Saturday, May 23, 2009

Belajar dari Pengalaman


Banyak sangat yang perlu dibaca. Hari ni aku meluangkan banyak masaku untuk mentelaah Subjek Obstetric and Gynecology. Sambil-sambil mataku melirik ke arah kertas-kertas jawapan yang masih tebal, aku terbayang-bayang pengalamanku semasa berpraktikal di Hospital Likas, kota kinabalu. Sesekali aku tergelak sendirian teringatkan kisah-kisah yang mencuit hati. Tidak kurang pulak kisah yang menyedihkan dan yang membuat diriku sedikit cemas.

Uterine Rupture....

Hmm... banyak faktor yang boleh menyebabkan uterus seseorang ibu itu pecah sewaktu hendak melahirkan anak. Rasanya tidak payahlah aku terangkan disini semuanya tetapi secara ringkasnya, apabila uterus ibu pecah, nyawa ibu dan anak dalam keadaan yang sangat-sangat bahaya.

Bayangkan.. sewaktu kita pergi menderma darah di ekspo-okspo kesihatan, sesudah darah kita disedut dengan banyak sekali, kita akan berasa lemah, loya, pening dan tidak bermaya. Kenapa kita diberikan makanan percuma? supaya kita dapat balik tenaga dan tidak berada dalam keadaan yang sedemikian rupa.


cuba bayangkan pula ibu yang mengandungkan anak, dengan bertungkus lumus bermatian untuk melahirkan anak, tiba-tiba dinding uterus ibu tersebut pecah dan berlaku pendarahan dalaman. Apa yang saudara dapat rasakan perkara yang akan jadi selepas itu? Darah keluar dengan banyaknya. Ibu kekurangan darah, begitu jugak nasib si anak, organ-organ dalam badan perlukan darah untuk membawa oksigen demi kelansungan fungsi mereka masing-masing.

Tekanan darah menurun dengan pantasnya. organ-organ dalam badan menjadi lemah dengan waktu yang amat sekejap. Jantung, Ginjal, peparu, Otak.. semuanya kekurangan darah dan oksigen.. aduhh... mata menjadi layu. Badan menjadi semakin lemah. Denyutan nadi semakin lemah terasa. Degupan jantung si ibu menjadi perlahan. Jantung si anak pulak sudah berhenti. Allah.............. Sedih.. Si ibu dan si Anak tidak dapat diselamatkan.. Inna Lillahi Wa inna Ilaihi Raji'un...

Benarlah Ungkapan Syurga dibawah tapak kaki ibu. Jerit payah Ibu melahirkan bersabung nyawa demi anak yang tercinta. Jeritan kesakitan ketika cuba mngeluarkan kepada dan badan anak terbalas selepas mendengar tangisan si anak yang sihat. Bagaimana pula perasaan si ibu yang lain yang tidak mendengar tangisan seperti itu? Anak yang keluar dari rahim ibu berwarna biru tua tanpa sebarang pernafasan dan pergerakan. Mungkin sahaja diwaktu itu si ibu akan berasa sedih yang teramat sangat. Roh si anak tersenyum melihat ibunya lalu pergi bertemu dengan sang Pencipta yang Maha Adil.

Satu kes yang aku ikuti sewaktu berada di Hospital likas. Kes Post-partum Haemorrhage ( Pendarahan selepas bersalin). Si Ibu bakal jadi seperti yang aku cakapkan di atas jugak (Kalo tidak ada tindakan yang pantas dari Doktor-doktor) Aku tidak mahu menerangkan tentang procedure yang perlu dibuat dan bla-bla lagi. Yang nak aku kongsikan ialah suasana yang berlaku ketika itu.

Yupp... Red Alert... semua Doktor, Doktor HO dan Doktor pakar bergegas masuk kebilik si ibu yang berada di ambang kematian. Cemas.... memang sangat cemas.. Aku masuk ke bilik berkenaan dan berdiri sambil memerhatikan staff-staff hospital melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh kesungguhan demi menyelamatkan nyawa seorang ibu.

"Can you please give me that tube.."

"Turn on that machine please..."

"Where's the blood from HQE ( Queen Elizebeth Hospital, KK) "

"I called them already... they are coming..."

"Give her more plasma...... faster.."

Fuhh...... selepas beberapa ketika, tekanan darah si ibu semakin meningkat. yang mana ianya menandakan keadaan si ibu semakin pulih dan akan kembali normal. Semua yang berada dalam bilik tersebut menarik nafas lega. "Thank God.." kata seorang Doktor yang berbangsa Cina.


Di balik pintu, seorang lelaki - suami kepada si ibu - sedang mengelap air matanya. yeah.. dia sedang menangis. Aku tak terfikir apa yang sedang ditangiskannya. Orang yang tersayang berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Mungkin sahaja si ibu akan meninggal dunia kalau pendarahan yang berlaku tidak dapat diberhentikan.

Mati??

Menangis??

Sayang??

Mungkin si bapa sedang memikirkan keadaan hidupnya jika isterinya tidak ada lagi. Anak-anak bagaimana? Yeah... aku cuba bayangkan, kalau aku laa yang berada di tempat pakcik itu, dikala dan disaat aku melihat isteriku sedang dalam ambang kematian setelah bertungkus lumus melahirkan cahaya mata sebagai penyambung perjuangan bangsa dan agama, mungkin jiwaku juga akan luntur meluluhkan air mata jatuh ke bumi.

Hidup yang penuh dengan perasaan fitrah manusiawi. Perlukan tempat untuk memohon segunung pengharapan. Sewaktu alam menjadi gelap gelita tanpa arah, hati-hati akan mencari-cari siapakah yang dapat membantu?? hati orang yang mengenali Tuhannya akan terus mengarah kepadaNya. bagaiman dengan hati yang tidak pernah tunduk kepadaNya? Hati yang dipenuhi dengan kekotoran najis maksiat dan kesombongan terhadapNya?

Allah...........

Inna Lillahi Wa Inaa Ilaihi RaJi'unn....

Allahhh.... La Haula Walaaa Quwwata Illaa Billah...

Yeah... pengalaman hanyalah sekadar perkara yang boleh dikongsikan. Tanpa sekelumit pengajaran darinya, sia-sia lah pengalaman anugerah Allah SWT. Allah menjadikan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Supaya manusia itu sentiasa berfikir dan tidak Putus asa dari rahmatNya yang Maha Luas.

- Sekian Sekadar renungan buat hati yang masih mahu kembali -

1 comments:

Anonymous said...

Allahu . :( takutnya :(