunduran Umat Islam ??

apa pula kaitan Kehebatan Umat Islam satu ketika dahulu dengan Quran ??

Ok aa.. Sama-sama fikir k..

15 minit lagi masuk pkul 9.. Pkul 9 stat kelas.. Ok.. Siap-siap dulu.. mo gi kelas.. Chow..

0 comments: