Friday, July 10, 2009

Micheal Hart pula dalam bukunya yang bertajuk “The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History” memilih Nabi Muhammad sebagai pilihan pertama sebagai seorang yang paling berpengaruh dalam sejarah ketamadunan manusia.
Kepimpinan Nabi SAW dibantu oleh sahabat-sahabatnya yang mulia melembutkan hati penduduk Madinah dan Makkah untuk menerima islam sebagai cara hidup. Ketaatan kepada Nabi sebagai Ketua Negara Madinah ketika itu menyuburkan lagi dakwah islamiah walaupun ditekan dan dihalang oleh musuh-musuh islam.
Akhlak Islamiah yang dimiliki oleh para sahabat Nabi SAW benar-benar menambat hati para penduduk dunia yang datang berkunjung ke Makkah dan Madinah. Didikan rohani dan jasmani yang menyeluruh menjadikan Umat islam pada wakt itu Umat yang paling unggul sepanjang zaman.
Islam pada hari ini tetap unggul sebagaiman zaman terdahulu. Jadi, apa bezanya Islam dahulu dan Islam sekarang??
Konsep yang dibawa oleh Islam tidak ada perbezaan sama sekali. Cuma keadaan Umat Islam itu sendiri yang membezakan antara dua darjat. Dahulu, umat Islam menerima Islam sepenuh hati. Mereka yakin dengan keyakinan yang sebenarnya terhadap Islam. Mereka komited terhadap apa yang dibawa oleh Nabi SAW dan diajarkan oleh Allah melalui KalamNya. Islam dijadikan sebagai cara hidup. Islam tidak dinilai hanya dengan bersolat, berpuasa dan membaca quran. Tetapi Islam dijadikan sebagai panduan didalam segenap aspek kehidupan. Islam dalam pergaulan, ekonomi, politik, ketenteraan, dakwah dan segalanya.
Berbeza dengan keadaan Umat Islam pada hari ini. Umat Islam sudah mula melupakan unsur-unsur Islam itu sendiri. Oleh kerana ruh dan semangat Islam dilepaskan dari dalam diri masing-masing, umat islam menjadi lemah dan hasilnya, kita menjadi umat yang termundur yang pernah wujud dalam dunia.
Tidak perlu kita memandang jauh sehingga ke Palestin, Iraq, Iran, Afghanistan dan lain-lain. Lihat sahaja di daerah kita, di negeri kita Sabah yang tercinta ini. Orang mana yang paling miskin?? Tidak lain dan tidak bukan, Orang kita. Yang paling rendah tahap pendidikannya?? Orang Kita. Orang Islam, orang Bajau Muslim, Dusun Muslim, Brunei Muslim dan lain-lain.
Tidak dinafikan ada diantara orang kita yang cemerlang dan bakal menjadi harapan buat masa hadapan. Tetapi, nisbah jika kita bandingkan dengan yang bukan Muslim, kita jauh ketinggalan ke belakang. Lihat sahaja di kampong-kampung kita, tidak ada perubahan semenjak dari 10-15 tahun yang lalu.
Kita sedar bahawa daerah Putatan bakal menjadi kawasan yang pesat dan maju.Tapi jangan lupa, adakah orang kita yang memajukan, yang maju atau kita hanya menjadi pengguna yang tertipu dengan berdirinya bangunan-bangunan yang tinggi dan besar. Giant.. Survey.. KFC, PIZZA HUT.. Kita bangga dengan adanya kemudahan di daerah kita. Apabila kita melihat secara lebih mendalam, siapakah yang lebih banyak mengaut keuntungan dari kemajuan yang didirikan.
Lihat sahaja pemilik kedai-kedai yang ada di daerah kita. Majoritinya adalah dimiliki oleh yang bukan Islam. Kita umat Islam daerah Putatan?? Bangga dengan hanya menjadi pengguna. FUJI.. Yu Classic.. orang kita hanya menjadi pekerja yang boleh disuruh-suruh.
Bukan niat penulis untuk mengapi-apikan semangat perkauman atau keagamaan. Tetapi inilah realiti yang berlaku di tempat kita yang perlu difikirkan bersama. Umat Islam lemah dari segenap aspek. Aspek pendidikan, aspek sosial, aspek ekonomi dan lain-lain.
Mengapa semua ini berlaku?
Besambung ke bahagian 2 pada minggu hadapan.
- AFiFi SaiF -
Kg Ulu PutataN
http://www.al-basayuv.blogspot.com/
Wednesday, July 08, 2009
"Streamyx ni kan.. Cari pasal tul ngan aku ni.. bayar mahal.. tapi selalu server down jak.. kureng tol.. Time aku mau guna ni laa dia gi down.. "
Streamyx di tempat aku ni memang selalu camni. "Blinking lagi modem ni.. Bila laa mau static sikit ni.. " haha.. besa laa tu.. mau buat camana kan. Ntah laa, memang di malaysia ni selalu sangat masaalah-masaalah camni. Malaysia?? Ka sabah jak camni?? ka Tempat aku jak camni?? Hampeh.. huhu..
"Naseb baik laa ada lagi dial-up TMNet ni.. boleh laa update sikit blog ku ni.. adoii.. "
Jam sudah menunjukkan pukul 310 pagi. Tadi ingatkan mau cuci kereta - Pukul 1230 Malam - Baru buk paip, sepupu pulak baru pulang rumah. So tak jadi laa cuci kereta, gi sembang-sembang pulak ngan sepupu sampai pukul 2 pagi. hihi.......
Banyak gak cerita-cerita pasal dulu-dulu, pasal masa depan dan len-len. Yupp.. sepupu aku ni bakal memulakan praktikal minggu depan. Ambik engeneering laa katakan. Masa depan cerah.. Jalan tebentang luas.. aku pun nampak gak jalan sepupu aku ni.. misi dan visi. InsyaAllah ok laa suma tu.. aku yakin gak ngan sepupu aku ni..
Bila sembang massalah budak-budak sekarang, 2 benda yang sepupu aku cakap. 1 faktor Keluarga dan yang kedua Faktor Sekolah- Faktor Cikgu.
Keluarga
Yupp.. bila kita bicara soal keluarga dan kepentingannya dala mendidik generasi baru, kita akan dapat melihat kesan positif dan negetif yang lahir dari institusi keluarga itu sendiri. aku rasa kan, ndak perlu kot aku nyatakan satu persatu kepentingannya disini. sikit-sikit boleh laa.
contoh - Mama bapa yang bekerja dan terlalu sibuk sehingga mengabaikan anak-anak, makan minum, pelajaran dan lain-lain.
anak-anak dalam usia mereka yang masih dalam jagaan memang sangat memerlukan perhatian dari kedua ibu bapa. apabila mereka terasa diabaikan dan tidak terjaga, mereka ni kan.. akan mudah terjebak ngan benda yang buruk dan keji.
Yupp.. budak-budak sekolah menengah atau rendah yang ponteng sekolah, pegi ke kedai-kedai mamak, berfoya-foya minum Teh tarik sambil hisap Rokok..
Gi laa tanya ngan budak-budak ni.. Bapa Mama dorang kalau tahu benda ni Marah ka Ndak..?? macam-macam jawapan yang akan kita dapat.. Ada yang akan cakap.. "Aa laa Bang.. Mustilaa dorang marah.. dorang ndak tau ni.. "
ada jugak yang jawab.. "Ntah laa bang.. dorang pun bukannya mau ambik tau pun pasal saya ni.. Saya Cemerlang ka.. gagal ka.. Apa-apakah.. Busy baa mama bapa saya ni bang.. Tu yang jadi camni ni.. Kawan-kawan lagi bayak yang buat benda-benda ni.. kawan-kawan lagi memahami dari mama bapa.. "
Kita yang sudah besar ni pun kadang-kadang pelik gak ngan budak-budak sekarang. Tengok laa di Youtube tu.. Budak-budak sekolah begaduh.. Pompuan pulak tu.. Betudung.. mau tunjuk samseng tu.. Astagfirullah.. Ndak malu eh suma orang tinguk?? Adoii..
Yupp.. memang kita pun ndak suka jugak bila benda-benda jadi camni kan.. tinguk aa.. Hari ni jadi macam ni.. Tahun Depan?? 5 tahun depan?? 10 tahun depan?? 20 tahun depan?? Kalao hari ni sudah jadi teruk camni.. camana keadaan generasi hadapan nanti?? dapat bayangkan eh??
Ntah laa... Seks menjadi satu benda yang sangat common.. Masing-masing ada HP yang mahal-mahal.. (HP yang sekarang aku pakai Hp Samsung yang harga RM 200 jak.. Lepas HP Nokia hari tu ada masaalah sikit.. huhu.. ) Boleh ambek Video... Ha!! lagi laa... Apa lagi, rakam laa... upload di internet buat tatapan yang len-len..
dulu mana laa ada orang buat benda-benda ni.. kalau mau buat maksiat pun, gi cari tempat-tempat yang orang ndak nampak.. takut.. malu kalo orang lain tahu.. sekurang-kurangnya dorang tahu kejijikan benda yang dorang buat.. Tapi Hari ni??
Sifat Malu Hilang dari dalam diri.. Hilang habis-habisan.. ada satu kajian tu dulu, dia cakap perempuan sekolah menengah hari ni, majoritinya sudah hilang dara, lelaki hilang teruna.. yang ni Majoriti....... ada laa yang sikit-sikit masih elok.. yang masih elok tu alhamdulillah..
Porno jangan cakap laa.. yang ni sudah sedia tersebar di dalam kehidupan anak-anak muda sekarang. ndak kira laa yang baik ka.. yang Jahat ka.. Internet ada depan mata, bila teda orang nampak, buka laa macam-macam.. Takut ngan orang.. tapi lupa kepada Tuhan yang bagi Mata.. Kalau time tu Allah tarik nikmat Mata?? ha!! Camana tu?? ndak ka menyesal sampai keluar air mata darah..
Cikgu
Bila sampai sekolah, bertemu dengan Cikgu-cikgu yang jenis terpaksa mengajar kerana tidak ada kerja. Ni lagi satu masaalah..
Cikgu mengajar ala kadar jak.. Kalau pelajar salah, Dimarahi dengan cara yang sangatlaa hampeh..
"Kenapa laa kau ni bodoh sangat Abu??"
"KAu ni kan abu, memang teada masa depan.. "
"Sama jak kau macam bapa kau.. Budu-buduan jugak... "
Fuhhh... Down eh kalao orang cakap camni ngan kita. lagi-lagi kalau yang cakap tu cikgu kita sendiri..
penah sekali tau.. benda ni aku paling ingat la sampai bila-bila.
Time tu aku darjah 5 sekolah rendah laa ni. Then setiap pagi aku dan sepupu aku akan naik bas pakcik aku - Bapa kepada Sepupu aku laa ni -
hari tu, Bas pakcik aku ni digunakan tuk bawa satu rombongan kampung yang mau jalan gi Labuan. Pakcik aku ditugaskan tuk hantar dorang laa ni. So dorang naik bas sekali laa ngan aku. Then bila sampai di sekolah aku ni, SRK Sacred Heart.. Pakcik aku pun pesan laa ngan aku n sepupu aku ni.. " baa.. baik-baik kamu jalan tu aa... " - Nasihat biasa laa ni setiap hari.. hihi..
Tiba-tiba, ada seorang pakcik ni menyampuk.. Orang besar gak laa di kampung ku ni.. SAmbil dia cakap Bajau laa ni.. "Ha yang tu tu.... anak ni Jajal betul tu.... " Fuhhhhhhhhh...... Malunya aku time tu.... JaJal ni Maksudnya Nakal.. tapi, Nakal cam lembut lagi.. Jajal ni membawa maksud Nakal yang Jahat, Bodoh, ndak pandai dengar cakap orang tua, selalu buat masaalah, ndak boleh pakai.. Fuhhhhhh.... Malunya aku... Down sangat time tu... Terfikir gak.. teruk sangat ka aku ni sampai dia cakap aku camtu..
Tu yang buat benda tu masih terngiang-ngiang di telinga ni.. Hihi.. lama gak aku mau redakan benda tu.. sampai habis sekolah menengah masih lagi aku terasa.. Sakit hati eh... sampai penah aku cakap ngan mama.. aku cerita laa peristiwa ni, then aku cakap.. kita tengok laa sekarang.. anak siapa yang jajal... aku ka anak dia.. HuHu... Then Mama marah aku cakap camtu.. Huhu.. Jahat gak aku ni eh.. hihihi...
Yupp.... Cikgu sepatutnya Ikhlas dalam mendidik. Penting sangat eh peranan Cikgu-cikgu dalam mendidik dan mentarbiyyah anak-anak murid ni. Penah seorang ustaz ni cakap, "Dulu ustaz sebenarnya bukan nak jadi Ustaz, Ustaz nak jadi... (Pegawai ape ntah), n terpaksa je mengajar.. dah laa terpaksa.. kene hantar kat sabah pulak tu.. " Aiseemen...
Tapi bukan semua laa yang camni.. Banyak yang bagus-bagus gak n yang ikhlas mengajar. Cikgu-cikgu dulu-dulu.. Ustaz Ustazah.. Banyak yang sangat-sangat baik.. Aku ingat lagi seorang ustazah aku ni, Ustazah.... (Astagfirullah... camana boleh lupa nama ustazah ni.. ) Ustazah ni ajar kelas aku Bahasa Arab. ustazah ni dah laa comel, muka cam Arab dah.. kecik-kecik jak orang nya.. Baik sangat ustazah tu.. waktu ustazah ni sudah habes masa kat SAbah, Mengajar di sekolah aku laa ni SMKA Inanam.. Then ustazah ni cakap.. " Cukup laa... Ustazah nak rehat laa.. Ustazah dah berpuas hati dah kerana dah banyak generasi yang ustazah ajar.. " sambil ustazah senyum dengan senyuman manis dia tu.. Hihi..
huhu... teringat laa pulak Cikgu-cikgu.. ustazah ustaz di sekolah dulu yang banyak mendidik dan mengajar aku erti kehidupan.. Alhamdulillah jadi laa aku seperti yang sekarang ni.. biarpun banyak lagi kekurangan dan bukan seperti yang diharapkan.. InsyaAllah aku akan cuba yang terbaik tuk menjadi seperti yang mereka harapkan.. InsyaAllah..
Banyak lagi sebenarnya faktor yang membawa kepada kerosakan akhlak generasi muda hari ni.. Kalau benda ni tak diubati segera, takut complicationnya lebih teruk dan lebih severe..
so sama-sama laa kita fikir-fikirkan perkara ni..
Generasi hari ini adalah pemimpin generasi akan datang. Rosaknya Generasi hari ini tanda kehancuran Generasi akan datang.
Siapa yang Bisa memandu Perubahan?? tepuk dada tu kuat-kuat sikit.. sampai sakit pun ndak pa.. Then tanya kat Hati.. Jujur ngan Hati.. Lihat dimana kelemahan dan kekuatan.. dan yang paling penting, saluti hati tu ngan Iman.. bersihkan laa ia sentiasa dari titik dan noda kekotoran dosa maksiat..
Astagfirullah.. Ya Allah.. mudahkanlah kami untuk kembali PadaMu... Ameen...
415 Pagi sudah... HiHi... Dah.. Prepare tuk solat subuh Pulak.. Hehe.. Chow..
satu lagi.. tadi petang gi Beli Kopiah Putih.. Bila pakai.. then tengok cermin, Adoiii...... napa cam budak baik sangat??? haha... Then tanya kat awek yang jaga di kedai tu.. " Ok ka?? ada nampak cam budak baik eh?? " hahaha.... Then awek tu jawab.. "Ok baa jugak tu.. jadi baik.. hihi.." Comel laa pulak dia senyum.. hehe..
Dah2....... Cukup2.... Hihi... ChoW.. Sambung Nanti..
last.. last.... Dial-up TMNET ni adalah Internet COnnection yang paling terlambat di Dunia... huhuhuhu..
Sunday, July 05, 2009
Salam Warahmatullah..
Sampai Di Tanah TerTumpahnya Darah
Hari ni adalah hari ke pertama aku berada di rumah. Nampaknya nasib aku tidak begitu baik kerana terpaksa dikuarantin selama 3 hari bermula hari ini hingga hari isnin. Adoii..
Setibanya di Airport Air Asia KK, aku disambut oleh Bapa.
"Assalamualaikummm... " Ake melebarkan senyuman kearah Bapa.
"Waalaikum Salam... Nanti.. Nanti.. tunggu Kejap.. ni Pakai ni.. (Mask) "
"Ha?? adoii... kena pakai ka jugak?? " Belum sempat aku bersalaman dengan Bapa.
"aa.. Kena jugak.. bungsu kau yang suruh ni.. Dr Rumihati.. " Jawap Bapa.
"haha.. Adoii... Okay-Okay... mari aku pakai.. "
"Nanti kau pandu sendiri jak aa.. kereta kau laa.. " Bapa meneruskan.
"Ha?? Sampai camtu aa?? adoii... haha...... "
"aa.. kena laa... Mau buat camana.. kena jugak kuarantin ni.. dari oversea kan.. so kena jugak buat camni.. " tegas Bapa.
"Adoiii...... haaaaa...... Sedihhh... haha.. " " Okay laa.... mau buat camana kan.. "
Bapa tersenyum melihat gelagatku. Haha.. Adoii... Lantas Bapa ke Parking Lot untuk mengambil keretaku.
Hatiku berdebar-debar. Camanalaa Rupa keretaku ni?? huhu.. Detik suara hati..
Sebuah kereta Wira Putih Lalu dihadapanku. Aku dapat mengecam itulah keretaku. Wahhhh... Canteekkkkk... Alhamdulillah... Nampaknya betul pilihanku untuk menukar cat Kereta itu kepada cat putih. "Lawa nyaaaa... " Betambah sayang kepada Wira ku..
"Kita tunggu Mama kau laa dulu.. dorang ambil bapa... " Celah bapa mematikan lamunanku terhadap Si Wira.
"Okayy.. "
Sebuah Kereta Persona Maroon meluncur di depan keretaku. Yupp... Adikku dan Mama baru sahaja sampai. Bila melihat kearahku, Mama dan adikku Ipa menutup mulut dan mengisyaratkan agar aku tidak datang dekat sambil mereka tersenyum manis.
"Adoiiiii... haha.... Camni laa nasib aku.. aku ndak sakit laa mak.. aku okay jakk.. "
"nanti jak salam lepas 3 hari. Bungsu kau yang suruh ni. Nanti kena marah nanti. Kena jugak kuarantin 3 hari. " terang mama.
"haha... Okay laa...... Betul jugak tu.. Ndak pa laa... aku kuarantinkan diri gak laa 3 hari.. Tapi 3 hari jak aa... ndak bulih lebih-lebih. haha.. InsyaAllah aku okay.. "
aku membuka pintu Wira. Fuhhh... Rindu.. Trauma... Lucu.. Bangga.. Semua ada.. Bercampur baur.. Rindu dengan Family dan Kereta.. Trauma dengan Accident tahun lalu. Lucu bila berjumpa dengan Mama dan bapa Dengan tidak bersalam pun. Bangga dengan keperihatinan Family ku terhadap penyakit H1N1 yang sedang menular ni.
aku menarik nafas panjang. Lalu kuhidupkan enjin Wiraku. Yeah.. Automatic Gear. Aku bergerak menyusur bandar KK menuju perjalanan pulang kerumah bersendirian. Tanganku memusing radio Wira.. 93.9 hz.. (Ikim.fm)
Air AsiA - Singapore ke KK -
aku melihat kearah Boarding Pass ku. No 24E.. Hmm... " Ngan siapalah aku duduk nanti ni.. " sesampainya di 24E, aku memasukkan beg ku di atas cabin.
Di sebelah Kanan ku Seorang Pakcik Sabahan. Di Sebelah kiri, Makcik Cina.
"Pakcik.. " aku mula menegur pakcik yang berada disebelahku.
"balik KK aa pakCik??"
"Aa.. balik KK.. " Jawab pakcik sambil membalas senyumanku.
"buat apa cik di Singapore ni?? Lama sudah disini?? "
"Teda apa-apa laa.. Jalan-jalan seja. Ada laa 2-3 hari. hari selasa hari tu lagi baa datang sini.. "
Pakcik memulakan bicaranya.
" oo Okay... hihi.... Ndak bahaya kaa sini cik.. kan banyak kes Selsema babi tu.. Penyebarannya pun macam cepat sangat kan.. "
"mmm... Lebih kurang jak sama Malaysia baa.. masih bulih lagi dikawal laa.. " Jawab pakcik dengan yakin.
"aa.. Tu laa.. tadi pun tinguk sana internet tu dia cakap banyak sudah baa kan di malaysia pun. Baru jak hari tu saya tinguk.. lepas tu hari ni dangar-dangar lebih seratus sudah... "
"aa tu laaa... " Pakcik bersetuju dengan kenyataanku.
selepas beberapa ketika bersembang dengan pakcik, aku berasa sangat mengantuk. Aku melabuhkan kepalaku di bangku Air Asia yang kurang mantap jika dibandingkan dengan Bangku Turkish Airline.. huhu..
selepas sejam lebih perjalanan, aku terbangun setelak mendengar Pakcik Batuk dan hidung berair.
" Adoi Pakcik niii... Macam sakit jak dia niii... biar betul pakcik ni.. " aku sedikit cuak bila melihat keadaan yang sedemikian rupa.
Adooi... pakcik ni pun... napa pulak dia macam sakit-sakit ni.. Alamak....... selepas dari itu, aku langsung tidak bercakap pun dengan si pakcik. Bahayanyaa...
aku terbayang.. " Camana ni nanti aku mau bersalam berpelukan lagi ngan Mama Bapa.. Ndak Bahaya kaa jugak.. Ishhh.. Bahaya eh.. aku pun ndak tau pakcik ni sakit betul ka ndak.. Camana dengan Adik-adik ku nanti.. Bahaya eh.. Adoiii... Camana ni eh... Fuhhh... Adooiii... Pasrah jak laa.. InsyaAllah teda apa-apa laa... InsyaAllah.. "
Jam menunjukkan pukul 1130 Malam. Aku Menjejakkan kaki ku dengan membawa satu haraan yang menggunung, Untuk memberikan sesuatu buat masyarakatku yang aku rindui.
Dalam Hatiku Berdoa.. "Ya Allah.. Ampunilah Dosaku.. Mudahkanlah pekerjaanku.. Engkau berikanlah aku kebaikan.. Ameen Ya Rabb... "
Wajah Mama Bapa Terbayang Di depan Mata..
Bersambung........
Sunday, June 28, 2009

Alhamdulillah.. Habes juga akhirnya exam yang berlalu selama sebulan lamanya. Alhamdulillah..
Exam-exam macam ni memang sangat-sangat menguji keyakinan dan keimanan kepada Tuhan. Fuhh.. Aku pun tak tau aku lepas ke tak ujian ni.. Semoga semuanya diterima Allah.. Ameenn..
Sekarang ni teringat nak balik Sabah je ni.. Balik... Balik... InsyaAllah balik Malaysia 2hb depan via Turkish Airline Singgah Jap kat Istanbul n turun kat Singapore. Then dari Singapore balik nek Air Asia sampai KK. InsyaAllah...
Ada 4 hari lagi sebelum nak balik. Nak buat Apa niii?? hihi..
Apa lagi... Plan laaa apa barang mau buat sampai Sabah nanti kan.. Banyak gak kerja mau buat ni. haha..
Ada gak kawan yang tak balik Malaysia.
"So.. ko tak balik ni ko buat ape laa kat sini?? "
"aku lepak je laa.. tak buat ape2 pon.. boring laa... "
Jawab Bro X
"Boring eh.. balik je laa Malaysia.. leh wat banyak benda.."
"tak laa... takde orang pun kat rumah.. Adik aku kat KL.. Mak aku ade kursus 6 Bulan kat Kedah.. n Bapa aku sekrang kat Papua New Gunie.."
"Ha?? Jauhnye semua... Pastu engko kat sini.. huhu... " Balas aku..
"Ntah laa.. sama je.. balik Malaysia takde pape gak.. duk rumah je.. buat ape.. baik aku duk stay sini je.. "
Hmmm... aku terfikir gak.. Hmmm... Tul gak tu..
"Then ko gi laa Jalan-jalan ngan member-member ko ke.. "
"Member?? Hmmm... Dorg semua keja laa.. taknak laa kaco.. dorang pun bukan ade masa gak.."
Rungut Memberku tu..
ketika itu aku terbayang-bayang tempat lahirku. Aku pun tau yang kawan-kawanku pun ada yang masih belajar, sudah bekerja dan lain-lain. Semua ada tanggungjawab masing-masing. Yupp.. semua orang sibuk dengan tugas dan program sendiri.
Apa yang aku nak buat balik nii?? Huhu...
Banyak..... Yupp.. Banyak...
Praktikal.. Kereta... Mengembangkan Pengaruh.. (HeHe..) Layan adik-adik.. keluar ngan member.. Join Program-Program masyarakat... lepak ngan Sepupu-sepupu.. Banyakkk lagii.. Yupp... Dalam kepala ni idea datang mencurah-curah..
actually kan.. Hihi... taun lalu pun macam ni jugak.. banyak je plan yang nak buat.. tapi sikit je yang aku dapat wat.. huhu... Takpe2.. pelan2..
N sekrang ni... AKu teringat Kereta Wira aku tu je laa... Yess.. aku dah ade lesen kereta.. (dah lama dah ade... cuma dulu ade masaalah sikit.. then lesen aku kena tarik.. huhu... malas laa nak ingat lagi.. biar je laa.. ) So, bila dah ade lesen keta, maksudnya aku leh jalan kemana-mana je tanpa perlu berhati-hati dengan Polis traffic... Hehehe...
Sebelum-sebelum ni memang takde lesen pon.. Jumpa Traffic aku buat-buat serius je.. Hihi... tak kurang juga yang lari dari Polis.. nampak polis kat depan, Then pusingggg... Jan tak pusinggg... nak Bayar RM 300??? Tak nak aku... Ape lagi.. Pusing je laaa... Hehehe.. Idea sepupu aku laa ni.. Time tu, ade gak yang mencontohi aku.. turut pusing.. maybe dia pun takde lesen kot... atau dalam keta dia ada dadah ke.. haha...
Aku masih lagi Trauma selepas accident 10 bulan yang lalu. Yuppp.. Trauma.. Alhamdulillah.. aku masih lagi sihat WalAfiat.. Yang paling aku ingat.. hari aku accident tu.. aku memang tak baca apa-apa pon ayat-ayat ke.. Bismillah ke.. terus je jalan.. pasal time tu memang nak cepat nak settlekan benda. Then.. "DUMPPPPP" Accident..
Hari-hari sebelum tu.. aku rasa dah nak dekat 20 kali dah percubaan-percubaan accident. Maybe berkat BisMillah dan sedikit surah-surah yang dibaca kot sebelum memulakan perjalanan yang menyelamatkan aku dari segala bala dan bencana.. Allahu Rabbii...
entahlah dah berapa kali aku bercerita tentang accident ni dalam blog aku ni.. huhu... Complication of Trauma laa ni kot.. hehe..
Oklaaa...... Nak Solat Asar Dulu.. tapi kena tunggu Kain pelikat yang baru cuci tadi kering dulu... haha.. Lepak jap laa... Dah.....
Yang dah nak balik tu... plan laa sumting... Sekurang-kurangnya kita balik ni... orang ingat kat kita.. Orang terasa kepulangan kita dan merasakan kehilangan kita bila kita balik ke sini semula.. hihi....
Ok aa.. Nanti SambunG.. Chow.. :-)
Saturday, June 27, 2009
Dah.. SambuNg studi jap..
Thursday, June 11, 2009

Alhamdulillah.... 4 to go.. Hari ni dah selesai satu exam.. Selepas ni exam Theraphy, Rabu depan kot.. kalo x silap.. huhu..
Timakasih kepada yang banyak bagi dorongan n semangat.. Jasa semua takkan kulupakan.. :-)
Penat gak nak baca O&G ni.. Tapi Ok aa... enjoy gak.. hihi..
Tawakkal.. Berserah.. sebulat-bulatnya kepada Allah.. Tuhan yang Maha Berkuasa..
Aku membuka Yahoo mesenger.
"25 new Messages"
Hmmm... banyaknya email... tgok sat kalo-kalo ada benda yang best..
- Message Inbox -
" Al-Fatihah.. "
Hmm??
Sapa yang meninggal??
terdetik di hati nak buka dan tengok apa yang dah jadi..
Jumpa Di Syurga Sahabatku.. Ammar
MasyaAllah.. muda lagi sahabat kita ni.. tapi Allah lebih menyayanginya.
Fuhh.. Mati.. Yupp.. Mati tu pasti..
Simple je kan Mati ni.... hanya perpisahan 2 alam.. Alam Jasad dan Alam Roh..
Cukuplah Mati itu sebagai pengajaran buat orang-orang yang mahu mengambil pengajaran.
Semoga Ruh Sahabat Ammar Dicucuri Rahmat Allah.. Ameen.. Al-Fatihah..
Buat kita yang masih hidup ni, Bila lagi nak ambik iktibar?
Memang Mati tu satu benda yang simple..
Persoalannya disini... Adakah kita sudah bersedia untuk menghadap Tuhan Rabbul Jalal?
Sewaktu Rasulullah ditanya oleh malaikat Jibreel sebelum Baginda wafat, adakah Baginda SAW mahu memilih untuk hidup atau bertemu dengan Tuhan?
Lalu Rasulullah memilih untuk bertemu dengan Tuhan. Betapa cinta dan rindunya Rasulullah kepada Tuhan, Allah Rabbul Jalal.
Begitu juga kisah sahabat-sahabat besar dan orang-orang soleh terdahulu. Mereka lebih rela memilih syahid kerana mereka cintakan Tuhan, Allah Al-Rahman.
Kita?? Zaman yang terlalu jauh dengan Rasulullah.. zaman yang terlalu senang untuk mencari sumber-sumber maksiat.. Zaman yang Semangat Hidup dengan Islamnya yang semakin lemah..
Cuba tanya hati... Adakah kita yakin......... Kita akan mati...
Yupp.. kita yakin perkara itu.. kerana kita melihat setiap hari ada sahaja hambaNya yang akan pergi..
Tanya lagi.. adakan kita yakin... bahawa kita akan ditanya di dalam Kubur??
adakah kita yakin... selepas mati nanti.. kita akan dihisab??
adakah kita yakin.. Syurga dan Neraka Allah???
Adakah kita yakin.. Kehidupan akhirat yang kekal selama-lamanya??
tanya hati sendiri.. ikhlas dengan hati.. tengok jawapan si hati...
mungkin hati akan berkata..
"Yakin?? aku bukan tak yakin.. tapi..... "
Tapi???? Tapi apa? kenapa mesti ada perkataan Tapi??
mungkin juga hati akan jawab
"Hmmm... secara teorinya.. aku percaya.. tapi.. deep inside my heart.. bagaikan ada something.. yang belum selesai.. "
Ha?? belum selesai?? apa yang belum selesai tu??
kenapa kita tak jujur sahaja dengan si Hati?? Cakap je..
"Ye.... aku masih lagi dalam keadaan yang kurang pasti... "
Astaghfirullah... Yupp..... yang tu laa aku nak dengar wahai Hati..... tak yah laa engkau nak pusing sana sini..
Tu sebenarnya jawapan terhadap maksiat-maksiat yang kita lakukan selama ini..
Tu sebenarnya jawapan terhadap dosa yang berpanjangan yang kita terlalu susah untuk tinggalkan selama ini...
Tu sebenarnya jawapan terhadap Solat yang kita tinggalkan selama ni..
Tu sebenarnya jawapan terhadap ketidak-tenangan si Hati...
Astaghfirullahalh Azeem...
Ya Allah... kalau aku yakin bahawa AzabMu sangat berat..
Kalau aku yakin SyurgaMu sangat lazat..
kalau aku yakin bahawa aku akan mati dan akan dihisab..
kalau aku yakin bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara..
kalau aku yakin bahawa Kehidupan di Akhirat itu kekal selamanya..
pasti aku takkan berani meninggalkan Solatku...
Pasti aku takkan berani membuat maksiat terhadapMu..
pAsti aku takkan melampaui batas pergaulan dengan yang bukan mahramku..
pasti aku akan menjadi hambaMu yang paling taat kepadaMu..
Astaghfirullahal Azeem...
Rupa-rupanya aku ada masaalah Iman dan keyakinan kepadaMu ya Allah..
Di mana aku nak mencariMu??
Tunaikanlah solat.. carilah Allah di dalamnya..
Allah Berfirman dalam Quran..
"Dan beribadahlah kepada Tuhanmu.. sehingga datang kepadamu Keyakinan"
Astaghfirullah..
Ampunilah Dosa kami Wahai Tuhan.. Berilah kami kejayaan.. Dunia dan Akhirat... Ameen..
Semoga Ada manfaat..
- Peace -
