Setiap yang bermula pasti akan ada tamatnya. Bagaikan pertandingan lumba lari, ada mula dan ada garisan penamat. Mula sekolah dan tamat sekolah. Mula kerja sebagai doktor, selepas beberapa belas tahun akan pencen jugak akhirnya. Mula makan, dan bila sudah penuh perutnya akan berhenti jugak sesudah itu.
Hidup.. Mati.. Apa makna semua nih?
Sejak bila lagi kita bermula? Yeah. Sejak alam roh..
Bila akan habis? Bila mati? Tidak.. bahkan mati itu hanyalah sebahagian daripada perjalanan yang panjang. Mati hanyalah sebagai permulaan menuju hidup yang lebih kekal.
Rantai kehidupan ini terbahagi kepada 5 peringkat.
1. Alam Roh
2. Alam Janin
3. Alam Dunia
4. Alam Barzakh
5. Alam Akhirat
2 Alam yang sudah kita lalui, iaitu alam roh dan alam janin.
Dalam alam roh, kita telah mengaku bahawa Allah adalah Tuhan, dan roh adalah hamba.
Selepas beberapa peringkat setelah sperma dan ovum bergabung menjadi fetus, roh ditiupkan dalam fetus tersebut. Maka dinamakanlah ianya bayi yang belum lahir, yang bergerak-gerak didalam uterus ibu. Kita masuk dalam fasa yang kedua, fasa janin. bagaikan Magik, bayi hidup tanpa bernafas menggunakan peparunya. Walaupun tidak menggunakan hidung ataupun mulut, ciptaan Allah yang hebat ini menggunakan salur darahnya yang bersambung dengan salur darah ibu untuk hidup.
Cukup 9 bulan, bayi itu sudah cukup matang untuk dilahirkan. Kenapa 9 bulan? itulah namanya proses alam yang telah ditentukan. Siapa yang menentukan sedemikian? dialah Penentu yang telah menciptakan segalanya.
Lalu kita masuk dalam fasa yang seterusnya. Fasa dunia yang jauh lebih terang daripada fasa sebelumnya. Lebih menarik dan menghiburkan. lebih banyak teman dan lawan.
Sejurus selepas lahir, kita menangis. ada juga diantara kita yang tidak menangis. Jenis seperti ini tidak normal, mungkin ada masaalah yang perlu diperbetulkan. Nervous System (Sistem Saraf) mungkin.. atau masaalah-masaalah lain. 9 bulan berada dalam kegelapan, mata terbuka, CO2 (Karbon Dioksida) meransang otak untuk menghidupkan sistem pernafasan. Peparu dihidupkan, dibantu oleh organ lain yang sungguh sempurna untuk menyedut O2 (Oksigen).
Oksigen dibawa melalui salur darah, dibahagikan secara adilnya kepada semua tissue. Otak, jantung, ginjal, usus, dan lain-lain. Tanpa oksigen, semuanya akan rosak. Semuanya akan berhenti.
MasyaAllah, siapa yang menentukan semua ini? Mengapa ianya perlu berjalan sedemikian rupa? Ini adalah proses. Proses yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta.
Maka kita pun membesar melaui roda-roda kehidupan di dunia. Kadang kita diatas, kadang kita dibawah. Sesekali sedih, sesekali gembira. Hari ini kita disakiti, besok kita diubati. Bermacam-macam pengalaman, mematangkan pemikiran untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang.
Mata terbuka, hati berbicara apabila fikiran digerak. Ketika cinta bertasbih, otak berfikir untuk apa semua ini. Benak terusik dengan kesempurnaan perjalanan dan peluang yang masih terbuka luas.
Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu
Cinta yang bertasbih, memuji dan memuja nama Tuhan yang menciptakan. Cinta mencari-cari Siapakan Dia Tuhan. Ditanya pada manusia, mereka menjawab ALLAH. Siapa ALLAH ??
"Katakanlah (Wahai Muhammad) Dia adalah Allah, Tuhan yang satu"
Muhammad ??
Siapa dia Muhammad ??
Muhammad itu adalah hamba Allah, merangkap wakil kepada Allah yang mengajar manusia tentangNya. Sebelumnya sudah banyak Wakil lain yang menyampaikan risalah yang sama.
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Fasa kehidupan di dunia sangat mencabar. Bukan semua yang akan berjaya melaluinya dengan cemerlang. Hanya yang "Terpilih" sahaja yang akan berjaya. Siapa yang "Terpilih" itu? Mereka adalah orang yang Allah berikan hidayah dan petunjuk.
Mengapa Allah tidak memberi petunjuk kepada semuanya?
Allah tidak adil ??
Tidak.. Allah sangat Adil. Maha Adil Allah yang menciptakan Syurga dan Neraka.
Syurga?? Neraka??
Apa semua ini ??
Perjalanan belum habis. Masih tinggal 2 fasa sebelum kita mengakhiri rantai kehidupan ini. Hidup dunia, diakhiri dengan Mati. Mati hanyalah satu proses, yang biasa berlaku bagi yang hidup di dunia.
Takut Mati? Atau Suka Mati?
Kenapa perlu takut kepada Mati.. Kenapa perlu suka kepada Mati..
p/s - Orang yang "Terpilih" ialah mereka yang memilih untuk menjadi orang yang "Terpilih"
WallahuA'lam...
6 comments:
tahukah anda maksud,ketika cinta bertasbih? mksdnya ketika kita "BERSAMA" dgn isteri yg kita cintai..tgk lirik lagu rangkap kedua .tersirat maksdnya
yeah.. len orang len cara mentafsirkan ayat tu kan.. :-)
bagi contoh.. ada 3 orang lelaki.. si A, B dan C. satu hari, ketiga-tiga pemuda ni berkelah di tepi pantai yang indah..
laki A merenung ke arah laut yang jernih terbentang luas.. lalu dia berkata, "Alangkah indahnya ciptaan Allah.. tenang sungguh hati bila lihat ombak-ombak seakan-akan menari kegembiraan tiupan bayu yang menyejukkan..."
Pemuda B yang berada tidak jauh dari tempat si A pulak berfikir.. "Laut ni boleh jadi tempat aku cari rezeki nih.. mesti banyak ikan dalam laut nih... sekurang-kurangnya aku tak meminta sedekah dan kesian dari orang lain.."
lain pulak cerita si pemuda C.. Oleh kerana pemuda C nih jenis yang terlalu sempoi.. (Keterlaluan sempoi) dia singgah sekejap sahaja.. Mungkin si pemuda C tidak minat dengan benda yang berkaitan dengan LAUT..
Yeah.. len orang.. len cara mentafsirkan sesuatu benda yang UNIK.. :-)
Sama gak ngan Ayat.. Ketika Cinta Bertasbih..
WallahuA'lam...
wahai ibnu saif,
jikalau anta sudah membaca novel ni ,fahamlah saudara ttg mksd ketika cinta bertasbih...ada di dlm perenggan akhir novel tersebut~~
baca dah.... habeskan novel tuh seminggu untuk 1st book.. 2nd sehari setengah jak.. hihi... :-)
apapun... betul jugak apa yang dikatakan oleh saudara MDabu.. :-)
Penah dengar lagu "Demi Cinta Suci" kan... UNIC punya lagu tuu.. Banyak orang melihat Cinta Suci yang dimaksudkan itu adalah cinta Allah..
tapi sy lihat dari perspektif lain pulak..
"pernah hatiku luka pedih.. kerana dicalari.. cinta penuh duriiii..."
maybe disebabkan tidak berapa minat dengan kumpulan nasyid nih.. Sy sedikit meluat dengan cinta yang dimaksudkan dalam nasyid tersebut.. Bila clashed baru nak cari cinta Allah.. Huh.. napa tidak cinta ALlah yang dicari dahulu sebelum cinta yang lain..
hihi.. bagi orang yang minat sangat kumpulan nasyid nih pulak.. dia akan defend lagu tuh.. pokoknya, kumpulan nasyid itu tidak dipandang serong oleh orang lain.. hihi..
satu contoh lagi..
clip Jika Aku Jatuh Cinta.. di bawah gambar profile blog nih..
banyak orang melihat.. ayat-ayatnya tu adalah untuk kekasih semata-mata..
bagi sy pulak... saya tidak melihat doa tu doa untuk mendapatkan kekasih yang solehah semata-mata.. tapi lebih kepada mencari cinta ALLAH yang Maha Agung.. Lebih untuk menjaga hubungan dengan Sang Pencipta yang mana cintanya lebih best.. :-)
cara melihat yang berbeza.. fitrah manusia kan..
Sama jak dengan isu-isu yang sedang berlaku hari nih.. Politik.. Isu fahaman agama.. dll.. Boleh berbeza.. tapi jangan sampai perbezaan ini menyebabkan perpecahan.. :-)
Warna pelangi berbeza-beza... tapi ia bersama membina satu pemandangan yang menyejukkan mata dan hati.. :-)
salam ibnu,
Lantang skali mengatur bicara,
berpuitis bak sasterawan,
haha,ketika cinta bertasbih tu obviously mmg tu la mksd yg nk dibawa penulis..
demi cinta suci tu 2 dlm satu,
cinta kepada allah,dan bercinta sesama insan juga kerana allah..
warna pelangi itu pelbagai,jika diputar pantas mnjd satu warna saja,putih...hakikat kebenaran itu satu ,tiada dua...
sorry pi,pinjam comment space ko jd forum haha
Hehe..... :-)
ok jak bu.. teda masaalah... Lepak2 jak... :-)
aku sambungkan Crita pelangi..
Warna pelangi berbeza-beza...
tapi ia bersama
membina satu pemandangan
yang menyejukkan mata dan hati..
warna pelangi itu pelbagai
jika diputar
pantas mnjd satu warna
Begitu jugak kisah kebenaran..
hakikatnya..
kebenaran itu satu dan tiada dua...
Warna pelangi....
Bila diputar
ia menjadi satu
Bila dibias
ia menjadi 7
Dalam 1 ada 7
Begitu juga halnya kebenaran
Hakikatnya satu..
Khilafnya pelbagai..
tapi jangan lari dari pokok..
Takut terlepas dari akar..
Bila tidak berakar..
Air kehabisan..
Biar banyak Daun..
Cahaya ditumpang seluasnya..
Namun..
ia pasti akan mati..
Akibat terputus bekalan
dari Akar yang menjalar..
Hihi...... Ndak da bakat baa bu.. men hentam2 jak nih.. kih3..
Post a Comment