Monday, November 23, 2009

Jalan Kita..



Blogwalking..

Syok gak jalan-jalan blog kawan-kawan..senior dan junior.. menimba idea-idea baru yang lebih mantap dan best.. Kadangkala membuatku merasa rendah diri.. jauhnya beza aku dengan dorang nih.. Bagaikan langit dan bumi..

Meneliti susur galur sejarah kebangkitan masyarakat Sabah menjalankan neuron-neuron di otakku.. Seperti lingkaran eletrik, impulse dihantar kesana dan kesini.. kadang ke otak kiri.. kadang ke otak kanan.. kadang ia bergerak ke seluruh kawasan dan area.. Frontal.. temporal.. Occipital dan parietal..

Bangsa.. Agama.. Hak orang Sabah.. Kemiskinan.. Pendidikan.. Sosial.. Semuanya bercampur baur.. Info diproses.. Pembacaan diluas.. Huh.. Semuanya membuatkan aku semakin konpius.. Kemana hendak dibawa diriku.. Atas medan yang bagaimana diriku ini sesuai..

Otak bekerja.. hati mula resah.. Hati mengungkapkan kata rayu.. meminta suatu penyelesaian.. paling tidak, benda yang boleh menenangkan si otak.. agar bebanan itu akan berkurang..

Islam.. Hak.. Islam.. Hak..

Apa kaitannya? Kekuatan asas sangat perlu dalam kita memperjuangkan sesuatu.

Banyak golongan yang memperjuangkan hak individu dan ramai... Mereka berdiri diatas medan masing-masing.. atas tapak yang sudah tersedia.. Kapitalis.. Komunis.. Imperialis.. Liberalis.. Islam.. dan lain-lain lagi..

Golongan-golongan ini gah satu ketika dahulu.. pencapaian yang dicapai sangat mengkagumkan. Nazi dibawah Hitler bersemangat waja ingin memerintah dunia. Soviet dibawah Stalin berlumba meningkatkan sistem pertahanan negaranya. Sistem yang digunakan membuat rakyat patuh dan taat. Pemimpin dunia yang berpengaruh semuanya mempunyai aliran pemikiran sendiri untuk membela hak dan kepentingan golongan masing-masing. Susuk-susuk yang berpengaruh seperti Marx, Lenin, Trotsky, Mou, Sun Yat Sen sering disebut-sebut sebagai pencetus pemikiran dan revolusi yang telah mencipta sejarah dunia.

Islam.. Islam pun ada sistemnya yang tersendiri. Islam juga mempunyai sejarah yang gemilang dan terbilang. Sistem yang sangat sempurna yang mengangkat hak keseluruhan manusia tidak kira bangsa dan agama. Biarpun seseorang itu tidak beragama Islam, jika sistem ini yang digunapakai, ia pasti akan menjadi hebat dan cemerlang.

Jadinya, sistem apakah yang kita hendak gunapakai sebagai asas dalam perjuangan kita ??

Kita kena ada pendirian dalam mengatur hidup yang penuh dengan liku ini. Pendirian yang kita bina akan bakal mencorakkan masa depan kita, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.

Sebagai seorang yang beragama Islam, Islam sepatutnya menjadi asas dalam kehidupan kita. Bukankan Nabi Muhammad itu diutus untuk sekalian umat ?? Apa maksud perutusan itu ?? Keyakinan kita adalah bahawa sistem yang dibawa oleh Nabi Muhammad ini adalah suatu sistem yang confirm boleh mengubah diri, keluarga, masyarakat dan negara kita ke arah yang lebih cemerlang dan gemilang.

Islam bukan setakat agama semata-mata. Bukan setakat solat, puasa dan haji semata. Bahkan Islam lebih dari itu. Ia mencakupi keseluruhan perkara dalam kehidupan seorang manusia. Ia adalah sebuah cara hidup yang unik yang menggabungkan dunia dan akhirat.

Sabah.... Sistem Islam...

Kearah pembentukan negeri Islam Sabah, kita memerlukan lebih ramai pelopor pergerakan Islam. Jika dahulu, Golongan Muda yang berpendidikan Agama berjaya melaungkan laungan tajdid mereka, dengan cara ini juga kita boleh membuat perubahan barangkali.

Kita melihat generasi anak-anak  muda kita yang belajar secara khusus bab Islam merupakan satu aset yang paling berharga dalam mencapai cita-cita murni ini. Sebagai contoh, anak sabah yang mengaji di mesir dan negara arab lain.. yang sedang mengaji di UIA, UM dan lain-lain tempat..  Mereka bagaikan mutiara yang perlu diketengahkan di kalangan masyarakat yang sedang dibuai oleh mabuk dunia ini.

Bila kita masuk dalam masyarakat, agama dipandang sebagai suatu benda yang remeh. Bagaimana pula mereka (Golongan Agamawan Sabah) hendak menarik perhatian masyarakat di Sabah??

Jawapannya juga tidak susah. Kita juga memerlukan golongan profesional Islam Sabahan yang mampu memecahkan tradisi pemikiran sesuatu golongan. Mengapa dikatakan demikian, kerana kita lihat keadaan semasa, golongan profesional lebih besar pengaruhnya daripada golongan non-profesional. Oleh itu, hubungan Profesional Muslim dan non-profesional muslim ini perlu berada dalam satu saff dan pergerakan agar cita-cita yang dilakar akan menjadi kenyataan.

Kedua-dua golongan saling menguatkan satu sama lain. Baru boleh terbina suatu bangunan yang kukuh, tapaknya Islam dan batu-batanya Muslim.

Mengenai Kristianisasi di Sabah, aku melihat benda ini sebagai suatu benda yang agak serius juga. Tapi perlu diingat, Islamisasi di Sabah juga tidak kurang hebatnya dengan gerakan Kristianisasi. Walaupun di setiap daerah dibina Gereja, tapi apa yang berlaku adalah disebaliknya. Gereja kurang digunakan sebagai tempat pergerakan orang-orang kristian Sabah. Maksudnya disini, Pergerakan kristianisasi yang kita lihat sebagai kuat itu, hanya dijalankan oleh sebilangan orang sahaja. Gereja yang dibina hanyalah sebagai manifestasi untuk menunjukkan bahawa Kristian sedang berkembang di Sabah.

Memang Sabah adalah sebuah negeri yang sangat subur untuk Kristian berkembang. Tidak dinafikan bahawa perkara tersebut adalah perkara yang benar. Dalam satu aspek lain, kita juga melihat bahawa Sabah juga subur untuk Islam mendirikan tapaknya disana. Persoalannya disini.. Bagaimana?? Selaju mana kita boleh capai benda ini ??

Pendidikan.. Pendidikan Islam.. semuanya perlu dikuatkan. Ekonomi.. Ekonomi orang Islam Sabahan.. Jabatan-jabatan Agama.. NGO-NGO Islam... Semuanya perlu bersatu untuk mencapai hasrat ini. Ahli politik Muslim perlu menjiwai Islam.. kita memang kena melahirkan lebih ramai ahli politik Islam yang  " berjiwa Islam " demi melihat survival Islam yang lebih mantap.

Bagaimana dengan penentangan dari yang bukan Islam nanti ?? Penentangan mungkin akan berlaku.. Mungkin juga sebaliknya.. Siapa Tahu.. :-) Oleh itu, hari ini kita kena cari satu mekanisma yang paling sesuai untuk memberi kefahaman tentang sistem Islam yang hendak kita gunakan dalam memerintah Sabah satu hari nanti sebelum terjadinya penentangan yang lebih besar.

Kurang penentangan bila sudah ada kefahaman. Bila tidak faham, penentangan akan lebih banyak berlaku bukan sahaja dari yang bukan Islam.. tetapi juga dari yang Islam itu sendiri. Kita yakin, bahawa dengan Sistem Islam, Sabah akan kembali gemilang sebagai sebuah kawasan yang dihormati dan disegani bukan sahaja di Malaysia, tetapi di dunia amnya.

Penelitian perlu dilakukan. Kajian terdahulu yang di"tesis"kan oleh bijak pandai kita perlu digunakan sebaiknya dalam memahami keperluan masyarakat setempat. Sejarah dahulu perlu dikuasai agar sentuhan yang lebih hikmah dan mendalam dapat dilakukan.

Kita memerlukan ramai pemikir, perancang, dan pekerja untuk menjayakan cita-cita ini. Sebagaimana ungkapan seorang pemikir Islam, Dr Yusuf Qaradhawi.. Ini merupakan suatu kenyataan dan bukan impian semata-mata....

WallahuA'lam....

8 comments:

Siyen2 said...

Kita betul betul faham apa itu Islam kah? Kalau kita kurang faham mungkin sebeb itu kita confius...

Ibnu Saif said...

tu laa pasal... kerana belum sempurna kefahaman terhadap Islam yang sebenar.. menyebabkan kita akan terus konpius tanpa ada titik berhenti..

semoga kita akan terus berusaha menimba Ilmu yang boleh meningkatkan kefahaman kita yang sangat cetek ini.. Bila semakin faham.. semakin sayang.. bila dah sayang.. sanggup bekorban apa sahaja keranaNya..

Ameenn.. :-)

Siyen2 said...

Asalamualaikum,
Kalau benarlah komen tuan itu, soalnya sekarang bolehkah dan bagaimanakah kita mencapai kefahaman Islam yang sempurna?
Mengikut komen tuan saya dapati kita tidak akan lepas dari keadaan confius atau kebingungan ini selagi kefahaman Islam kita belum sempurna, justeru untuk mengujudkan masyarkat atau negeri Islam seperti yang tuan nyatakan itu tidak akan berhasil.

macamana la itu?

Ibnu Saif said...

soklan

1. bolehkan mencapai kefahaman..
2. bagaimana ingin mencapai kefahaman..

jaw.

1. boleh
2. usaha sungguh2 tambah ilmu agama n dunia.. usaha tangga kejayaan kan.. tanpa usaha, susah nak faham.. Usaha ni bermacam-macam laa.. cthnya banyakkan membaca, tanya pakar-pakar.. buat kajian dll.. dan x lupa juga untuk minta kt Tuhan supaya ditambahkan kefahaman.. InsyaAllah Allah akan fahamkan kita tentang Islam kalau kita benar-benar ikhlas ada keinginan yang sedemikian rupa.. :-)

Apa2pun.. ILMU yang paling penting.. teda ilmu, kita takkan kemana-mana..

Satu masaalah orang kita hari ini.. kita menganggap kefahaman agama kita sudah sempurna.. sehingga kita tidak lagi mahu membuka minda untuk melihat dunia yang lebih luas.. Titik noktah sudah dibina.. Hehe.. Biasalah.. ornag kita kan.. Ni la masaalah yang berlegar-legar dalam masyarakat kita..

Bila merasakan diri dah faham agama sgt2 dan mula menutup minda.. jadilah kita orang-orang yang jumud.. yang menganggap diri kita sahaja yang paling betul jalannya... Orang lain itu jalannya sudah tidak syarii dan lain2..

Confius dan bingung.. ini perkara biasa dalam mencari ilmu dan titik penyelesaian... yupp.. perkara biasa dalam Proses pemprosesan maklumat dalam otak..

saya bagi contoh..

Dalam perubatan.. kita nak buat diagnosis yang betul.. nak bagi ubat yang betul.. kena tengok dulu simptom2 yang ada pada pesakit.. Simptom2 ni berbagai-bagai.. banyak sangat.. so, oleh kerana simptom bercampur baur.. kadangkala menyebabkan pakar-pakar perubatan pun konpius... bingung... x tau management mana yang sesuai.. nak bagi ubat apa.. dll..

Konpius.. Bingung.. perkara biasa.. :-)

kalo xda konpius.. xda bingung.. kita takut-takut.. kita ni berada dalam zon yang selesa sangat sehingga tak nak guna akal untuk bekerja dan berfikir.. n takut-takut juga kita ni lebih cepat nyanyuk bila tua nanti.. hihi... pasal x guna otak sangat kan.. :P

tanpa ilmu.. tanpa usaha.. tanpa berfikir... ndak payah cakap pasal negeri Islam.. atau masyarakat Islam dll.. :-)

Kesimpulan

1. kena berusaha menambah ilmu
2. kena ada pendirian dan asas yang kuat.
3. teruskan berfikir dan merancang untuk kepentingan ummat..

insyaAllah.. cita-cita nih satu hari nanti pasti akan tercapai.. :-)

WallahuA'lam..

Siyen2 said...

Asalamualaikum,
Kalau pasal cerita tentang ilmu agama ni kan, agak ramai juga cendikiawan2 didunia ini yang mahir didalam bermacam bidang agama bah kan di Sabah sendiri pun tidak kurang nya, namun belum ada yang pernah menyebut perkara2 yang tuan sebut ini. semacam ada ramuan yang tiada disini. Seorang pelajar perubatan pula yang mengenegahkan hal ini. Semacam kita didalam keadaan songsang. Kita perlu cari jalan supaya siratal mustaqim itu dapat di tempohi.

Ibnu Saif said...

xda eh orang len yang penah cakap benda nih?? :-) Kalo saya kata penah?? :-)

kan.. pelajar perubatan pulak yang mengenengahkan benda nih.. :-) bg saya.. x kisah kan sapa2 pun yang becakap.. ka ada beza?? hihi.. Songsang?? apa yang songsang tuh?? specific ckit.. :-)

:-)

Siyen2 said...

Songsang pasal ahli ugama kita mana suda?

Apa langkah kita sekarang? Kalau masi binggung tentu xdapat memulakan langkah ke arah siratul mustakim!?

Ibnu Saif said...

Ahli Agama kita mana suda?? Hehe.. Ada jak dorang tuh.. Cuma kurang nampak jak.. ni yang kita kena sama-sama usahakan.. naikkan orang-orang agama kita di tengah-tengah masyarakat.. baru bejalan dakwah tu mantap ckit kan.. :-)

psl langkah sekrang.. nnti jwb k.. mo gi kelas dulu nih.. :-)