Wednesday, October 28, 2009

Hari yang BesT..



Kelas Surgery akan  bermula pukul 8 pagi esok. Hmm.. Awal gak mula pasal kena join 5 minute conference ngan Doctors kt Lugov Hospital. Sekarang sudah pukul 1 pagi. Baru siap study sikit-sikit.

hari ni kelas habis pukul 2 petang. Selalunya kelas habes awal dalam pukul 1 petang. Asar masuk dalam 230 petang. Bas kat Lugov hospital sampai dalam pukul 2 lebih. Huhu.. tak sempat nak solat kat rumah. Seluar pulak tak bersih sangat nak bawa solat. tu yang tak solat kat kelas. So, amik keputusan solat hormat waktu laa kat dalam bas. Solat sambil berdiri jak laa..

Sampai rumah, azan kat komputer sudah berkumandang. Allahu Akbar... Allahu Akbar...

Biasanya azan komputer ni awal sikit dari jadual solat Arraid. (Arraid adalah sebuah Persatuan Islam Ukraine yang popular juga dikalangan orang tempatan sini). Then ambik wudhu dan terus solat zohor. 20 minit kemudian, sambung pulak solat asar.. Hehe.. Sambung-menyambung jak..

Petang gi joging jap. Kalo mau tau, sekarang ni sudah masuk musim Autumn.. Musim luruh. Daun-daun tengan luruh laa nih. Weather pun sudah mula sejuk. Besstt.. Aku suka laa sejuk-sejuk camni nih.. Langit yang mendung.. Menenangkan jiwa. :-)

Joging.. hehe.. Kena kuruskan sikit badan nih.. Hehe.. Gemok.. nanti teda orang mau.. keh.. keh.. keh... actually bukan pasal ni jak.. Kesihatan.. Kena jaga.. hihi.. Mama dan Bapa kedua-duanya ada penyakit keturunan. Mama ada Diabetes.. Bapa ada Hypertension.. Aku?? Alhamdulillah sihatt.. Tapi aku ni sangat-sangat berisiko untuk dapat penyakit nih kalau aku tak jaga dan control apa yang perlu. So, ken alaa joging selalu.. Untuk dapat Badan yang mantap.. and Kesihatan yang optimum. Hehe..

" Aqlu As-saleem fi Jismi As-saLeemm.. "
Akal yang sihat ada pada badan yang sihat..


Allah lebih suka mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah.. 
(tak ingat matan hadis.. hehe)

Mmm.. oklah.. 115 sudah.. Ngantok.. Saja jak ni mengarut-ngarut di blog nih. Apapun... Semoga esok lebih baik dari hari semalam..

Huhu.. ada lagi benda yang perlu aku siapkan minggu nih.. Sok pagi kena plan perjalanan sampai ke petang.. Yupp.. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.. InsyaAllah...

Okay Laa.. Tdoo.. SelamaT Malam SimferopoL..

0 comments: