Friday, November 13, 2009

Milo vs Kopi




Hmm.. Jam menunjukkan pukul 1 pagi.. Baru bangun pkul 12 tadi.. tido dari pukul 7.. Lama gak tuh.. 5 Jam.. cam tido malam dah.. Tu yang fresh nih.. then sebelum stat study, terdetik pulak nak update ckit blog nih..

Lepas solat Isyak.. aku membuka helaian buku Surgery.. THORACIC SURGERY.. Bab LUNG AND PLEURA.. Saja je buka-buka buku nih.. lama tak dibuka, nanti dimakan anai-anai pulak.

Selang setengah jam selepas itu.. Mata menjadi sangat-sangat berat.

"Adush... napa camni nih.. Bila study jak.. mesti ngantuk.. Stat jak buka buku.. mula laa tuh."

Aku merebahkan diriku seketika di tilam (2 Sofa tilam yang disambung = Tilam King Size) yang memanggil-manggil dari tadi.

"Sedapnyaa tidur nih.. " aku terlelap..

Aiseemen.. pasal ni camni..

Kurang minat study?? tak juga..

Cuti lama sangat ?? Tak juga..

Teda pencetus semangat?? Mungkin..

Iman Kurang?? Mungkin...

Hmm..

Atau..

Telebih Milo kot..?? Mungkin jugak nih... (Dulu kat Matrik pun camni jugak.. Minum Milo.. Mesti ngantuk punya..)

Aku mencari-cari alasan yang paling tepat untuk menghuraikan dilema mengantuk time study nih..

So, try tukar Milo ngan KOPI KAW laa.. MAybe membantu.. Maybe.. Pasal time exam, aku akan minum Kopi lebih 10 cawan setiap hari.. Huhu.. dan memang mata tak tutup.. Semangat sentiasa membara.. Buku tetap menjadi tatapan.. Yang tu Time Exam jak laa.. (Kebanyakan orang pun camni kan.. huhu.. Time exam.. memanglah tak tido dll.. banyak lagi yang perlu dicover)

Nabi SAW pernah menyebut..

"Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." Riwayat Bukhari.

Sihat.. dan Waktu lapang.. Yupp... aku berada dalam kedua-dua nikmat nih.. Cuma tak tau termasuk dalam golongan yang mana satu.. Golongan yang Tertipu.. atau Golongan yang terselamat..



Ada sebuah kisah..

" Membaca.. tips sebelum tidur "

Membaca / Study adalah satu pekerjaan yang baik.. dan terpuji laa katakan.. So, Syaitan mana laa suka ngan perbuatan camni kan.. oleh itu, Si Syaitan berusaha meletakkan tongkatnya di Mata orang yang study nih.. supaya orang tu benar-benar terasa mengantuk dan terlelap..

Huh.. Tu adalah satu Tips yang terbaik untuk sapa-sapa yang ada masaalah tak dapat tido.. "TIPU SYAITAN"

Camana tuh.. Kalo nak cepat telelap.. sebelum tido ambik buku, then baca.. Time nih Syaitan akan datang meniup-niup mata.. Then mata akan menjadi berat.. dan terlelaplah si pembaca disamping bukunya.. Yesss!! Syaitan tertipu..

Hihi.. Men-men jak..

Hmm... Malam Jumaat.. Hujan renyai-renyai pulak di luar tuh.. Hujan Rahmat tuh.. Sok pulak kena bagi Khutbah.. Actually turn Khatib len.. tapi semuanya tak dapat nak bagi.. Ikhwan dan maaskur pulak teda disini.. Ikhwan gi jalan mesir.. Mashkur pulak balik Malaysia.. 2 orang Sheikh Arab pulak minggu ni busy sikit ngan Kerja dorang.. so tinggal aku jak yang sedikit free nih.. Pasni laa baru prepare khutbah tuh..

Ok laa... Study dulu.. Otak dah jadi keras kerana kurang sangat ilmu yang masuk.. so kena lembutkan tissue-tissue otak nih.. dengan info-info medic yang sangat banyak dan kompleks nih.. Otak ni macam enjin kereta jugak laa.. Kalo lama ndak guna kereta tuh, kan susah nak hidupkan enjinnya.. Bateri tak kuat.. so kena tengok/tukar air bateri atau kena pakai jumper, pakai bateri kereta len untuk stimulate bateri kereta yang lama tak digunakan tuh. Otak pun berfungsi lebih kurang camtu gak laa.. :-)

Okay... Study.. (Sebelum tuh masak air jap.. KOPI harapan nih.. hihi) then siapkan benda-benda len yang berkaitan..

Aku akhirkan post kali nih ngan satu hadis Nabi SAW buat tatapan semua.. semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk menjadi HambaNya yang lebih cemerlang dunia dan akhirat.. Ameen..



Sabda Rasulullah: "Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibuk dan masa hidupmu sebelum matimu." (Ditakhrij Al Hakim)

WallahuA'lam..

0 comments: