Saturday, November 29, 2008

Zulhijjah Edition - Part 2 -


1 Zulhijjah 1429

Usrah NuqaBa


Lebih kurang pukul 10 pagi 1 zulhijjah, handset Samir bergetar. pada waktu itu dia sedang menyiapkan sup ayam resepi buatannya sendiri. kelihatan Syakur yang menelefon.

"Assalamualaikum akhi.. enta baru bgun tidur ke ni??
"ei.. takde laa bro.. tgh nak masak-masak laa ni.... kat mane dah ni??"
"dh nak sampai dah.. dalam 10 minit, sampai laa insyaAllah"
"ok bro... ana tunggu ok.... WassalaM.."

Samir mempercepatkan pergerakannya memotong bawang putih dan kentang-kentang yang berada di atas meja. "Adoi... aku tak sedia sangat tau untuk usrah kali ni.. dah laaa kena bagi tafsir.. adoilaa.. " sepuluh minit kemudian sahabat-sahabat usrahnya sampai di depan pintu rumah Samir. Samir mempersilakan mereka masuk dengan hati yang penuh dengan kegembiraan. Tetamu datang membawa rahmat, dan balik mengeluarkan bala dari rumah.

Samir mempersilakan sahabat usrahnya itu dengan minuman Pepsi dan Sprite. Keropok Jagung yang dibelinya di kedai berhampiran juga dihidangkan. Usrah belum lagi bermula disebabkan oleh beberapa sahabat lagi yang belum hadir. Samir mengambil kesempatan tersebut untuk menyiapkan sup ayamnya yang bakal menjadi santapan sahabat seusrahnya itu.

selepas 15 minit berlalu, barulah usrah Nuqaba bermula. usrah dimulakan oleh Ridhwan yang juga merupakan Presiden Islamic Student Movement (ISIM). slot seterusnya dikendalikan oleh Samir sendiri dengan membaca surah Al-Fajr.

"BismillahirrahMaaherraheem... actually ana tak berapa sedia nak bentangkan untuk tafsir kali ini. ana just baca ayat dan terjemahannya je laa k.. lepas tu mana-mana yang boleh kita ambik pengajaran.. kita bincnag lepas ni laa k.. " Samir berterus-terang tentang kesalahannya kerana kurang bersedia untuk menyampaikan tugasan yang telah diberikan.

Samir memulakan bacaan. Suara alunan dilagukan, digubah dan diadun sehingga sedap telinga yang mendengar, tenang hati orang-orang yang khusyuk, dan tenteram jiwa yang kusut. samir mebacakan terjemahan surah tersebut.


1. Demi fajar
2. Demi malam yang sepuluh
3. Demi yang genap dan yang ganjil
4. Demi malam apabila telah berlalu
5. Adakah pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) bagi orang-orang
yang berakal??
6. Tidakkah engkau Muhammad memperhatikan bagaimana tuhanmu berbuat terhadap kaun
A'd
7. Iaitu penduduk iram (ibukota kaum A'd) yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi
8. Yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu di negeri-negeri lain
9. Dan (terhadap) kaun thamud yang memotong batu-batu besar di lembah
10. Dan (terhadap) Firaun yang mempunyai pasak-pasak (bangunan-bangunan yang besar)
11. Yang berbuat sewenang-wenangnya dalam negeri
12. Lalu mereka membuat kerosakan di dalam negeri itu
13. Kerana itu, Tuhanmu menimpakan cemeti azab terhadap mereka,
14. Sungguh, Tuhanmu benar-benar mengawasi
15. Maka adapaun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan
memberikannya kesenangan, maka dia berkata "tuhanku telah memuliakanku"
16. Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata "Tuhanku
telah menghinaku"
17. Sekali-kali tidak! bahkan kamu tidak memuliakan anak yatim
18. Dan kamu tidak saling mengajak memberi makan orang miskin
19. Sedangkan kamu memakan harta warisan dengan cara mencampur-baurkan (yang halal-dan
yang haram)
20. dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan
21. Sekali-kali tidak! apabila bumi digoncngkan berturut-turut
22. Dan datanglah Tuhanmu, dan malaikat berbaris-baris
23. Pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; pada hari itu sedarlah manusia, tetapi tidak
berguna lagi baginya kesedaran itu.
24. Dia berkata, "alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan (kebajikan) untuk
hidupku ini"
25. Maka pada hari itu tidak ada yang mengazab seperti azabnya (yang adil)
26. Maka pada hari itu, tidak ada seorang pun yang mengikat seperti ikatannya
27. Wahai jiwa yang tenang
28. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai
29. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku
30. Dan masuklah ke dalam syurgaku


Samir membaca terjemahan Al-fajr dengan penuh penghayatan. sahabat seusrahnya semua khusyuk mendengar bacaan tersebut. sesudah itu, samir membuka buah fikirannya untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabatnya.

"Sahabat sekalian, bukan ana nak menafsirkan ayat-ayat quran ni.. just apa yang boleh kita kaitkan dalam kehidupan harian kita, insyaAllah semuanya takde masaalah. cuma jangan terlalu lari dari makna ayat-ayat tersebut je." Samir sedar bahawa dia hanyalah seorang insan biasa yang sedikit ilmu agamanya. Hanya berbekalkan kelulusan sekolah Menengah Agama, tahap pengetahuan tentang Agamanya tidaklah begitu luas.

Namun dia sedar bahawa agama ini adalah Fitrah. Islam bukan setakat agama tetapi ia adalah cara hidup dan fitrah manusia yang sesuai digunakan di sepanjang zaman. Ia merangkumi semua aspek kehidupan tidak kira yang kecil mahupun yang besar. Dari selekeh-lekeh perkara sampai sepenting-penting perkara diajarkan oleh Islam. Islam bukanlah agama yang ritual semata-mata. Islam bukan setakat solat, puasa, zakat dan haji semata-mata. Islam merangkumi seluruh hidup manusia. Islam mengajar manusia bagaimana hidup ini dapat digunakan dengan baiknya dan dengan keadaan yang sangat terurus.

Islam mengajar bagaimana ekonomi, politik, ketenteraan, sosial, dan lain-lain lagi. Pokoknya, Islam mengajar cara hidup yang paling sempurna. namun hari ini, umat Islam adalah umat yang paling rendah martabatnya. kerana apa?? kerana umat Islam sudah tidak mahu dengan cara hidup islam. Kenapa umat lain sedang dalam era yang maju dan menguasai?? ini adalah kerana mereka mengaplikasikan Islam di dalam kehidupan harian mereka. negara yang paling bersih, sistem yang paling teratur, semuanya dimiliki oleh negara-negara barat yang majoritinya umat yang bukan beragama islam.

Mereka menggunakan cara hidup Islam dan mereka maju. Umat islam meninggalkan cara hidup Islam dan merekalah yang paling termundur dan paling hina. Sejarah umat terdahulu hanya tinggal di lembaran-lembaran buku sahaja.

Benarlah kata Nabi SAW dlam hadisnya yang mengatakan umat Islam akan menjadi hina, lalu sabahat Nabi SAW bertanya adakah ianya disebabkan oleh sedikitnya bilangan umat islam pada ketika itu. Nabi SAW mengisyaratkan bahawa umat Islam ketika itu banyak jumlahnya tetapi mereka bagaikan buih-buih di lautan. Banyak buih tetapi hilang apabila dihambar oleh ombak. lalu Nabi menerangkan bahawa punca kelemahan umat Islam pada ketika itu adalah kerana 2 sifat yang buruk iaitu sifat wahn, (sifat cintakan dunia dan bencikan mati)

Samir kembali merenung terjemahan quran miliknya itu. lalu meneruskan bicaranya. " Allah menerangkan tentang satu golongan manusia yang amat buruk perangainya didalam ayat 15 dan 16 surah ini.

15. maka adapaun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberikannya kesenangan, maka dia berkata "tuhanku telah memuliakanku"
16. Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata "Tuhanku telah menghinaku"

Ini lah contoh manusia yang tidak tahu bersyukur. Allah beri dia kemuliaan, dia suka. bila Allah uji dia dengan kesusahan, maka dia menyalahkan Allah SWT. AstagfirullahaL Azeem... Bila Allah beri dia kesakitan.. kekecewaan.. dan kehampaan.. Dia mula menudingkan jarinya terhadap Allah SWT. fikirannya dan gerak batinnya mempersoalkan apa yang telah ditentukan ke atas dirinya."

"ana nak bagi contoh, tapi contoh ni boleh pakai untuk yang belum kahwin je laa ye.. hIhI...so ade 4 orang je laa yang tak kahwin dari 7 orang kita kat sini.. hehehe.. dengar bebaik k... HiHi..."

" Contohnya bila kita dah jatuh cinta kat seseorang ni.. mmg kita suka laa sangat-sangat laa kat dia ni.. then kita nyatakan hasrat kita untuk bersama dengannya menyusuri jalan-jalan kehidupan berlandaskan apa yang telah ditetapkan Syara'.. tetapi malangnya jawapan yang diberikan adalah tidak... atau tak mungkin.. atau tetap tak boleh... hihi.. so apa yang perlu kita buat?? adakah kita akan menyalah Allah dalam hal ini.. kita kata kita dah istikharah.. dan dia adalah orang yang kita nampak dalam tidur kita atau perasaan selepas dari bangun kita.. then kita kata kita dah minta dan doa kepada Allah.. dan bermacam-macam lagi.. tapi jawapan yang diberikan oleh perempuan itu adalah tidak.. lepas itu.. adakah kita akan menyalahkan Allah dalam hal ini?? kerana Allah tidak mendengar permintaan kita.. atau Allah sengaja buat kita menderita macam ni?? atau Allah nak menghinakan kita?? mcm tu???"

"Sahabat sekalian.. bersangka baiklah dengan Allah yang Maha pengasih dan Maha Penyayang. Kita berharap hanya kepada Allah SWT. Bukan kita nak mengharap kepada perempuan itu. Kita mengharap kepada Allah.. Khaliq yang mencipta perempuan yang kita cintai itu. bila jawapnnya tidak.. maksudnya.. Allah yang maha Penyayang pasti akan memberikan kita yang lebih baik dari itu."

"Inilah namanya Ujian dari Allah.... Allah nak uji kita.. harapan kita sebenarnya kepada perempuan itu ataupun kepada Allah... Ini adalah salah satu dari bentuk-bentuk ujian di dunia ni.. Maybe Allah nak uji kita dengan gagal sewaktu exam.. atau ditipu dengan wang yang besar jumlahnya.. dan apa-apa sahaja bentuknya. kenapa Allah nak uji kita? kerana Allah ni bersifat dengan sifat yang Maha pengasih lagi Maha penyayang. Allah cemburu kalau kita melakukan dosa dan maksiat, dan lari dari jalan Allah. Allah sayang kital alu diberinya ujian.. agar kita kembali kepada jalannya. kalau Allah tak sayang kita.. Allah akan biarkan kita dalam lembah-lembah dosa dan kemaksiatan dan jadilah kita dlam golongan orang-orang yang rugi. kalau Allah tak uji kita.. apa erti hidup ini.."

AstagfirullahalAzeem...... detik samir dalam hatinya. teringat peristiwa yang baru menimpanya. Ujian Allah.. Adunan Allah.. Celupan Allah.. untuk menjadikan dirinya pejuang yang lebih matang dalam menempuh hidup. dia teringat siapa dirinya di hadapan Tuhan.

"Astagfirullah.. ya Allah... begitu sayangnya engkau padaku.. engkau uji aku dengan perkara ini.. dan engkau ilhamkan dalam hatiku untuk mengingatiMu.. ya Allah.... Cinta pertamaku hanya untukMu dan nabiMu... ya Allah..... ampunilah dosa-dosaku.. aku tahu aku berdosa.. aku tahu bahawa aku insan yang sentiasa lupa dalam dunia ini.. ya Allah.. Engkaulah segalanya bagiku..." Hati kecil samir bermadah dengan madah-madah cinta.


0 comments: