Friday, October 23, 2009

FitraH..



Huh.. Bismillah..

Kumulakan malam jumaat yang mulia ini dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Sebelum Stat Study.. Kita sembang-sembang laa dulu k..

Manusia tidak pernah puas dengan kehidupan dunia. Yang kaya.. mahu terus menerus kaya.. Yang miskin, mengejar sehabis nyawa untuk menjadi kaya.. yang berpangkat rendah bertungkus lumus nak naik ke pangkat yang lagi tinggi..

apa sebenarnya yang menyebabkan manusia tu tak pernah berpuas hati dengan apa yang ada?

Dalam Quran Allah telah menyatakan.. bahawa fitrah manusia itu suka kepada 3 benda.

1. Wanita/Lelaki (Pasangan)
2. Anak
3. Harta yang melimpah ruah

aa.. memang fitrah manusia..

Fitrah tetap fitrah.. Fitrah perlu dikawal dan dipandu kearah jalan yang betul.

Sekumpulan pelancong akan sesat kalau tidak ada peta tempat yang dorang pegi tu.

Begitu jugak manusia. Kalau tidak ada buku panduan untuk hidup, manusia akan sesat. Dalam mencari kecemerlangan hidup, manusia memerlukan buku panduan yang ditulis oleh penulis yang hebat. Maklumat yang terdapat di dalamnya tepat dan nyata. Senang untuk difahami dan boleh digunakan di mana-mana zaman sekalipun.

Yeah.. Buku Panduan Hidup.

Dalam Islam, buku panduan yang digunakan untuk menyusuri kehidupan ini adalah Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

Dalam agama lain pun ada buku panduannya masing-masing.

Yupp.. Kenapa ada banyak buku panduan nih?? Mana satu yang betul?? Yang ni perlukan kajian lebih terperinci. :-)

Dunia akan aman jika apa yang ada dalam buku panduan ini diamalkan.

Setakat buku panduan yang diagung-agungkan dan dibangga-bangga.. kalau ianya tidak diamalkan.. Ia bagaikan keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal dan berat. Kitab itu tidak memberi manfaat apapun kepada si keldai melainkan hanya penat dan lelah.

Dalam hidup ini, Fitrah manusia juga mahukan kepada kebaikan. Fitrah juga apabila manusia memerlukan Tuhan dalam hidupnya.

Sudahkan kita memilih siapa Tuhan kita? atau ia hanyalah pilihan yang tidak disengajakan.. Lahir dari seorang ibu yang mempunyai keyakinan terhadap Tuhan tertentu..

Fitrah.. bila kita mula berfikir apakah tujuan hidup ini..

Fitrah.. bila kita mula mencari Tuhan yang sebenarnya...

Fitrah.. Bila kita mula berfikir untuk hidup dengan lebih tenang dan bahagia..

Dalam Quran.. Allah menyatakan bahawa Allah telah memberi pilihan kepada kita.. jalan yang benar atau jalan yang membawa jauh dari Allah. Terpulang kepada kita untuk memilih..

Semua sudah besar panjang untuk disuap dengan nasi.. bila lagi kita nak gunakan otak ni dengan baik untuk memikirkan perkara sedemikian dan membuat keputusan dan pendirian di atas kaki sendiri..

Rodiitu Billahi Rabba.. Wa Bil Islaami Dinaa.. Wabi Muhammadin SAW Nabi wa Rasuulaa..

(Aku redha Allah sebagai Tuhanku.. Dan dengan Islam sebagai agamaku.. dan dengan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul..)

0 comments: