Sunday, May 03, 2009

Buatmu Anak-Anak Sabah



Menunggu sirih pulang ke gagang,
Setela
h lama dalam perjalanan,
Menunggu pulang seorang pejuang,
Buat berkhidmat di tanah
kelahiran.

Menunggu sirih pulang ke
gagang,
Menyemai tanah yang kian gersang,
Menambah upaya sang peladang,
Menabur benih di bumi kontang.

Menunggu sirih pulang ke gagang,
Kerana meyakini tanpa secuit ragu,
Hujan emas di negeri orang,
Lebih rela berhujan batu.

Menunggu sirih pulang ke gagang,
Merenung masa depan Sabah gemilang
Mengharap saat Islam terbilang
Tak tercapai selagi,
Anak Sabah terus di bumi orang.


SAjak yang diukir cantik oleh penulis Blog PSS ( Persatuan Siswazah Sabah ) membuatkan aku terpaku seketika. apa maksud di sebaliknya??

- Menunggu kepulangan seorang pejuang.. -


aku terasa terpanggil dengan seruan itu. Yupp.. panggilan lembut yang boleh mencairkan hati yang keras akibat debu dan kotoran di medan.

- Buat berkhidmat di tanah kelahiran.. -


yupp.... itu sudah pasti.. Bahkan tujuan belajar lama-lama ni pun hanya tuk ni je. Tuk berkhidmat demi Umat islam yang tercinta. apa-apa yang cuba untuk menghalang daripada benda ini berlaku akan ku letak ke recycle bin. selepas beberapa ketika kalau benda itu tidak juga berubah mengikut prinsip yang telah diatur.. akan ku delete permanently dari recycle bin.

- Hujan emas di negeri orang -
- Lebih rela berhujan batu -


Yuupp.. Biarpun hujan emas di negeri orang.. aku lebih rela untuk menepis batu di negeri sendiri. Akan kami ubah batu itu menjadi emas satu hari nanti. insyaAllah.. biar sakit akibat batu yang keras, asal ummah terselamat dari batu yang lebih keras di hari kemudian. Yupp... Aku nampak akan puncaknya.. Puncak setinggi Gunung Kinabalu akan kami tawan dan akan kami kibarkan Bendera kemenangan dan keadilan semuanya demi kepentingan ummah.

- Mengharap saat Islam terbilang -
- Tak tercapai selagi -
- Anak Sabah terus di bumi orang -


Balik laa anak-anak sabah. Balik laa untuk berjuang di negerimu. Bermandikan darah di tanah tumpahnya darahmu. Masyarakat kita sedang mengharapkan yang terbaik dari kita untuk mengubah suasana dan menyelamatkan generasi masa hadapan. Kerja kita tersangat-sangat banyak. Ujian yang bakal kita tempuhi sangat-sangat berat dan keras.



Kita bakal berdepan dengan duri dan onak yang menyakitkan. mungkin sahaja duri itu boleh bertukar menjadi pisau ataupun parang yang akan mengorbankan nyawa. tapi itu la dia adat resam perjuangan.

- Berjuang ertinya berkorban -
- Berkorban ertinya terkorban -


Yupp.. biar 1 terkorban, lahir 100 lagi perwira sepertimu. Sabah negerimu dianggap negeri yang paling terketinggalan. Buktikan wahai saudaraku bahawa Sabahan bukan yang sedemikian rupa. Gunakan segala kelebihanmu untuk melihat generasi umat Islam sabah yang lebih cemerlang. memang orang kita banyak kelemahan. Tapi kelemahan itu berlaku dimana-mana. di sana jugak terdapat kelemahan. Mereka melihat kita sebagai yang tercorot tanpa menyedari dikalangan mereka jugak ada yang lebih teruk dari itu.

Mari sama-sama mengubah persepsi ini. dan kita akan berkuasa satu hari nanti InsyaAllah........ Islam akan bersinar di bumi Sabah. Sabahan bumi yang tersubur Gerakan Kristian.. InsyaAllah akan kami usaha sekuatnya untuk Menjadikan sebaliknya. InsyaAllah.. Doakan kami.. Anak-anak Sabah di perantauan dan dimana-mana sahaja.... Demi tertegaknya Islam Di bumi Sabah.. InsyaALlah......


Gambar dan Sajak - Amik dari Blog PSS

6 comments:

Ник Мавадах Ник Дин said...

assalamualaikum.. suka sajak ni. dalam maksudnya... =)

teringat kakak disabah...T_T

Ibnu Saif said...

Wassalam.. Akak Kak ma kt sabah eh?? hihi.... Sedap kan sajak ni.. ana copy paste je.. xsabar nak balik.. HuHu..

Nafsah Dulajis said...

saya anak jati sabah terasa jua!!!

mari memberi~

c's said...

salam~

hrmm.. kadang duduk di negara orang.. kita tend duduk dalam zon selesa.. walhal bila kembali, banyak lagi yang menanti perubahan dari kita..

selamat menempuh waktu pengajian yang berbaki sikit je lagi~ bittaufiq~

Ibnu Saif said...

to cik Khairaummah

Yupp... anak jati sabah.. nnti kawen orang sabah jak eh.. hihihi...

atau kalo kawen ngan orang semnnjng, pastikan dia leh duk sabah.. kih3.. jadikan syarat utama tuk penerimaan sebagai isteri.. hihi... peace..

To dikmah (C'S) ..

Thanks..... doakan eh.. :-)

Mohd Syauqi said...

adui nah

terasa betul tau