Sunday, November 08, 2009

iRhamna



Irhamna ya ALlah... ya Rahman Ya Raheem..

Layan gak lagu opick nih.. "Irhamna".. Lama tak dengar nasyid-nasyid nih.. sesekali buka tuk melembutkan hati yang semakin keras..

Irhamna.. Kasihilah Kami..

Tanpa kasih sayang Allah, kita akan hanyut dan lemas dalam kolam kesesatan. Zahir nampak normal tapi batin mengerang kesakitan yang tidak ada taranya. Senyuman yang terukir kelihatan kurang manisnya kerana sedikitnya keikhlasan tika mata bertemu mata.

Irhamna Ya Allah..

Allah maha Pemurah.. Maha Pemaaf..

Dosa biarpun setinggi gunung Kinabalu.. atau sebesar gunung Sinai.. hanya dengan Satu kalimah Istigfar yang lahir dari hati dengan sebutir kesungguhan mampu menarik keampunan Allah SWT.

Kenapa Allah kadang-kadang membiarkan kita dalam keadaan yang jauh darinya ini? Adakah kerana Allah bencikan kita? Adakah kerana Allah menyampah dengan diri yang maha hina ini?

Tidak sekali-kali.. Inilah yang jugak dikatakan rezeki.. Allah nak tengok sejauh mana kita boleh berpisah denganNya.. Fitrah hati memang tidak boleh berpisah dari Tuhan.. Allah nak tunggu.. Bila hati yang keras itu mahu menundukkan segala egonya di hadapanNya.. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang suka kembali kepadaNya..

Irhamna ya Allah...

ya Allah.. kami memang hambaMu yang selalu melampaui batas.. menzalimi diri kami sendiri.. MAAFKAN kami ya Allah... dengan berkat NamaMu.. Dengan berkat Rahman dan RaheemMU ya Allah.. pandanglah kami dengan pandangan kasih sayangMu..

kami tahu diri kami tersangat-sangat jauh dariMu.. kami hambaMu yang Hina.. Kasihanilah kami.. Ya Allah.. tanpaMu hidup kami kosong tidak bermakna.. ya Allah.. Rahmatilah kami..

0 comments: