Friday, May 22, 2009

Pagi yang Indah


Jam menunjukkan pkul 5 pagi. Aku lantas bangun dari tidurku memandangkan waktu subuh yang hampir habis tidak lama lagi. selesai solat subuh, aku melihat dapur rumah sewaku ini yang kosong tidak berpenghuni. (maksudnya takde makanan laa.. hihi..)

"Hmmm.... mau makan apa ni aa..... ingatkan mau puasa.. macam malas jak.. nda puasa laa hari ni.. tapi teda makanan pulak. hmmmm.... pegi beli laa kejap lagi.. "

Pkul 530 pagi .... aku menukar pakaian yang lebih sesuai untuk turun ke kedai. Sebelum itu, sempat juga aku memasak air dengan api yang kecil. "mm.. nanti aku balik ni mendidih laa sudah air ni.... kecikkan lagi laa apinya... " mulutku bertutur dalam loghat sabah yang fasih.

Aku menuju ke MolkaltSo Rinak (Pasar Molkaltso) yang terletak 5 minit dari tempat aku menginap. Sewaktu dalam perjalanan, banyak karenah manusia yang mencuit hati aku. seorang pakcik Tua tiba-tiba melebarkan senyuman kearahku lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam. "Ya Allah.. pakcik ni.. ni mesti kes mabuk ni.... aduss... nak salam ke tak.. tak nak laa pakcik..... ada plak mau salam aku... orang lain pun dia nda g salam.. aku pulak yang terpilih pagi-pagi ni.." hati aku berkata-kata.

Aku berlalu sahaja sambil membalas senyumanku kepada pakcik tersebut. orang-orang russian ni biasanya tidak lah semesra itu. yang pastinya, mereka akan jadi peramah ketika mereka dalam keadaan mabuk selepas menghentam Vodka atau minuman keras yang lain. banyak gak kes yang seperti ini pernah aku alami. Pernah sekali sewaktu berada di dalam bas dalam perjalanan balik ke hostel dari Hospital. 2 orang pemuda yang mabuk mengajak kawan-kawanku beramah mesra. "aaa Vam Atkuda?? " " Kak Vas ZabooT?? " "Skolka Let uzhe zdecc??" " Krasivaya Debushka ne Khoshest?? " " Davai Bratttt...... hahaha... " antara dialog si Pemabuk Vodka.

aku yang berada di kerusi hadapan tergelak kecil sahaja mendengar perbualan rancak kawanku dengan si Pemabuk. Kalau mereka dalam keadaan yang biasa dan tidak mabuk, mereka takkan buat benda-benda seperti itu. Itu sudah pasti.. hehe..


Pernah lagi sekali sewaktu aku baru sampai di 7th hospital menaiki Mashrut Sedmoigor Balnyitsa. sewaktu turun dari bas, aku melihat dua orang pakcik tua yang sedang bercakap dengan kuat sekali. seorang pakcik tengah mabuk dan sedang dalam keadaan terhuyung hayang. Kawannya yang tidak kurang mabuknya memapah kawannya itu. tiba-tiba, seorang dari pakcik itu jatuh terduduk. semua yang ada hanya melihat sahaja. lalu pakcik yang seorang lagi melihat kearah aku.. "Davai ribiata... Pamagi menye...." (mari anak.. tolong saya ni..)

"Ha... Aku??? Adoiii...... pakcik ni... dahlaa mabuk... adoii... " aku pun pergilah untuk menolong pakcik yang sedang dalam keadaan duduk. kami mebawanya ke tempat yang lebih selesa 4-5 Meter dari tempat ia terduduk. aku berkata dalam hatiku.."aku ni belajar Doktor.. kena laa tolong orang-orang macam ni.. tapi.. dia tu mabuk.. Mabuk dengan sakit ada beza eh?? ada kot.. macam teda.. tapi memang ada pun.. tapi.. ni masaalah sikap ni... tengok.. mabuk dan menyusahkan orang lain.. memanglah aku tak rasa susah.. tapi nanti kalau tiba-tiba dia termuntah ka.. depan orang mana-mana... uishhh ya Allah.... gelinyaa aku..... nasib baik tak termuntah sewaktu aku tolong tadi.... kalo laa termuntah.. confirm aku balik terus tak g kelas ni.. "

hihi... macam-macam.

Aku pergi ke kedai runcit yang bekerja 24 Jam sehari dan membeli barang keperluan untuk mengisi perut yang masih kosong. Betul-betul di hadapan kedai tersebut adalah tempat untuk berniaga bunga. Ramai penjual bunga sudah mula untuk berniaga mempamerkan keindahan bunga masing-masing. aroma dari bunga-bunga yang masih segar itu menusuk dan dikesan oleh deria bau lalu ditafsirkan sebagai bau yang sangat segar oleh otakku.

"fuhh.... dapnya bau... "



Warna-warni bunga yang dijual mencorakkan pagi di Moskaltso rinak. Kelibat pembeli sudah mula kelihatan memilih bunga yang mereka minati. " mmmmm.. " aku menarik nafas panjang menghidu udara yang masih segar tanpa sebarang pencemaran asap kereta..

Aku melihat kesungguhan makcik-pakcik ini berniaga. "boleh untung ka eh pakcik-makcik ni dengan hanya jual bunga jak.. " aku tertanya-tanya.. mata aku hanya melihat kepada keuntungan semata-mata. mungkin di sebalik tu, ada benda yang menyebabkan mereka masih lagi bertahan untuk menjual bunga-bunga yang amat cantik itu. yupp.. itu sudah pasti. bila ada benda lain yang lebih besar dihadapan, pasti benda-benda yang kecil seperti itu tidak ada hal baginya untuk dilakukan.

Maksudnya, kalau seseorang itu mempunyai agenda yang lebih besar dan lebih penting, dan dia tahu agenda itu memerlukan kesabaran dan kekuatan sebelum ia berjaya menakhlukinya, ia akan pasti menyiapkan dan berhadapan dengan apa dugaan dan halangan sekalipun ia akan bakal menyakitkannya.

Contohnya, Dia bercita-cita nak menjadi seorang Doktor yang hebat. dan dia tahu untuk menjadi Doktor yang hebat dia memerlukan masa yang amat-amat banyak untuk mendalami ilmu yang sepatutnya. lalu dia belajar dengan bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan apa yang ada di sekelilingnya yang menganggu perjalanannya untuk menjadikannya seroang doktor yang hebat.

Yupp... Bila objektif telah terpampang di hadapan, semangat seseorang itu akan sentiasa berkobar-kobar. Bila generasi hadapan mengharap padanya untuk melakukan perubahan, maka dia akan sentiasa bersemangat untuk menyahut cabaran tersebut. Bila Allah dan Rasul menjadi tujuannya, maka segala usahanya akan diarahkan untuk mencari redhaNya semata-mata. Yupp... Bila ketengan yang dia harapkan.. InsyaAllah Allah akan memberikannya hati yang sihat dan bahagia, dalam rasa hidup sentiasa dalam kebersamaanNya.

Dalam aku menikmati keindahan alam ciptaan Allah itu, aku baru teringat air yang aku tengah didihkan dirumah. "Ya Allah.... air...... balik cepat.... " lalu aku bergegas balik.....

Sekian sahaja untuk tatapan sahabat sekalian.... Peace..

2 comments:

Ник Мавадах Ник Дин said...

pagi-pagi boleh keluar cari makan? kt sini, kami xpenah kot kuar. bahaya sgt2. ramai kaki botol, uligan.

apa2 pon, itulah yang syurga kehidupan mereka. tanpa sedar, mereka terseksa. moga kita mengambil pengajaran darinya. kamu agama kamu, aku dengan agamaku.

Ibnu Saif said...

hihi.. Ok gak laa kak... dulu2 waktu saya tinggal di hostel memang x penah pun wat benda2 camni.. (Kuar malam-malam/Kuar pagi-pagi buta)

penah sekali tu.. kuar mlm g hostel pkul 12 malam jalan kaki je.. ya Allah.. cuak gak ckit2... Alhamdulillah selamat gak laa sampai..

bahaya tu memang laa bahaya.. insyaAllah ok kot... yakin n tawakkal kepada Allah.. Baca ayat2 ckit.. hihi... insyaAllah ok aa..

kan.... memang kehidupan dorg ni camtu.. bila dah sakit n terlentang kt hospital.. baru nak menyesal... (baguslaa kalo nyesal) ada yang lebih teruk lagi.. dh tau sakit nak lagi ngan benda2 minuman2 camtu... xleh nak tinggalkan sgt kot..

:-) lakum diinukum Walia Deenn..