Friday, May 15, 2009

Selamat Menghadapi Exam..

Bismillah.. Aku mulakan dengan namaMu ya Allah...


Exam?? sekrang ni memang musim exam pon.. dimana-mana sahaja orang akan sebut pasal exam. Exam ni laa.. exam tu laa.. Yupp.. aku plak akan menjalani examku Pertengahan bulan 6 ni InsyaAllah.. 5 exam kesemuanya. Mula ngan Obstetric n Gyne, then disusuli ngan Infectious, Theraphy, Surgery and last Peads.

5 exam.. Semua yang berat-berat belaka. Buku contoh jawapan tuk soklan-soklan exam ni aku susun atas sofa rumahku yang panjang ni.. ngan harapan aku akan mengkhatamkan semuanya 2 minggu sebelum exam start. Fuhh... Tinggi angan-angan nii.. haha... Angan-angan tinggi.. usaha kena laa setinggi angan-angan..

Jan macam Mat jenin.. Angan-angan setakat tu je lah.. Then.. kerana asyik ngan fikirannya melayang kemana-mana... jatuh mati dari pokok kelapa... ( Betul ke cite aku psal mat Jenin ni.. Kot laa.. aku pun x pasti.. Huhu.. ) tapi kan.. sekurang-kurangnya.. Mat Jenin ada plan tuk masa depannya.. Ada orang, plan tuk masa depan pun takde.. dia pun tak pasti apa yang dia nak harapkan tuk jadi pada waktu hadapan.. Besalaa...


Allah bersumpah dengan Masa dalam Surah Al-Asr.. Dalam surah ni, Allah bagitau semua manusia ni berada dalam kerugian.. Takde faedah semua pekerjaan yang dilakukan.. Study.. Bekerja... buatlah apa-apa pon.. semua nya RUGI semata-mata... Tapi ada pengecualian...

Kecuali Orang orang yang Beriman dan beramal Soleh, yang mana mereka ni saling ingat mengingati antara sesama mereka dengan perkara kebenaran dan kesabaran. Orang-orang yang macam ni la yang Allah kata Untung...

apa kaitan ngan study kita plak?? ngan pekerjaan yang kita lakukan??

kaitannya.. apabila kita study ni.. niat kita kerana Allah... Kerana nak kasih dan sayang Allah.. dan semua perbuatan yang kita lakukan kita kaitkan ngan islam.. cara hidup islam.. apa-apa sahaja.. kita termasuk dalam golongan yang beruntung.

kita study kerana kita nak bela nasib bangsa kita.. agama kita.. nak bela nasib masyarakat kita.. yang kian tertindas.. oleh sistem-sistem yang merosakkan.. dan lain-lain lagi semuanya kerana Allah.. Biar kecil di mata manusia.. tapi kalo ianya ikhlas.. InsyaALlah akan dipandang besar oleh Tuhan pencipta langit, bumi, dan seluruh apa yang ada didalamnya.

so perkara yang kita nak tekankan di sini.. ialah Niat... Objektif.. dan Tujuan dan Halatuju kita.. Kemana Hala-Tuju Kita??

Allah sebut dalam Quran.. Tidaklah aku ciptakan Jin dan Manusia.. semata-mata untuk menyembahku..

Yupp..... Nilah dia Tujuan kita.. sebagai makhluk yang bergelar Hamba.. Hamba kepada Tuhan.. Untuk menyembah Allah dan mengabdikan diri hanya kepadaNya.. So, semua pekerjaan yang kita lakukan.. 1st sekali.. Niat kita.. Hendaklah kerana Allah..

Yupp.. hadis 1st dalam Hadis 40 Imam Nawawi.. cakap pasal Niat.. kalo kita niat study ni kerana kita nak dapat kawen ngan pompuan yang lawa-lawa dan kaya.. ( Ya laa kan.. DR... sape yang xnak eh... Petik jari je..... bekumpul pompuan nak mencuba naseb.. haha.. Kot laa... HiHiHi... ) so kita dapat tu je laa.. Dunia je laa yang kita dapat.. yang mana benda-benda di dunia ni semuanya tak kekal.. hanya sementara semata-mata..

ada orang niat nak study ni pasal nak Kaya.. Yupp... DR.. besanya memang kaya laa.. Biasanya laa.. mane xnye.. Gaji sebulan tuk dak HO, dalam 4 Ribu lebih.. Ni dah masuk Oncall laa ni.. kalo dak semenanjung yang wat HO di sabah sarawak.. leh sampai 6 ribu lebih gak sebulan.. termasuk elaun laa ni..



tu baru HO, kalo yang dah buka Klinik.. Sehari boleh dapat dalam 50 orang patients. seorang patient minimum dalam RM 30.. Kira laa.. 50 x RM 30 = RM 1500.. kalo dalam sebulan.. tolak Ahad.. RM 1500 x 26 Hari = RM 39 000...

Mak Aiii..... RM 39 000 sebulan... tolak gaji-gaji n bayar kos len-len.. amik laa dalam RM 12 000.. so ada lagi RM 27 000.. Wahhhhhhh... Kayanya Aku..... haha...

ni baru Klinik besa ni... ( ni aku rasa laa leh dapat camni... tak penah tya lagi Klinik-klinik berapa dorang dapat dalam sebulan... aku just tanya berapa orang standard datang n standard sorang patient beli ubat jak.. )

Kalo wat Klinik Tuk ibu Mengandung?? Seorang patient leh dapat dalam RM 2000.. sebulan dapat laa dalam 50 orang patient... ( Rasa-rasa lebih kot... ) 50 orang x RM 2000.. leh dapat dalam RM 100 000 Sebulan ... mak Aiii.... haha...

Kaya kan..


So, Kalo orang study ni.. just fikir nak mengkaya kan diri... Dia akan dapat laa kekayaan tu... tapi belum tentu lagi dia akan selamat dalam gedung-gedung kekayaannya tu.. takut-takut dia terlemas dek terlalu banyaknya duit yang melimpah ruah di sekeliling.. akibat takde pegangan Agama... akibat tujuan bukan untuk beribadat kepada Allah.. Dai tenggelam dalam nafsu yang membutakan mata hati..

Yupp.... maka jauhlah ia dari Jalan kebenaran.. Timbullah segala kerosakan dalam hatinya.. hasad dengki.. dan lain-lain yang menyebabkan dia menganggap diri sudah CUKUP.

Firaun pun camtu gak.. napa Allah sebut pasal Firaun dalam quran?? kerana Allah tahu, bahawa manusia di setiap zaman akan sentiasa ada orang yang bersifat seperti sifat Firaun.. Fiaraun mengaku Tuhan.. tapi manusia zaman sekarang tak mengaku Tuhan.. tapi dalam hatinya.. sudah tidak ada Tuhan..

Mulut tak cakap.. tapi Hati dan perbuatannya menyatakan Dirinya sudah cukup dan tidak memerlukan sesiapa.. ( Macam Firaun bagus ckit.. pasal Firaun ngaku dia Tuhan.. Nampak sangat laa salah kan.. tapi zaman sekrang.. tak ngaku Tuhan.. tapi berlagak bagaikan Tuhan.. )

nauzuBillahi Min Zaalik... AstaghfirullahalAzeem... takutnya cakap camni.. takut pasal benda kena diri sendiri balik gak.. sati jari ke sasaran.. 4 lagi menunjuk ke empunya badan..

So nak cakap ni.. niat kena lah betul.. Kita nak exam ke.. nak study ke.. nak wat ape-apepun.. niat kena sentiasa kerana Allah..

satu lagi Syndrom yang aku tak suka.. Bila nak dekat exam.. baru laa kita ni nak memperbanyakkan amalan.. baguslaa memperbnyakkan amalan dikala kita nak melakukan sesuatau yang besar..

tapi kan.. aku just berpendapat.. macam tak ikhlas pulak kita wat camtu..


ooo.... waktu ada hajat.. baru nak datang.. nak pujuk-pujuk... nak merintih laa konon...

bila dah xde hajat dah... wat-wat lupa... wat-wat tak ingat... tinggal dah apa yang dia wat sebelum nak amik exam tu...

ape nii??? igt Tuhan bila kita susah je ke ???? ooo... waktu susah baru nak datang eh... waktu senang dulu?? pasal x nak ingat?? pasal x nak memperbanyakkan amal waktu senang??? kalo ikut betul, waktu senang laa kita nak banyakkan amal.. banyak dekatkan diri ngan Tuhan.. baru time kita susah, Allah akan bantu kita.. Tolong kita gila-gila...

ni tak.. tebalik dah............ kita ni macam nak ambik kesempatan plak..

tapi takpe... Allah Maha Pengasih n Penyayang kan... Allah akan terima.. minta je ngan ikhlas dari Allah... kalo betul-betul kita ikhlas.. insyaAllah Allah akan bagi..

yang tadi tu cuma apa yang aku rasa laa.. tak suka laa wat nak mendekatkan diri kepada Allah.. hanya kerana kita nak exam.. x suka laa..

ya Allah.... betulkan lah niat kami ya Allah.. kami kembali kepadaMu bukan kerana kami nak pertolonganmu dan semua-semua tu semata-mata... kami kembali pada.. hanya kerana kami tahu.. yang memang kami patut kembali padaMu.. kami kembali padaMu.. kerana kami inginkan Kasih SayangMu... kami inginkan ketenangan dariMu.. kami inginkan perasaan sentaisa berada bersama-samamu dan cara hidup yang telah engkau ajarkan pada Nabi kekasihMu..

permudahkan pekerjaan kami ya Allah....... kami memohon kemudahan berkat kasih sayangmu ya Allah.... Permudahkanlah kami untuk mengingat ya Allah.. permudahkanlah kami untuk memahami..

memang kami perlukan pertolonganMu... tapi kami lebih memohon keikhlasan dalam hati kami keranaMu.. kami amik exam keranaMu.. kami belajar keranaMu.. kami berusaha sedaya upaya kami kerana kami menyintaiMu... kerana Bersyukur atas apa yang telah engkau berikan kepada kami..

So, insyaAllah kalo betul niat kita.. Tepat usaha dan cara kita selari ngan garis yang telah ditetapkan.. Allah akan kurniakan kita 2 kemenangan.. kemenangan di dunia.. dan kemenangan di akhirat.. dan itulah dia kemenangan yang hakiki. Ameen.....

apa-apapon... GudlucK.. Selamat menghadapi Exam eh.. Kepada Senior-semior 6th year.. selamat menghadapi Krok 19 hb ni.. kepada 4th year... Selamat gak.. n Khusus wat sahabat-sahabat 5th year... Study rajin-rajin K.... x samapai sebulan dah lagi kita nak exam ni.. kurangkan men.. banyakkan waktu tuk study plak...

k lah........ Semoga Allah memberikan yang Terbaik wat Kita semua.. InsyaAllah... Ameen...

4 comments:

Nafsah Dulajis said...

kalo kita niat study ni kerana kita nak dapat kawen ngan pompuan yang lawa-lawa dan kaya.. ( Ya laa kan.. DR... sape yang xnak eh... Petik jari je..... bekumpul pompuan nak mencuba naseb.. haha.. Kot laa... HiHiHi... )

prassan tul....

:P

Ibnu Saif said...

haha... Syok gak memperasankan diri ni.. HuHu..

Ник Мавадах Ник Дин said...

aduh.. mmg pnjg betul entry kali ni. maaf ibnu saif, terpaksa scan kt satu suku terakhir.

tp insyAllah isi nya dpt diserap. =)

>> niat ni kn renew tiap ms kan. supaya usaha terkawal mengikut apa yg Dia nak....

Bittaufiq wannajah bro.

Ibnu Saif said...

Tq kak Ma... Kak ma pon gud luck K..

AstagfirullahalAzeem... Susahnya nak kawal nafsu kan... Sentiasa bergelojak je..

kena banyak istigfar kita semua ni.. sementara nyawa belum lagi sampai ke halkum.. dimana taubat sudah tidak diterima.. Wal'iYaazubillah..