Sunday, May 17, 2009

SubhaNallah..


Ya Allah.... Diriku terasa jauh sangat dari jalan yang benar. Kadang-kadng ini membuatkan aku berfikir, ape yang telah aku lakukan. Yeah.. Aku menzalimi diriku sendiri. Aku merendahkan martabatku lebih rendah dari martabat binatang.. Astagfirullah....

ya Allah..... Aku tahu.. yang aku tak boleh berputus asa dari rahmat Allah. Kerana kalau putusnya harap dari Allah, maka Nerakalah yang akan membakarku di hari penghisaban kelak. Nauzubillah... Kemudian aku berfikir lagi, kenapa Allah tak bagi kita berputus asa dari rahmatnya?? Mesti ada sesuatu di sebalik perkara tersebut..

Allah dengan sifatNya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sangat menyayangi hamba-hambaNya. Allah tak nak kita ni tersalah jalan dan tersilap memilih laluan hidup. Memang tidak dinafikan bahawa hidup ini penuh dengan dugaan, rintangan dan cubaan. semuanya Allah jadikan untuk membezakan siapa yang beriman dan yang kufur.

Kepada yang beriman Allah janjikan nikmat dunia dan akhirat. Nikmat yang terbesar bakal diperolehi orang yang taat iaitu redha Ilahi. tidak ada apa-apa lagi yang paling berharga di dunia ini melainkan tika dapat merasakan ketenangan dan redha dari ilahi.

Kepada yang Kufur, Allah janjikan siksaan yang sangat pedih. (AStagfirulllahh...) Siksaan yang tidak dapat difikir oleh akal dan fikiran. Yang pastinya, akan menyesal lah orang-orang yang disiksa selama-lamanya di dalam neraka.

Cuba baca balik terjemahan dalam surah As-sajadah ayat 12-14. Selalunya kita ni baca dan hafal sahaja tetapi tidak dapat memahami apa yang terkandung dan diberitakan. usahakan lah diri untuk memiliki sekurang-kurangnya sebuah terjemahan Al-Quran dalam rumah atau bilik kita.

Try tengok apa yang Allah SWT cuba sampaikan dalam ayat ni. Allah ceritakan tentang keadaan orang-orang yang berdosa yang menyesal di dalam neraka. Perhatikan ayat ke 13. Sedap dan penuh dengan makna yang mendalam.

" kalau aku kehendaki, pasti aku kan kurniakan semua manusia dengan petunjuk"

" akan tetapi, telah tetap ketentuanKu, akan aku penuhkan Neraka Jahannam ini dari golongan Jin dan Manusia"

Ayat yang disaluti dengan Rahmat dan Amaran. Siapa yang akan terdetik dengan Ayat-ayat Allah ini?? merekalah orang yang bergetar hatinya apabila nama ayat-ayat Allah disebut sepertimana yang telah dijelaskan oleh Al-Quran dalam ayat yang lain.

selepas itu, Allah menyatakan Golongan manakah yang termasuk dalam ayat 13 Sejadah itu. Ayat 14 membuka mata hati orang yang ada sekurang-kurangnya sedikit iman dihatinya untuk berusaha sedaya-upaya untuk menghindarkan diri daripada kelalaian yang berpanjangan.

" maka rasakanlah azab ini disebabkan kamu melalaikan pertemuan dengan harimu ini ( hari kiamat) "

" Sesungguhnya kami pun melalaikanmu dan rasakanlah azab yang kekal atas apa yang telah kamu kerjakan "



Selain itu, Allah juga menjanjikan pengampunan dan rahmat kepada siapa yang mahu kembali ke jalan yang lurus. Dalam ayat ke 15-17 As-Sajdah, Allah menerangkan tentang sifat mereka yang beriman dan ikhlas kepadaNya. Kurniaan nikmat yang tersembunyi disediakan bagi mereka yang merasa Takut disaluti segunung pengharapan kepadaNya.

Yeah..... Masih ada harapan buat kita untuk kembali kepadaNya. Selagi roh belum sampai ke halqum, Mari kita kembali dan memohon rahmat pengampunan Allah. Mari berharap hanya pada yang patut diberikan pengharapan. Mohonlah kepada Tuhan untuk diri sendiri, keluarga, dan seluruh kaum muslimin umumnya.

ya Allah... Ampunilah kami...

2 comments:

c's said...

hrmm.. manusia.. kaca mata kita adalah kaca mata manusia.. amal yang dilakukan jika diiringi riak n bongkak, apakah maknanya di sisiNya? malah amal yang kecil yang disangka tiada apa, asal ikhlas bersama, Redha pasti menanti kita..

Rahmat Allah terlalu luas.. moga kita memperolehinya..

ameen

Ibnu Saif said...

sumenye mula dari hati... kalo rosak hati.. maka rosaklah semuanya..

Hadis pun dah bgtau tentang benda ni..

so jaga lah hati... jangan kau kotori.. jagalah hati.. lentera hidup ini.. (betul ke lentera.. huhu.. )

:-)