Wednesday, October 07, 2009

Ada apa dengan "Title"...


"Doktor.."

"Huh.. Bangganya dia dengan title Doktornya tuh.."

"Belagak!! "

ni adalah antara kata-kata yang sering didengari dari jauh..

"Doktor... hebat laaa..."

"Doktor.. Mahal harganya nih.. cerah peluang tuk pinangannya diterima nih.. "

"Enta Doktor?? Bagus.. nda banyak orang-orang kita yang profesional nih dalam gerakan kita nih.."

Hemmm.. bermacam-macam pandangan terhadap title "Doktor". Kalau Di Malaysia, Doktor dianggap sebagai satu profesion yang paling tinggi levelnya dibandingkan dengan profesion yang lain. Mungkin kerana benda yang dipelajarinya terlalu dalam dan banyak. Mungkin..

Jika kita pergi ke kem-kem motivasi pelajar, antara pekerjaan yang sering dijadikan sumber motivasi pelajar-pelajar adalah Doktor, Peguam, Jurutera. Biasanya Doktor akan disebut dahulu dari yang lain-lain.

.......................................................................................................

Adushhh.. Malas laa mau berayat-ayat nih.. Abes ndak kuar idea aku nih.. Masa lebih banyak terbuang memikirkan ayat lebih daripada mengeluarkan idea.. huhu.. Pakai ayat besa jak laa.. kan senang..

Sebenarnya kan.. Ndak kisah laa Doktor ka.. PEguam kaa.. Engineer ka.. Kita kena tahu apa tujuan kita masuk ke dalam bidang nih..

ada orang tengok DUIT semata-mata.. Iyalah kan.. Doktor.. Orang cakap Doktor ni banyak duit.. Makcikku gajinya dalam 13 Ribu sebulan.. Tapi dia sudah jadi Pakar laa.. Doktor Pakar.. Kaya oo... Doktor yang baru graduate.. gaji bersih dalam 5 ribu sebulan.. Huhu.. ni ndak masuk elaun lagi.. Lebih kurang laa tuh..

ada orang yang mahukan pengaruh semata-mata.. Peguam... Engineer.. mahu dipuji-puji dan diangkat menjadi orang yang terkemuka..

alaa.. teda idea laa pulak contoh tuk tujuan lain.. (ni tengah rehat study baa nih.. tu yang kepala sengal sikit tuh.. huhu..)

.........................................................................................................

apa yang aku mau bawa disini ialah perkara yang berkaitan dengan NIAT.

Pakcik Stephen Covey ada sebut dalam bukunya 7 sikap tuk jadi orang yang hebat.. salah satunya..

" Begin with the end in mind.. "

Sebenarnya apa yang kita mau cari dalam kehidupan nih??

.........................................................................................................

Sebelum kita pergi lebih dalam.. kita kena fahami beberapa perkara asas..

Dari mana kita datang??

Untuk apa kita hidup??


Kemana kita akan pergi selepas hidup??


Bila menjawab perkara nih.. kita sebagai orang Islam tau.. bahawa penghabisan hidup kita nih adalah antara Syurga ataupun Neraka. So, soklan kedua tu perlulah dijawab berfokuskan matlamat akhir kita..

kalau kita mahukan Neraka.. so soklan kedua bolehlah dijawab dengan perkara yang tidak ada kaitan dengan akhirat. Contohnya, hidup untuk bersukaria.. Hidup untuk duit semata-mata.. Hidup untuk dunia semata-mata.. Tidur ngan laki / perempuan sebilik.. (X kawin lagi nih..) , meninggalkan solat secara sengaja.. Gunakan title yang kita ada untuk kepentingan peribadi disamping merosakkan orang lain.. dan lain-lain.

tapi kalau matlamat kita untuk Syurga Allah.. maka sesuaikanlah tujuan kita hidup tuh.. supaya kita berjaya mencapai apa yang kita harapkan. (Paling penting, niatkan semuanya kerana Allah.. Semata-mata..)

Dari mana kita datang??

Dari mana?? Kita kena sedar.. Kita ni hanyalah berasal dari AIR MANI.. ada lah process yang berlaku, persenyawaan antara sperma dan ovum.. last-last jadilah kita manusia yang lengkap tubuh badan.

Air mani?? Huhu.. Air mani nih.. kalau jatuh ke tanah.. orang akan pijak-pijak jak.. Ayam dan itik pun ndak mau patuk.. Alangkah hinanya penciptaan kita nih.. Huhu..

So, jangan belagak lebih-lebih.. jangan merasa diri tu tersangat-sangat mulia... Sombong dan Takabbur... Ingat-ingatlah kita ni berasal dari mana..

................................................................................................

so kita pusing balik ke soklan tadi..

apa sebenarnya yang kita mau cari dalam hidup nih??

apa sebenarnya tujuan kita mahu jadi Doktor/Peguam/Engineer/Guru dll nih??

.................................................................................................

Jawapan kita akan menentukan masa depan kita.. Dalam membuat dan merangka jawapan, jika kita mahukan Kebahagiaan dan ketenagan Hakiki Dunia Akhirat, letak lah Agama sebagai sumber rujukan..

tapi kalau kita mahukan yang lain dari itu, terpulanglah kepada diri sendiri.

Pilihan biarlah lahir dari bisikan hati nurani diri sendiri.. Bukan ikut-ikutan ataupun terpaksa..

..............................................................................................

Allah sangat Adil..

Dijadikan Syurga.. kawannya Neraka..

Dijadikan Pahala.. Kawannya Dosa..

Dijadikan Malaikat.. Kawannya Syaitan..

Allah dah tunjuk kedua-dua jalan..

Jalan yang baik..

dan

Jalan yang Buruk..

Terpulang kepada kita.. mahu memilih yang mana satu..

oleh itu.. SelamaT memilih.. :-)

...................................................................................................

Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu.. kalau mereka tidak mengubah apa yang ada pada diri mereka terlebih dahulu..

Wallahu A'lam...


Sori kalau ayat banyak yang tak sedap dibaca.. Otak tak boleh pusing lebih-lebih nih.. sekrang ni pun sudah pukul 3 pagi.. Huhu.. Harap dimaafKan..

Akhir Kalam..

Jadilah MusliM Profesional yang IslamiK.. hehe..
Moga selamat Dunia Akhirat..
Peace..

1 comments:

Nafsah Dulajis said...

memang tiada beza manusia itu, melainkan taqwa. siapa pula pengukur taqwa?

selalu disangka doktor itu tinggi, bagus, pintar.
padahal semua manusia biasa saja.

ambil saja pujian dan lain-lain kelebihan itu sebagai ujian Tuhan.

ujian,ujian...memang berat...huh.