Apa yang selalu sedara sedari sekalian buat bila terjaga di malam hari? ada orang yang malamnya hanya untuk tidur semata mata (Tapi mmg best eh Tdur yang nyenyak..). Ada pulak yang menghabiskan masa malamnya untuk menghabiskan hometasknya. Dan tidak kurang pulak yang mengambil peluang untuk menggarap idea yang bakal dinukilkan di dalam Blognya (cthnYa.. Mcm AKu laa.. Hihi..)
Malam merupakan satu dari anugerah Allah kepada kita. Di malam hari, rahmat Allah terbuka luas buat siapa-siapa yang sudi untuk menerimanya. di dalam satu hadis diberitakan bahawa setiap malam di sepertiga bahagiannya, malaikat-malaikat akan turun ke bumi dan mendoakan keampunan buat hamba-hambaNya yang memohon, meminta dan merintih di hadapannya.
Dalam sebuah surah di dalam quran Allah telah memerintahkan nabi Muhammad untuk sentiasa bangun malam untuk beribadah kepadaNya, membaca al-quran dan lain-lain. Allah menerangkan kepada Nabi Muhammad SAW bahawa tugasnya selepas ini adalah satu tugasan yang tersangat-sangat berat dan penuh dengan liku. Ibadah dan munajat di malam hari ini merupakan satu faktor kekuatan hati dan ketenangannya. Hati yang kuat dan bersih akan menjadi enjin penggerak yang paling utama dalam usaha untuk menaikkan martabat ummah dan sekalian manusia.
Kita masuk pulak dalam kehidupan di CSMU ni. kenapa terjadinya bermacam-macam masaalah di kalangan pelajar-pelajar kita? masaalah study.. couple yang over.. bergaduh diantara persatuan.. dan macam-macam lagi. satu pihak menyalah pihak yang lain. tidak kiralah golongan yang berkopiah ataupun golongan yang tidak berkopiah.
Pergaulan yang tersangat-sangat bebas amat mendukacitakan. tidak ada tindakan dari pihak-pihak yang bertanggungjawab. bila ditanya kenapa masih belum ada tindakan, maka jawapan yang diterima hanyalah jawapan yang berbaur permusuhan dalaman yang masih belum terpadam di benak kalbu. tidur sebilik lelaki dan perempuan, dating di tengah-tengah malam di tempat yang gelap dan lain-lain lagi.
Ego.. takabbur.. pndang rendah dengan org lain.. berlakon baik dihadapan, dan menikam dengan pisau dari belakang.. dan lain2 lagi.. ni antara penyakit-penyakit hati yang sangat2 merbahaya dan bakal mencetuskan permusuhan yang lagi besar dikalangan bdak-bdak muslim di sini. Orang melayu kena bersatu?? iyaa.. kita kena bersatu. tapi dengan sumber apakah yang kita perlukan untuk merealisasikan hasrat kesatuan yang diimpikan semua orang ni??
Kalau hanya dengan sifat KEBANGSAAN semata-mata, akarnya pasti tidak kuat. Bangsa kita kuat hasil dari kuatnya pengamalan terhadap AGAMA. bila AGAMA yang diangkat sebagai sumber yang paling atas, maka sifat KEBANGSAAN kita akan lebih gagah dan bertambah kukuh.
Bila AGAMA sudah diangkat menjadi sumber kesatuan, timbul pula masaalah bermacam-macam fikiran dan fikrah. ini adalah kelemahan dari memahami konsep islam itu sendiri. Islam dipandang dari satu aspek semata-mata. ada juga golongan yang memperkecil-kecilkan Ulama-Ulama muktabar yang diyakini umum. Astagfirullah..
Siapalah kita untuk menetapkan sesuatu hukum yang telah disepakati sebahgian ulama yang terdahulu?? Pelajar Medic.. buat hukum halal dan haram.. sedangkan perkara yang sedang dibincngkan halal dan haramnya itu hanyalah perkara-perkara khilafiah. dan benda-benda ini melahirkan sedikit kebencian dan benih-benih permusuhan diantara pendokong AGAMA. maka, terjadilah lagi satu pertikaian dalaman Pendokong Dakwah.
Hasrat kesatuan melalui AGAMA akan hancur disebaban oleh berbalahnya para pendokong AGAMA. Kebencian yang diekpresikan dari masamnya muka, sentiasa menunggu peluang untuk menikam sahabatnya dari belakang, dan lain-lain lagi. semua ini adalah satu penyakit yang mungkin berlaku di bumi CSMU ni.
Tapi perkara ini hanyalah kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku. kita mengharapkan agar perkara ini tidak berlaku dan sama sekali tidak pernah berlaku diantara para pendokong dakwah yang cintakan Islam. Ameen..
hehehe.. meleret-leret laa plak kan.. Oklah.. study dulu ckit2.. sok kelas last tu hospital theraphy. Pastu bermulalah cycle Oncology yang bakal memeningkan otak dan fikiran. Semoga Allah permudahkan. InsyaAllahu Taala....
3 comments:
sejak menjak nie...tiap-tiap malam ada saja benda kena buat, tidur tue macam satu kesalahan pulak, takut tiada masa mo kasi siap coursework...susah pii buat Msc...pening kpala...:(
Alaaa.... susah aa?? hehe.... ok baa tu... awal2 ni mmg laa susah.. nnti kalo sdah siap n succes dlm msc ni.. msti ko akan rasa puas hati btul... doa banyak2.. semoga dipermudahkan.. insyaAllah....
alamak.. tesilap pkai id plak... hehe.. kick tul laa...
Post a Comment