Sunday, May 24, 2009

Face TumouR

Face Tumour ... Seorang lelaki yang dipanggil Elephant man sedang menjalani Operation untuk membuang Tumour yang ada di bahagian Mukanya seberat 50 pound. MasyaAllah... SAksikan....

Zhur-Zhur VadaPaD


Alhamdulillah... carol dah upload dah gambar-gambar Jalan-jalan Zhur-Zhur 23/05/09. Haha.. Ni antara gambar yang aku copy je dari FB dia.. hihi... Senang kan.. hihi..


Lompat jangan x lompat.. (aku n megat je x lompat.. hihi..)


Haha....... Control macho sume..


Sementara menunggu Bas dak muslimat yang tersangat-sangat lambat.. huhu..


Aiseemen bro... (Iqbal)
(kepada sape2 yang berkenan kt hati.. leh laa bgtau kt saya eh.. kawan sy ni baik orangnye.. masih single lagi aa.. Cepat.... nanti telambat.. hihi... Sape cepat dia dapat eh... )


Dr MUS
ni pun Same gak.. sape yang berkenan just contact je saya.. hihihi..



CAROL
aisee... photographer kita ni telebih plak machonye.. haha..


Mane dah ni bas dak Muslimat ni..... lambat aaaaaaaa....


haha....... ni dah berpunye...... kih3....


Sewaktu sampai di lembah Zhur-Zhur... (ish2...)


antara Port-port best..


Senyummmmm....


- Incik MAsh -
ni pun dah berpunyeee eh... hihihi..


Tazkirah oleh Thaufiqul Ameen... (baju merah..) - Baju hijau insaf mendengar -


Selepas penat mandi air sungai yang sangat sejuk...


Senyum lagi..... Gigi sape yang paling putih....


Cantiknya ciptaan Allah.... SubhanallaH...


Air TerjuN Zhur-Zhur


Satu-satunye Pemain Import dari Turki... Abu BekeR... (menunggu Pics oleh abu beker kt FB.. hihi... yang tuala kt leher (AkasyaH) pun dah berpunye.. )


Hehehehe..


Cheeseee... !!!


MeGGG..... balik summer ni dah nak kawen dah... Dia join pasal nak menghabiskan masa bujangnya bersama kawan-kawan.. hihi.. Alhamdulillah.... Banyaknye orang nak kawen..


Kimi... Teringat orang rumah kee??


Subhanallah....


Takbir!! Takbir!! Takbir!! Tahlil!!


Cukup Semua ade kat dalam gambar....


Mael... ape hal??



Sekian sahaja dahulu sekitar Program Jelajah Benua
Anjuran

Islamic Student Movement (ISIM)

dengan kerjasama
KUU
GAMTET

Semoga terhibuR......

Thanks sume... Syok sgt program ni.. Wat lagi eh.. taun depan Faiz kenai ready lagi eh.. (Pengarah Program) hihi..



Saturday, May 23, 2009

Di kala itu..

Lok Kawi Beach - Putatan


Di kala itu aku termenung, memuhasabah kembali jalan yang kutempuh.. lalu ku lakarkannya diatas kertas buat yang teristimewa...

Mereka

Mereka yang membuatku bersemangat

Mereka yang mengharapkan harapan

Harapan sebesar langit dan bumi

Mereka sering membuatkan ku tersenyum

Nilai tawa mereka

Kata-kata yang terhembur

Menyimpan sejuta keyakinan

Yakin pada diriku untuk melakukannya


Teirma kasih

Kerana setia menanti kepulangan ku

Aku tahu diriku lemah

Bukan seperti yang kamu fikirkan

Tapi akan ku buktikan

Semua itu akan berubah

Dengan pertolongan yang Maha Kuasa


Lebarkanlah senyumanmu

Tinggikan dan besarkan Jiwamu

Percayalah

Kita adalah yang terpilih

Generasi baru penggoncang suasana

Akan kita goncang bersama

Lalu akan kita bina

Seperti yang kita mahukan

Yakinlah

Masa itu pasti akan datang


Terima kasih kepada yang memberikan semangat buatku mengharungi exam yang bakal tiba tak lama lagi. Kata-kata diatas aku buat khas tuk keluargaku, mama.. bapa.. kakak.. dan adik-adik.. juga buat kawan-kawan yang dekat dan yang jauh.. untuk masyarakat kampungku.. kawasanku.. dan negeriku.. dan untuk semua yang selalu menziarahi blog yang tak seberapa ini..

Thankss.. Doakan buat kami semua..


Belajar dari Pengalaman


Banyak sangat yang perlu dibaca. Hari ni aku meluangkan banyak masaku untuk mentelaah Subjek Obstetric and Gynecology. Sambil-sambil mataku melirik ke arah kertas-kertas jawapan yang masih tebal, aku terbayang-bayang pengalamanku semasa berpraktikal di Hospital Likas, kota kinabalu. Sesekali aku tergelak sendirian teringatkan kisah-kisah yang mencuit hati. Tidak kurang pulak kisah yang menyedihkan dan yang membuat diriku sedikit cemas.

Uterine Rupture....

Hmm... banyak faktor yang boleh menyebabkan uterus seseorang ibu itu pecah sewaktu hendak melahirkan anak. Rasanya tidak payahlah aku terangkan disini semuanya tetapi secara ringkasnya, apabila uterus ibu pecah, nyawa ibu dan anak dalam keadaan yang sangat-sangat bahaya.

Bayangkan.. sewaktu kita pergi menderma darah di ekspo-okspo kesihatan, sesudah darah kita disedut dengan banyak sekali, kita akan berasa lemah, loya, pening dan tidak bermaya. Kenapa kita diberikan makanan percuma? supaya kita dapat balik tenaga dan tidak berada dalam keadaan yang sedemikian rupa.


cuba bayangkan pula ibu yang mengandungkan anak, dengan bertungkus lumus bermatian untuk melahirkan anak, tiba-tiba dinding uterus ibu tersebut pecah dan berlaku pendarahan dalaman. Apa yang saudara dapat rasakan perkara yang akan jadi selepas itu? Darah keluar dengan banyaknya. Ibu kekurangan darah, begitu jugak nasib si anak, organ-organ dalam badan perlukan darah untuk membawa oksigen demi kelansungan fungsi mereka masing-masing.

Tekanan darah menurun dengan pantasnya. organ-organ dalam badan menjadi lemah dengan waktu yang amat sekejap. Jantung, Ginjal, peparu, Otak.. semuanya kekurangan darah dan oksigen.. aduhh... mata menjadi layu. Badan menjadi semakin lemah. Denyutan nadi semakin lemah terasa. Degupan jantung si ibu menjadi perlahan. Jantung si anak pulak sudah berhenti. Allah.............. Sedih.. Si ibu dan si Anak tidak dapat diselamatkan.. Inna Lillahi Wa inna Ilaihi Raji'un...

Benarlah Ungkapan Syurga dibawah tapak kaki ibu. Jerit payah Ibu melahirkan bersabung nyawa demi anak yang tercinta. Jeritan kesakitan ketika cuba mngeluarkan kepada dan badan anak terbalas selepas mendengar tangisan si anak yang sihat. Bagaimana pula perasaan si ibu yang lain yang tidak mendengar tangisan seperti itu? Anak yang keluar dari rahim ibu berwarna biru tua tanpa sebarang pernafasan dan pergerakan. Mungkin sahaja diwaktu itu si ibu akan berasa sedih yang teramat sangat. Roh si anak tersenyum melihat ibunya lalu pergi bertemu dengan sang Pencipta yang Maha Adil.

Satu kes yang aku ikuti sewaktu berada di Hospital likas. Kes Post-partum Haemorrhage ( Pendarahan selepas bersalin). Si Ibu bakal jadi seperti yang aku cakapkan di atas jugak (Kalo tidak ada tindakan yang pantas dari Doktor-doktor) Aku tidak mahu menerangkan tentang procedure yang perlu dibuat dan bla-bla lagi. Yang nak aku kongsikan ialah suasana yang berlaku ketika itu.

Yupp... Red Alert... semua Doktor, Doktor HO dan Doktor pakar bergegas masuk kebilik si ibu yang berada di ambang kematian. Cemas.... memang sangat cemas.. Aku masuk ke bilik berkenaan dan berdiri sambil memerhatikan staff-staff hospital melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh kesungguhan demi menyelamatkan nyawa seorang ibu.

"Can you please give me that tube.."

"Turn on that machine please..."

"Where's the blood from HQE ( Queen Elizebeth Hospital, KK) "

"I called them already... they are coming..."

"Give her more plasma...... faster.."

Fuhh...... selepas beberapa ketika, tekanan darah si ibu semakin meningkat. yang mana ianya menandakan keadaan si ibu semakin pulih dan akan kembali normal. Semua yang berada dalam bilik tersebut menarik nafas lega. "Thank God.." kata seorang Doktor yang berbangsa Cina.


Di balik pintu, seorang lelaki - suami kepada si ibu - sedang mengelap air matanya. yeah.. dia sedang menangis. Aku tak terfikir apa yang sedang ditangiskannya. Orang yang tersayang berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Mungkin sahaja si ibu akan meninggal dunia kalau pendarahan yang berlaku tidak dapat diberhentikan.

Mati??

Menangis??

Sayang??

Mungkin si bapa sedang memikirkan keadaan hidupnya jika isterinya tidak ada lagi. Anak-anak bagaimana? Yeah... aku cuba bayangkan, kalau aku laa yang berada di tempat pakcik itu, dikala dan disaat aku melihat isteriku sedang dalam ambang kematian setelah bertungkus lumus melahirkan cahaya mata sebagai penyambung perjuangan bangsa dan agama, mungkin jiwaku juga akan luntur meluluhkan air mata jatuh ke bumi.

Hidup yang penuh dengan perasaan fitrah manusiawi. Perlukan tempat untuk memohon segunung pengharapan. Sewaktu alam menjadi gelap gelita tanpa arah, hati-hati akan mencari-cari siapakah yang dapat membantu?? hati orang yang mengenali Tuhannya akan terus mengarah kepadaNya. bagaiman dengan hati yang tidak pernah tunduk kepadaNya? Hati yang dipenuhi dengan kekotoran najis maksiat dan kesombongan terhadapNya?

Allah...........

Inna Lillahi Wa Inaa Ilaihi RaJi'unn....

Allahhh.... La Haula Walaaa Quwwata Illaa Billah...

Yeah... pengalaman hanyalah sekadar perkara yang boleh dikongsikan. Tanpa sekelumit pengajaran darinya, sia-sia lah pengalaman anugerah Allah SWT. Allah menjadikan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Supaya manusia itu sentiasa berfikir dan tidak Putus asa dari rahmatNya yang Maha Luas.

- Sekian Sekadar renungan buat hati yang masih mahu kembali -

Friday, May 22, 2009

Pagi yang Indah


Jam menunjukkan pkul 5 pagi. Aku lantas bangun dari tidurku memandangkan waktu subuh yang hampir habis tidak lama lagi. selesai solat subuh, aku melihat dapur rumah sewaku ini yang kosong tidak berpenghuni. (maksudnya takde makanan laa.. hihi..)

"Hmmm.... mau makan apa ni aa..... ingatkan mau puasa.. macam malas jak.. nda puasa laa hari ni.. tapi teda makanan pulak. hmmmm.... pegi beli laa kejap lagi.. "

Pkul 530 pagi .... aku menukar pakaian yang lebih sesuai untuk turun ke kedai. Sebelum itu, sempat juga aku memasak air dengan api yang kecil. "mm.. nanti aku balik ni mendidih laa sudah air ni.... kecikkan lagi laa apinya... " mulutku bertutur dalam loghat sabah yang fasih.

Aku menuju ke MolkaltSo Rinak (Pasar Molkaltso) yang terletak 5 minit dari tempat aku menginap. Sewaktu dalam perjalanan, banyak karenah manusia yang mencuit hati aku. seorang pakcik Tua tiba-tiba melebarkan senyuman kearahku lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam. "Ya Allah.. pakcik ni.. ni mesti kes mabuk ni.... aduss... nak salam ke tak.. tak nak laa pakcik..... ada plak mau salam aku... orang lain pun dia nda g salam.. aku pulak yang terpilih pagi-pagi ni.." hati aku berkata-kata.

Aku berlalu sahaja sambil membalas senyumanku kepada pakcik tersebut. orang-orang russian ni biasanya tidak lah semesra itu. yang pastinya, mereka akan jadi peramah ketika mereka dalam keadaan mabuk selepas menghentam Vodka atau minuman keras yang lain. banyak gak kes yang seperti ini pernah aku alami. Pernah sekali sewaktu berada di dalam bas dalam perjalanan balik ke hostel dari Hospital. 2 orang pemuda yang mabuk mengajak kawan-kawanku beramah mesra. "aaa Vam Atkuda?? " " Kak Vas ZabooT?? " "Skolka Let uzhe zdecc??" " Krasivaya Debushka ne Khoshest?? " " Davai Bratttt...... hahaha... " antara dialog si Pemabuk Vodka.

aku yang berada di kerusi hadapan tergelak kecil sahaja mendengar perbualan rancak kawanku dengan si Pemabuk. Kalau mereka dalam keadaan yang biasa dan tidak mabuk, mereka takkan buat benda-benda seperti itu. Itu sudah pasti.. hehe..


Pernah lagi sekali sewaktu aku baru sampai di 7th hospital menaiki Mashrut Sedmoigor Balnyitsa. sewaktu turun dari bas, aku melihat dua orang pakcik tua yang sedang bercakap dengan kuat sekali. seorang pakcik tengah mabuk dan sedang dalam keadaan terhuyung hayang. Kawannya yang tidak kurang mabuknya memapah kawannya itu. tiba-tiba, seorang dari pakcik itu jatuh terduduk. semua yang ada hanya melihat sahaja. lalu pakcik yang seorang lagi melihat kearah aku.. "Davai ribiata... Pamagi menye...." (mari anak.. tolong saya ni..)

"Ha... Aku??? Adoiii...... pakcik ni... dahlaa mabuk... adoii... " aku pun pergilah untuk menolong pakcik yang sedang dalam keadaan duduk. kami mebawanya ke tempat yang lebih selesa 4-5 Meter dari tempat ia terduduk. aku berkata dalam hatiku.."aku ni belajar Doktor.. kena laa tolong orang-orang macam ni.. tapi.. dia tu mabuk.. Mabuk dengan sakit ada beza eh?? ada kot.. macam teda.. tapi memang ada pun.. tapi.. ni masaalah sikap ni... tengok.. mabuk dan menyusahkan orang lain.. memanglah aku tak rasa susah.. tapi nanti kalau tiba-tiba dia termuntah ka.. depan orang mana-mana... uishhh ya Allah.... gelinyaa aku..... nasib baik tak termuntah sewaktu aku tolong tadi.... kalo laa termuntah.. confirm aku balik terus tak g kelas ni.. "

hihi... macam-macam.

Aku pergi ke kedai runcit yang bekerja 24 Jam sehari dan membeli barang keperluan untuk mengisi perut yang masih kosong. Betul-betul di hadapan kedai tersebut adalah tempat untuk berniaga bunga. Ramai penjual bunga sudah mula untuk berniaga mempamerkan keindahan bunga masing-masing. aroma dari bunga-bunga yang masih segar itu menusuk dan dikesan oleh deria bau lalu ditafsirkan sebagai bau yang sangat segar oleh otakku.

"fuhh.... dapnya bau... "



Warna-warni bunga yang dijual mencorakkan pagi di Moskaltso rinak. Kelibat pembeli sudah mula kelihatan memilih bunga yang mereka minati. " mmmmm.. " aku menarik nafas panjang menghidu udara yang masih segar tanpa sebarang pencemaran asap kereta..

Aku melihat kesungguhan makcik-pakcik ini berniaga. "boleh untung ka eh pakcik-makcik ni dengan hanya jual bunga jak.. " aku tertanya-tanya.. mata aku hanya melihat kepada keuntungan semata-mata. mungkin di sebalik tu, ada benda yang menyebabkan mereka masih lagi bertahan untuk menjual bunga-bunga yang amat cantik itu. yupp.. itu sudah pasti. bila ada benda lain yang lebih besar dihadapan, pasti benda-benda yang kecil seperti itu tidak ada hal baginya untuk dilakukan.

Maksudnya, kalau seseorang itu mempunyai agenda yang lebih besar dan lebih penting, dan dia tahu agenda itu memerlukan kesabaran dan kekuatan sebelum ia berjaya menakhlukinya, ia akan pasti menyiapkan dan berhadapan dengan apa dugaan dan halangan sekalipun ia akan bakal menyakitkannya.

Contohnya, Dia bercita-cita nak menjadi seorang Doktor yang hebat. dan dia tahu untuk menjadi Doktor yang hebat dia memerlukan masa yang amat-amat banyak untuk mendalami ilmu yang sepatutnya. lalu dia belajar dengan bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan apa yang ada di sekelilingnya yang menganggu perjalanannya untuk menjadikannya seroang doktor yang hebat.

Yupp... Bila objektif telah terpampang di hadapan, semangat seseorang itu akan sentiasa berkobar-kobar. Bila generasi hadapan mengharap padanya untuk melakukan perubahan, maka dia akan sentiasa bersemangat untuk menyahut cabaran tersebut. Bila Allah dan Rasul menjadi tujuannya, maka segala usahanya akan diarahkan untuk mencari redhaNya semata-mata. Yupp... Bila ketengan yang dia harapkan.. InsyaAllah Allah akan memberikannya hati yang sihat dan bahagia, dalam rasa hidup sentiasa dalam kebersamaanNya.

Dalam aku menikmati keindahan alam ciptaan Allah itu, aku baru teringat air yang aku tengah didihkan dirumah. "Ya Allah.... air...... balik cepat.... " lalu aku bergegas balik.....

Sekian sahaja untuk tatapan sahabat sekalian.... Peace..

Monday, May 18, 2009

Gud LucK !!!!


Sibuk memikirkan Exam yang semakin dekat, aku dapat rasakan hormon adrenalin dalam diriku semakin rancak dirembeskan. Fuhh.. aku melepaskan nafas panjangku. Kemusian kembali menarik nafas itu sambil membayangkan plan-plan yang telah aku nukilkan di atas kertas yang menjadi tatapan aku setiap hari.

Plan.. Banyak objektif yang perlu dicapai dengan jayanya. Aku melihat semua itu dengan hati yang terbuka. Aku tahu bukan aku yang akan memulakan tetapi aku hanyalah menyambung harapan besar itu. Harapan menggunung demi generasi masa hadapan.

Astaghfirullah..... Banyaknya lagi yang belum aku ulangkaji. Masa banyak terbuang dengan benda yang kurang aula. Ya Allah............. Diwaktu-waktu seperti ini, kita memang memerlukan booster semangat tambahan agar terus kuat menjalani hari-hari yang berbaki.

Esok sahabat-sahabat ku yang kini berada di tahun 6 akan menduduki Exam KROK. Semoga semuanya sukses dengan cemerlang InsyaAllah. Kiranya, semuanya telah bergelar DR (UnOfficially) selepas sahaja mereka selesai exam itu. Alhamdulillah...... Syukur banyak-banyak...

Buat yang terbaik. Buktikan bahawa kita orang Islam adalah umat yang terkedepan. Masyarakat di tempat kita sedang menanti kepulangan cahaya yang bakal membuat perubahan geografi dalaman dan luaran insyaAllah.

Gud Luck Semuaa........

Ya Allah.... Berilah kemudahan kepada sahabat-sahabat ku untuk menjalani exam mereka.. tenangkan hati-hati mereka.. buka kan lah pintu-pintu ilhamMu agar mereka dapat membuat yang terbaik untuk exam ini.. Ya Allah... Kabulkan Doa kami... Ameenn...

Sunday, May 17, 2009

SubhaNallah..


Ya Allah.... Diriku terasa jauh sangat dari jalan yang benar. Kadang-kadng ini membuatkan aku berfikir, ape yang telah aku lakukan. Yeah.. Aku menzalimi diriku sendiri. Aku merendahkan martabatku lebih rendah dari martabat binatang.. Astagfirullah....

ya Allah..... Aku tahu.. yang aku tak boleh berputus asa dari rahmat Allah. Kerana kalau putusnya harap dari Allah, maka Nerakalah yang akan membakarku di hari penghisaban kelak. Nauzubillah... Kemudian aku berfikir lagi, kenapa Allah tak bagi kita berputus asa dari rahmatnya?? Mesti ada sesuatu di sebalik perkara tersebut..

Allah dengan sifatNya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sangat menyayangi hamba-hambaNya. Allah tak nak kita ni tersalah jalan dan tersilap memilih laluan hidup. Memang tidak dinafikan bahawa hidup ini penuh dengan dugaan, rintangan dan cubaan. semuanya Allah jadikan untuk membezakan siapa yang beriman dan yang kufur.

Kepada yang beriman Allah janjikan nikmat dunia dan akhirat. Nikmat yang terbesar bakal diperolehi orang yang taat iaitu redha Ilahi. tidak ada apa-apa lagi yang paling berharga di dunia ini melainkan tika dapat merasakan ketenangan dan redha dari ilahi.

Kepada yang Kufur, Allah janjikan siksaan yang sangat pedih. (AStagfirulllahh...) Siksaan yang tidak dapat difikir oleh akal dan fikiran. Yang pastinya, akan menyesal lah orang-orang yang disiksa selama-lamanya di dalam neraka.

Cuba baca balik terjemahan dalam surah As-sajadah ayat 12-14. Selalunya kita ni baca dan hafal sahaja tetapi tidak dapat memahami apa yang terkandung dan diberitakan. usahakan lah diri untuk memiliki sekurang-kurangnya sebuah terjemahan Al-Quran dalam rumah atau bilik kita.

Try tengok apa yang Allah SWT cuba sampaikan dalam ayat ni. Allah ceritakan tentang keadaan orang-orang yang berdosa yang menyesal di dalam neraka. Perhatikan ayat ke 13. Sedap dan penuh dengan makna yang mendalam.

" kalau aku kehendaki, pasti aku kan kurniakan semua manusia dengan petunjuk"

" akan tetapi, telah tetap ketentuanKu, akan aku penuhkan Neraka Jahannam ini dari golongan Jin dan Manusia"

Ayat yang disaluti dengan Rahmat dan Amaran. Siapa yang akan terdetik dengan Ayat-ayat Allah ini?? merekalah orang yang bergetar hatinya apabila nama ayat-ayat Allah disebut sepertimana yang telah dijelaskan oleh Al-Quran dalam ayat yang lain.

selepas itu, Allah menyatakan Golongan manakah yang termasuk dalam ayat 13 Sejadah itu. Ayat 14 membuka mata hati orang yang ada sekurang-kurangnya sedikit iman dihatinya untuk berusaha sedaya-upaya untuk menghindarkan diri daripada kelalaian yang berpanjangan.

" maka rasakanlah azab ini disebabkan kamu melalaikan pertemuan dengan harimu ini ( hari kiamat) "

" Sesungguhnya kami pun melalaikanmu dan rasakanlah azab yang kekal atas apa yang telah kamu kerjakan "



Selain itu, Allah juga menjanjikan pengampunan dan rahmat kepada siapa yang mahu kembali ke jalan yang lurus. Dalam ayat ke 15-17 As-Sajdah, Allah menerangkan tentang sifat mereka yang beriman dan ikhlas kepadaNya. Kurniaan nikmat yang tersembunyi disediakan bagi mereka yang merasa Takut disaluti segunung pengharapan kepadaNya.

Yeah..... Masih ada harapan buat kita untuk kembali kepadaNya. Selagi roh belum sampai ke halqum, Mari kita kembali dan memohon rahmat pengampunan Allah. Mari berharap hanya pada yang patut diberikan pengharapan. Mohonlah kepada Tuhan untuk diri sendiri, keluarga, dan seluruh kaum muslimin umumnya.

ya Allah... Ampunilah kami...