Di dalam Quran Allah SWT menyebut..
"Sesungguhnya kami telah ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya " Surah 95:4-5
Gambar di atas adalah gambar sorang budak yang berusia 3 tahun yang didera, dirogol dan diliwat sehingga dia menemui ajalnya hari ini.
Astagfirullah..
Manusia jenis apa yang buat benda nih?? Manusia yang bernafsukan binatang, malah lebih rendah darjatnya daripada binatang.
Seorang lelaki Sudan, study kat KL, then tinggal sekali ngan aweknya yang dah ada anak 3 tahun sering melakukan benda yang sama ketika aweknya tu takde kat rumah.
Selepas melihat anaknya meninggal dunia, aweknya tu bersekongkol dengan mamat Sudan tersebut dengan mengatakan pembantu rumahnya yang membunuh anaknya.
Tapi dorang silap. Dorang ingat semua orang bodoh macam dorang. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tergelincir jugak dari pokok.
Kantoii..
Laporan Selanjutnya..
Budak 3 Tahun??
2 hari yang lalu, satu lagi kes telah berlaku.
Ni gambar baby yang dicampak dan dibuang oleh mereka yang berhati syaitan yang tidak ada sifat kemanusiaan di dalam dirinya. Sapa yang buat nih? Orang yang ada Islam pada namanya.
Apa sudah jadi dengan orang melayu Islam kita pada hari ini? Akhlak merundum habis-habisan. Agama ditinggalkan dan dianggap sebagai benda yang karut.
Kes adik Nurin Jazlin..
Sapa yang tak tau kes nih... Sian adik nih.. Diculik.. Dirogol.. pecah perut dan organ dalaman.. Apa cerita nii?? Adushh.. Sapa yang buat??
Dalam kebingungan, kita mencari jalan penyelesaian untuk membendung kegiatan Abg Syaitan Ar-Rajim nih..
Mulakan dengan melihat kepada diri sendiri, kemudian keluarga, masyarakat dan negara. Semuanya perlukan perubahan.
Perubahan yang bagaimana yang kita nak?
Islam ada caranya. Bila lagi kita nak gunapakai Islam dalam kehidupan kita?? InsyaAllah... Yakinlah.. Bila Islam yang kita gunakan sebagai dasar, perkara seperti ini akan dapat dikurangkan dan dibendung dengan serta-merta.
Bila Islam ditinggalkan.. Keruntuhan akhlak akan berleluasa, hiburan akan menenggelamkan umatnya, akan bermaharajalela lah para pendokong Abg Syaitan Ar-Rajim....
Fikir-fikirkan...
"Apabila Babi lebih mulia dari MereKa.............................. "
0 comments:
Post a Comment