Friday, October 31, 2008

1st Lesson



Malam ni adalah malam pertama aku (scra official) bersama Andau dlam usha aku untuk memberikan sedikit info kepada dia tentang islam yang sebenrnya. bebelit jugak lidah berkata-kata memandangkan sdah lama aku meninggalkan kerja-kerja ni. (mksud aku, berckp psl agama kt public)

mlm ni ckp psl sedkit pengenalan ttg Islam dan Rukun Islam yang 1. Syok jugak kalo kita sama-sama boleh kongsi kan bnda2 mcm ni.

Islam

Apa sebenrnya Islam ni?? Islam bukan setakat Agama.. dan juga bukan Setakat Ajaran... tapi ianya merupakan satu cara hidup yang sangat2 bersesuaian dengan fitrah manusia.

ianya adalah suatu sistem yang akan membawa manusia ni kepada satu kehidupan yang aman dan sejahtera.

ISLAM.... berasal dari perkataan arab.. Sa La Ma... yang bermaksud selamat.. atau sejahtera.. ataupun Aman..

dan apa dia sumber cara hidup yang diajarkan oleh islam?? Sumbernya adalah kepercayaan dan keyakinan terhadap wujudnya Tuhan yang satu, yang berkuasa diatas segala2nya. yang berhak diats diri dan segenap makhluk ciptaannya.

Cara hidup ini adalah cara hidup yang telah diturunkan oleh Tuhan sejak penciptaan nabi Adam as. ajaran yang sama diturnkan kepada nabi-nabi yang seterusnya.. smpailah kepada nabi Musa (Moses), Isa (jesus) dan Muhammad SAW.

Muhammad SAW merupakan Utusan yang paling akhir diutuskan Oleh Tuhan yang menguasai alam buana ini.

Yakin terhadap Kitab Samawi

di dalam Islam, kita kena yakin bahwa nabi-nabi terdahulu juga mempunyai kitab yang tersendiri.

Taurat - Moses as
Injil - Jesus as
Zabur - David as
Quran - Muhammad SAW

disini kita terpaku untuk berfikir sejenak....

kalo mcm ni....... Kristian n Yahudi sekrg ni betul jugak Laa... Pasl dorg kan pakai Taurat n Zabur...

Holy Bibble.. terbahagi kepada 2 bhgian...
- Old Testament (Taurat)
- New Testament (Injil )

Nmpak x?? al-kitab Bible mempunyai kedua-dua unsur yang wajib diyakini oleh orang yang ingin mengamalkan cara hidup Islam.

Masaalah

Masaalah yang berlaku pada hari ini adalah kitab Injil dan Taurat yang original tidak dapat dikesan. melainkan Quran jak yang benar-benar Asli yang diyakini tanpa kecatatan ataupun penukaran mahupun penambahan didalamnya.

pernah aku didatangi oleh beberapa awek Russian.. (dorg ni mmg MuballigH kristian yang sgt2 jujur n berhati mulia tuk sebarkan Ajaran agama Kristian) yang ingin berbicara tentang kebenaran Bible. banyaklaa bnda2 yang dibincngkan setelah aku jemput dorg ke bilik aku.

dorg ni adalah pengikut Jekhovah Witnessses. satu lagi doktrin kristian yang baru yang jarang didapati di Mlysia. cari laa sndri kt google or wikipedia ttg fahaman ni. Dorg ndak caya ttg trinity.. dorg jugak ndak caya yang cakap Jesus tu anak tuhan.. dalam masa yang sama.. jesus tu sbgai Tuhan.

Pastu aku ckp laa.. Kalo camtu.. korg ni Islam laa.. hehe.. saja jak laa ckp camtu.. tersenym tersipu2 awek tu.. hehe.. aku tya lagi.. dorg caya ngan Muhammad ka sbgai nabi yang terakhir.. Mula2 ckp caya... tapi 5 minit lepas tu.. ndak caya sdah... hehe.. adoi... mana satu ni...

Antara yang paling aku igt point yang dia ckp... Bible ni sbnrnya msih dlm revision. setiap tahun akan ada penukaran. psl apa??? psl sekrg ada lebih kurg 1400 scriptures lama yang dijumpai dan dorg still tukar apa yg ada dlm bible tuk dapatkan bible yang pling original.

so apa maksudnya tu??

Maksud SebuaH StatemenT

maksudnya.. Bible sekrg ni belum asli lagi. n dalam bible yg hari ni, di dalamnya terdapat word of God, dan juga tidak kurg Word of men. jadi, ke "Holy" annya tercurang oleh tangan-tangan manusia. Mmg dalam bible ajar bnd2 baik, tapi dlm masa yang sama, keasliannya sebagai sebuah buku yang dianggap sebagai perkataan-perkataan Tuhan sdah dicemari oleh kecuaian yang disengajakan atau tidak hasil perbuatan the scholars of bible tu sndiri.

Orang yang mengamalkan cara hidup Islam.. Wajib Percaya bahawa tulennya Kitab taurat dan Injil. tetapi bukan tulennya Bible yang ada pada hari ini. kerana Kata-kata Tuhan sdah dicampur adukkan dengan kata-kata manusia yang sentiasa ingin mengikut kehendak dirinya demi kepentingan yang ada disisinya.

Cuma yang masih tulen dan wujud di depan mata sekrg hanyalah Al-Quran Al-Kareem. yang mana didalamnya mengajak manusia untuk mencintai nabi Muhammad dan nabi-nabi yang diutuskan sebelumnya. dan itulah Mu'jizat(Kelebihan) yang paling agung yang telah Allah berikan kepada Nabi Muhammad SAW untuk tatapan manusia seluruhnya tentang kebenaran risalh Tuhan Rabbul Jalal.

2 SumbeR

Umat Islam pada hari ini hidup bersumberkan peda 2 sumber yang paling utama.

1- Al-Quran
2- Sunnah dan Hadis nabi SAW

Rukun IslaM yang pertaMa

Mengucapkan dengan Lidah, disertai dengan keyakinan yang mantap di hati dan mengamalkan segala suruhan dan meniggalkan segala larangannya..

"Ash haDu.. Al- Laaa i laaha.. illa.. Allahu.. Wa Ash Hadu Anna Muhammadan Rasululullah.. Wa Anna i'sa Rasulullah.. Wa Anna Musa Rasulullah.."

"Aku sanggup menjadi saksi bahawa tidak Ada Tuhan yang layak Disembah.. Melainkan Allah.. Dan Muhammad itu Adalah Utusan Allah.. Jesus juga utusan Allah.. Dan Moses juga utusan Allah.. "


Hmmmmm...... ngantok sdah tau..... ini jak laa diantara isi2 yang aku dan Andau bincngkan semalam... tegagap-gagap jugak ku berckp.. haha... Semoga Di Terima Allah.... Ameen...

0 comments: