Friday, November 28, 2008
Bimillahirramanirrahim..
Pagi itu hisyam bagun dari tidurnya. Alarm handsetnya berbunyi sudah lebih kurang 5 kali. “aisee… bisingnyalaa HP ni.. org nak tdo pun x seng..” matanya dibuka terang-terang. Dia melirikkan matanya ke tingkap bilik. “alamak.. dh nak hbis subuh dah.. ya Allah.. kena solat ni..” dia bangun dari katilnya lantas menekan suis lampu yang berada tidak jauh dari tempat tdurnya itu.
Pintu biliknya dibuka luas. Kelihatan roommatenya Muhammad masih lagi dibuai mimpi indah. Muhammad adalah seorang jejaka yang berbangsa arab yang berasal dari Yaman. Dia seorang lelaki yang sangat baik dan memahami. Hisyam meneruskan langkahnya ke toilet untuk memperbaharui wudhunya sebelum dia solat.
“Muhammad… Muhammad… wakeup Bro… lets pray subuh.. its late already…” Hisyam mengejutkan Muhammad yang terlentang di ruang tamu itu. Hisyam tinggal di sebuah apartment yang baru sahaja disewanya bulan ini. Hisyam dan Muhammad hanya dikenakan bayaran 200 dolar untuk sebulan. Apartment yang lengkap dengan pelbagai peralatan rumah. 2 buah bilik tidur, sebuah bilik air dan sebuah dapur. Kawan-kawan hisyam yang lain yang juga tinggal di apartment semuanya dikenakan bayaran 200-300 dolar untuk sebuah bilik tidur, sebuah tandas dan sebuah dapur.
Murah.. itu sahaja perkataan yang sesuai untuk apartment yang hisyam dan Muhammad tinggal. Kedua-dua jejaka bujang ini merupakan pelajar perubatan. Muhammad seorang pelajar yang sangat disegani kerana resultnya yang sgt hebat. Dia adalah pelajar final year dan bakal meraih gelaran DR x lama lagi. Hisyam pulak masih lagi berada di tahun 5 dan bakal mendapat gelaran ini sesudah habis tahun ke 6 pada tahun hadapan.
Suasana pagi yang hening dimulakan dengan bacaan mathurat secara berjamaah. Muhammad mengetuai bacaan tersebut. Mathurat merupakan doa-doa Nabi Muhammad SAW yang mashyur. Ia merupak sunnah tinggalan Nabi yang telah dibukukan kembali oleh Sheikh As-Syahid Hassan Al-banna dan telah dipopularkan dikalangan ahli-ahli ikhwanulMuslimin. Doa-doa agung yang amat menusuk ke hati para pembaca dan pengamalnya. Sesudah membaca mathurat, hisyam masuk ke biliknya lalu membuka lembaran Quran yang dibelinya di sebuah kedai buku agama yang terletak di tempat lahirnya.
Ingatannya terhadap tanah tumpah darahnya kembali berligar-ligar difikirannya. Wajah bapa, mama, kakak dan adik-adiknya terbayang di depannya. Hisyam teringat kata-kata bapanya sejurus sebelum dia berlepas dari KLIA sewaktu kali pertama kakinya hendak menjejakkan di kawsan penerbangan Antarabangsa. “Syam.. igt syam… hisyam adalah harapan.. hisyam adalah perubah.. semua orang di tempat kita menantikan perubahan ini.. siapa lagi yang kita mau harapkan. Siapa lagi yang berani untuk membuat anjakan ini.. Hisyam belajar rajin-rajin ya.. jan lupa pesanan bapa ni…” hisyam terpaku seketika.. lalu dia menggelengkan kepalanya lalu mengucapkan Istighfar berkali-kali atas amanah yang sering dia lalaikan.
Bebanan terasa di bahu hisyam. Hisyam berasal dari sabah. Dia dibesarkan di sebuah kampung yang terletak di hulu Kota Kinabalu, bandaraya dan ibu negeri sabah. Hisyam teringat akan masyarakat kampungnya yang sangat berpotensi untuk dibangunkan. Satu ketika dahulu, kampung hisyam pernah di Black listkan antara kampung-kampung yang paling kuat bergaduh. Perbalahan antara kampung masih lagi terasa hingga ke hari ini. Bukan setakat itu sahaja, pernah diceritakan bahawa orang yangberbangsa cina pun x berani nak masuk ke kampung hisyam kerana takut dibelasah oleh anak-anak muda kampung tersebut. Sampai begitu sekali teruknya keadaan kampung hisyam satu ketika dahulu.
Zaman demi zaman, keadaan berubah sedikit demi sedikit. Anak muda yang dulunya terkenal sebagai samseng kampung kini telah berumahtangga. Generasi baru yang lahir pula mewarisi kesamsengan orang-orang tua mereka. Tidak ramai anak muda yang lahir di kampung itu tinggi pelajarannya. Keluarga besar hisyam adalah diantara keluarga yang amat disegani di kampung itu. Datuknya dahulu adalah ketua kampung dan sgt2 disukai penduduk kampung. Hisyam sewaktu kecilnya pernah tinggal bersama-sama datuknya sewaktu bapa dan mamanya pergi bekerja. Hisyam ditinggalkan bersama-sama sepupu-sepupunya setelah mereka dah habis tadika.
Kini hisyam berada di puncak menara gadingnya dan bakal keluar sebagai seorang Doctor. Hisyam membuka lembaran terjemahan quran miliknya itu. Naskah quran yang berwarna biru diselak lalu dia memulakan bacaan ayat-ayat suci Allah SWT. Gaya bacaan sheikh Rasyid Al-Afaasi diukir dan kadang-kadang timbul lagu seakan-akan lagu Sheikh Maher Imam kedua Masjidil Haram. Dia meneliti satu persatu ayat-ayat Allah yang termaktub di lembaran suci itu. Sesekali hatinya tergerak dengan keindahan ayat-ayat Allah swt itu. Terdetik di benak hatinya “Menyesal gak dulu x belajar arab baik-baik.. sikit-sikit boleh laa fham.. nasib baik boleh lagi skit.. kalo x fham langsung.. rugilaa.. Alhamdulillah.. n nasib baik gak laa yg aku baca ni ada terjemahannya.. tedalaa aku lost terus.. aisee..”
BersambunG….
0 comments:
Post a Comment