Blogwalking..
Syok gak jalan-jalan blog kawan-kawan..senior dan junior.. menimba idea-idea baru yang lebih mantap dan best.. Kadangkala membuatku merasa rendah diri.. jauhnya beza aku dengan dorang nih.. Bagaikan langit dan bumi..
Meneliti susur galur sejarah kebangkitan masyarakat Sabah menjalankan neuron-neuron di otakku.. Seperti lingkaran eletrik, impulse dihantar kesana dan kesini.. kadang ke otak kiri.. kadang ke otak kanan.. kadang ia bergerak ke seluruh kawasan dan area.. Frontal.. temporal.. Occipital dan parietal..
Bangsa.. Agama.. Hak orang Sabah.. Kemiskinan.. Pendidikan.. Sosial.. Semuanya bercampur baur.. Info diproses.. Pembacaan diluas.. Huh.. Semuanya membuatkan aku semakin konpius.. Kemana hendak dibawa diriku.. Atas medan yang bagaimana diriku ini sesuai..
Otak bekerja.. hati mula resah.. Hati mengungkapkan kata rayu.. meminta suatu penyelesaian.. paling tidak, benda yang boleh menenangkan si otak.. agar bebanan itu akan berkurang..
Islam.. Hak.. Islam.. Hak..
Apa kaitannya? Kekuatan asas sangat perlu dalam kita memperjuangkan sesuatu.
Banyak golongan yang memperjuangkan hak individu dan ramai... Mereka berdiri diatas medan masing-masing.. atas tapak yang sudah tersedia.. Kapitalis.. Komunis.. Imperialis.. Liberalis.. Islam.. dan lain-lain lagi..
Golongan-golongan ini gah satu ketika dahulu.. pencapaian yang dicapai sangat mengkagumkan. Nazi dibawah Hitler bersemangat waja ingin memerintah dunia. Soviet dibawah Stalin berlumba meningkatkan sistem pertahanan negaranya. Sistem yang digunakan membuat rakyat patuh dan taat. Pemimpin dunia yang berpengaruh semuanya mempunyai aliran pemikiran sendiri untuk membela hak dan kepentingan golongan masing-masing. Susuk-susuk yang berpengaruh seperti Marx, Lenin, Trotsky, Mou, Sun Yat Sen sering disebut-sebut sebagai pencetus pemikiran dan revolusi yang telah mencipta sejarah dunia.
Islam.. Islam pun ada sistemnya yang tersendiri. Islam juga mempunyai sejarah yang gemilang dan terbilang. Sistem yang sangat sempurna yang mengangkat hak keseluruhan manusia tidak kira bangsa dan agama. Biarpun seseorang itu tidak beragama Islam, jika sistem ini yang digunapakai, ia pasti akan menjadi hebat dan cemerlang.
Jadinya, sistem apakah yang kita hendak gunapakai sebagai asas dalam perjuangan kita ??
Kita kena ada pendirian dalam mengatur hidup yang penuh dengan liku ini. Pendirian yang kita bina akan bakal mencorakkan masa depan kita, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.
Sebagai seorang yang beragama Islam, Islam sepatutnya menjadi asas dalam kehidupan kita. Bukankan Nabi Muhammad itu diutus untuk sekalian umat ?? Apa maksud perutusan itu ?? Keyakinan kita adalah bahawa sistem yang dibawa oleh Nabi Muhammad ini adalah suatu sistem yang confirm boleh mengubah diri, keluarga, masyarakat dan negara kita ke arah yang lebih cemerlang dan gemilang.
Islam bukan setakat agama semata-mata. Bukan setakat solat, puasa dan haji semata. Bahkan Islam lebih dari itu. Ia mencakupi keseluruhan perkara dalam kehidupan seorang manusia. Ia adalah sebuah cara hidup yang unik yang menggabungkan dunia dan akhirat.
Sabah.... Sistem Islam...
Kearah pembentukan negeri Islam Sabah, kita memerlukan lebih ramai pelopor pergerakan Islam. Jika dahulu, Golongan Muda yang berpendidikan Agama berjaya melaungkan laungan tajdid mereka, dengan cara ini juga kita boleh membuat perubahan barangkali.
Kita melihat generasi anak-anak muda kita yang belajar secara khusus bab Islam merupakan satu aset yang paling berharga dalam mencapai cita-cita murni ini. Sebagai contoh, anak sabah yang mengaji di mesir dan negara arab lain.. yang sedang mengaji di UIA, UM dan lain-lain tempat.. Mereka bagaikan mutiara yang perlu diketengahkan di kalangan masyarakat yang sedang dibuai oleh mabuk dunia ini.
Bila kita masuk dalam masyarakat, agama dipandang sebagai suatu benda yang remeh. Bagaimana pula mereka (Golongan Agamawan Sabah) hendak menarik perhatian masyarakat di Sabah??
Jawapannya juga tidak susah. Kita juga memerlukan golongan profesional Islam Sabahan yang mampu memecahkan tradisi pemikiran sesuatu golongan. Mengapa dikatakan demikian, kerana kita lihat keadaan semasa, golongan profesional lebih besar pengaruhnya daripada golongan non-profesional. Oleh itu, hubungan Profesional Muslim dan non-profesional muslim ini perlu berada dalam satu saff dan pergerakan agar cita-cita yang dilakar akan menjadi kenyataan.
Kedua-dua golongan saling menguatkan satu sama lain. Baru boleh terbina suatu bangunan yang kukuh, tapaknya Islam dan batu-batanya Muslim.
Mengenai Kristianisasi di Sabah, aku melihat benda ini sebagai suatu benda yang agak serius juga. Tapi perlu diingat, Islamisasi di Sabah juga tidak kurang hebatnya dengan gerakan Kristianisasi. Walaupun di setiap daerah dibina Gereja, tapi apa yang berlaku adalah disebaliknya. Gereja kurang digunakan sebagai tempat pergerakan orang-orang kristian Sabah. Maksudnya disini, Pergerakan kristianisasi yang kita lihat sebagai kuat itu, hanya dijalankan oleh sebilangan orang sahaja. Gereja yang dibina hanyalah sebagai manifestasi untuk menunjukkan bahawa Kristian sedang berkembang di Sabah.
Memang Sabah adalah sebuah negeri yang sangat subur untuk Kristian berkembang. Tidak dinafikan bahawa perkara tersebut adalah perkara yang benar. Dalam satu aspek lain, kita juga melihat bahawa Sabah juga subur untuk Islam mendirikan tapaknya disana. Persoalannya disini.. Bagaimana?? Selaju mana kita boleh capai benda ini ??
Pendidikan.. Pendidikan Islam.. semuanya perlu dikuatkan. Ekonomi.. Ekonomi orang Islam Sabahan.. Jabatan-jabatan Agama.. NGO-NGO Islam... Semuanya perlu bersatu untuk mencapai hasrat ini. Ahli politik Muslim perlu menjiwai Islam.. kita memang kena melahirkan lebih ramai ahli politik Islam yang " berjiwa Islam " demi melihat survival Islam yang lebih mantap.
Bagaimana dengan penentangan dari yang bukan Islam nanti ?? Penentangan mungkin akan berlaku.. Mungkin juga sebaliknya.. Siapa Tahu.. :-) Oleh itu, hari ini kita kena cari satu mekanisma yang paling sesuai untuk memberi kefahaman tentang sistem Islam yang hendak kita gunakan dalam memerintah Sabah satu hari nanti sebelum terjadinya penentangan yang lebih besar.
Kurang penentangan bila sudah ada kefahaman. Bila tidak faham, penentangan akan lebih banyak berlaku bukan sahaja dari yang bukan Islam.. tetapi juga dari yang Islam itu sendiri. Kita yakin, bahawa dengan Sistem Islam, Sabah akan kembali gemilang sebagai sebuah kawasan yang dihormati dan disegani bukan sahaja di Malaysia, tetapi di dunia amnya.
Penelitian perlu dilakukan. Kajian terdahulu yang di"tesis"kan oleh bijak pandai kita perlu digunakan sebaiknya dalam memahami keperluan masyarakat setempat. Sejarah dahulu perlu dikuasai agar sentuhan yang lebih hikmah dan mendalam dapat dilakukan.
Kita memerlukan ramai pemikir, perancang, dan pekerja untuk menjayakan cita-cita ini. Sebagaimana ungkapan seorang pemikir Islam, Dr Yusuf Qaradhawi.. Ini merupakan suatu kenyataan dan bukan impian semata-mata....
WallahuA'lam....