Thursday, October 08, 2009

Kisah ShaSha



Shasha, bapa kepada seorang anak membaca petikan ayat-ayat Allah dengan penuh keikhlasan. MasyaAllah, biarpun tanpa penglihatan, beliau masih lagi teguh dengan keyakinannya akan rahmat dan kasih sayang Allah.

3 bulan lalu, beliau terlibat dengan satu kemalangan yang sangat ngeri. Alhamdulillah Allah masih lagi memberinya peluang untuk meneruskan hidupnya untuk berbakti untuk agama.

dalam kemalangan tersebut, beliau kehilangan kedua-dua penglihatannya. kaki kirinya patah dan banyak lagi kecederaan yang teruk yang terjadi. Beliau koma, tidak sedarkan diri dalam masa seminggu.

selepas sedar dari koma yang panjang, doktor menerangkannya tentang rawatan yang patut dia perolehi. apabila ditanya mengenai harga, doktor menyatakan semuanya tidak kurang dari 30 000 griven.

Beliau, seorang pekerja di sebuah kedai menjual minuman, hanya mendapat tidak lebih dari 700 griven sebulan. Itu pun hanya cukup untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

30 000 griven?? Mana mau dapat?? bayangkan perasaannya ketika mendengar kos yang begitu banyak.

Alhamdulillah.. Orang Islam di sini semuanya masih prihatin dan semuanya berpakat untuk membantunya. Derma dihulurkan dari masjid-masjid dan orang-orang persendirian. Cukup 30 000 Griven, rawatan diteruskan.

sesudah rawatan dilakukan, doktor sekali lagi terpaksa memberitahu berita yang mungkin berat baginya untuk mendengar.

"Mata kanan memang sudah tidak boleh melihat."

Shasha kelihatan tenang apabila menceritakan saat-saat itu kepada kami. (Petugas-petugas ISIM ke Bakchisarai)

"Mata kiri mungkin boleh dirawat.. dan mungkin boleh melihat.. tapi buat masa ini, tak boleh lagi berfungsi. Kita mengharapkan yang terbaik. Awak boleh buat rawatan ni kat Kiev atau di Odessa" Doktor tersebut menyambung.

terpancar sedikit kegembiraan di wajah suci itu apabila mendengar kata-kata doktor yang merawatnya.

Saudara Seislam tidak putus-putus datang menziarahi rumahnya dan memberikan semangat kepadanya untuk terus menjalani kehidupan sebagai manusia biasa dan hamba kepada Allah. Allahu Rabbii..

Kini, dia masih lagi terlentang di katil rumahnya yang tidak seberapa. Ditemani oleh Isterinya, dan anaknya, Ibrahim yang masih berumur 3 bulan. Kadang-kadang Mama Bapa kepada Isterinya akan datang menjenguk dan melawat mereka dirumah.

Kaki dan tangan yang mencari rezeki selama ini telah terputus.. Allahu Rabbi.. Apakah lagi ujianmu selepas ini??

Berilah kekuatan kepada Saudara kami ini.. Kuatkan dia dengan kasih sayangMu.. Ameenn...

3 comments:

shakurkeena said...

salam.sedikit tentang background sasha.
sasha adalah seorg muallaf russian,yg kini mempunyai seorg anak yg lahir lebih kurang sebulan sebelum sasha ditimpa kemalangan, ibrahim.

norain said...

ustaz...anak dia sorg jer...si ibrahim yg tembam n comel itu...ira tu bukan anak shasha, itu adik katya...diorg ni suami isteri muallaf, bkn tatarian...

Ibnu Saif said...

Alamak.. tesalah Info nih.. huhu.. dua2 Muallaf eh??