" Myocardial infarction... heart attack... "
aku sedang mengulangkaji soalan-soalan yang akan keluar untuk exam kali nih..
"apa 1st aid yang doctor kena bagi?? "
"Humm.... 1st baringkan patient.. 2nd bagi oxygen mask.. 3rd.. bagi morphine sulphate iv / Sublingual nitroglyserin.. nih untuk anelgesic dan vasodilator effect.. then 4th bagi anticoagulation aspirin, clopidogrel, and low molecular weight heparin.. "
Humm... banyak benda yang perlu diingat..
aku berehat sebentar.. tanganku kuringankan untuk menekan keyboard dihadapanku..
FaceBook...
Humm... laman facebook ku nih sangat panas dengan isu Gazza - Israel.. Yupp... kita semua tahu apa yang telah dan sedang berlaku.. berita PRESSTV milik kerajaan Iran sering menceritakan keadaan semasa yang berlaku di perairan Gazza.
aku berfikir sebentar... apa sebenarnya-benarnya yang sedang berlaku ??
aku membuka laman Ustaz Hasrizal..
Palestin memanggilmu pulang kepada Islam..
Benda- benda yang berlaku hari ini sepatutnya membuatkan kita bermuhasabah kembali.. apakah kekuatan dan kelemahan umat islam pada hari ini.. Bagaimana kita nak atasi kelemahan-kelemahan yang ada secara keseluruhannya..
Dr Sheikh Yusuf Qardhawi ada menulis satu buku yang berjodol "membangaun Ummah : Suatu Kenyataan Bukan Khayalan" . Dalam buku ini beliau menerangkan secara terperinci logika pembangunan umat Islam di zaman ini..
antaranya adalah logiknya kesatuan ummah ini mengikut KENYATAAN yang berlaku. Lihat sahaja peristiwa yang berlaku di Palestin, di chechnya, Bosnia, Selatan Thailand, Mindanau dan lain-lain tempat. Bila ada segolongan muslim yang ditindas, seluruh dunia Islam akan terasa. Bila Hamas memenangi pilihanraya di Gazza, majoriti umat Islam bergembira dengan kemengan yang telah dikurniakan Allah. Bila umat islam di Chechnya disembelih oleh pengganas Russia, dunia Islam bergegar dan timbulnya gerakan-gerakan jihad untuk menentang kemasukan tentera-tentera Russia di wilayah itu.
Bila Nabi Muhammad dihina, Pakistan dengan kuasa yang ada memboikot FaceBook kerana telah membenarkan Nabi Muhammad dipermainkan sewenang-wenangnya. Pengharaman hijab di France mendapat tentangan yang sangat kuat dari orang Islam disegenap pelusuk dunia.
Yupp... sesungguhnya NEGARA ISLAM masih lagi terpahat kukuh di hati umat Islam. Kita menantikan pembentukan semula Khilafah Uthmaniah yang jatuh pada tahun 1924. Ada hipotesis yang mengatakan bahawa Turki harus mengetuai pembentukan semula khilafah. Khilafah jatuh di Turki, dan InsyaAllah bakal naik dari Turki juga.
Lihat sahaja keadaan yang berlaku hari ini.. 9 orang dibunuh di perairan antarabangsa semasa bantuan kemanusiaan Flotilla baru-baru ini. 8 daripadanya berasal dari Turki dan seorang lagi berasal dari Amerika tapi berbangsa Turki.
Turki yang diketuai oleh perdana menterinya Recep Tayyip Erdogan terkenal dengan peribadinya yang membenci Zionis Israel. Semasa dalam satu persidangan bersama wakil Israel, Erdogan dengan tegasnya menyatakan pendirian beliau yang tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk palestin. Kepulangannya di Istanbul disambut oleh ribuan rakyat Turki dan dunia Islam menganggapnya sebagai diantara Hero Islam abad ini.
Kebangkitan Islam sudah terasa... Anak-anak muda Islam melaungkan Takbir di setiap negara yang mereka duduki.
Bilangan orang yang memeluk Islam pula semakin meningkat dari hari ke hari. Ada pendapat yang mengatakan bahawa 20 tahun lagi, majoriti penduduk eropah akan menerima Islam sebagai cara hidup.
Bagaimana pula khabarnya di negara Kita Malaysia??
Ada usaha untuk menyatukan wilayah Malaysia, indonesia, Brunei, Mindanou sebagai satu wilayah Islam. ada yang mengatakan benda ini tidak logik.. tapi saya berpendapat bahawa benda ini tidak mustahil akan berlaku. Bila melihat kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam dan luar negara, benda-benda ini memang tidak mustahil akan berlaku.
Apapun.. kemenangan yang kita idam-idamkan tidak akan dapat kita perolehi jika kita tidak kembali kepada Allah. Allah hanya akan bagi kemenangan bila kita benar-benar ikhlas ingin kembali kepada Islam.
Oleh itu, perbaiki diri kita sebaiknya. banyakkan amal-amal yang mendekatkan diri kepada Allah.. InsyaAllah bila individu muslim telah terbentuk, insyaAllah masyarakat Islam akan wujud. Bila telah wujud masyarakat Islam, maka akan terbentuk satu negeri Islam. Bila banyak negeri Islam akan membawa kepada terbentuknya satu negara Islam. dari negara Islam inilah akan tercapai hasrat kita kembali untuk melihat bangunnya kerajaan Khilafah Islam yang telah jatuh satu ketika dahulu.
Bila wujudnya sistem Khilafah Islam ini, insyaAllah kita akan dapat membebaskan Palestin dari tangan-tangan Yahudi Laknatullah..
InsyaAllah... pastikan diri kita termasuk dalam rantai perjuangan menegakkan Islam dimuka bumi Allah ini. Rantai yang dimulakan oleh nabi Adam AS dan disambung oleh Nabi Muhammad SAW, kemudian oleh sahabat-sahabat Baginda. Pastikan nama kita juga terpahat dalam rantai ini agar ia mampu menjadi saksi yang setia bila kita berhadapan dengan Allah di akhirat nanti.. InsyaAllaH...
Wallahu A'lam...
Kena sambung studY... :))