Sunday, January 18, 2009

illaaa Bi Sultoon..



Alhamdulillah haha tulis gak aku akhirnya dalam blog aku sndiri nih. X kisahla orang baca ke x.. Kih3.. yang penting.. hidup kenalah memberi.. Memang payah untuk memberi kalo hati masih merasakan kepentingan peribadi melebih segala-galanya. Payah eh.. Tapi benda-benda ni ada ubatnya.. Ubatnya ialah dengan Solat.. Kih3..

Baru-baru nih aku join ada laa usrah online ni ntah bawah mana ntah. hiHI.. Tapi tu sambil-sambil laa.. Mksud aku.. masa tu pun aku tgh update2 sikit Blog ISIM (Ukraine Islamic Medical Student).. Iyaala.. lama sangat tak Ber"update" kan.. LAst post kat sane tu tahun lalu bulan Februari... Lama tu ei.. nak setahun dah berlalu baru timbul balik kesedaran.. Hahah.. Ngarut Tul..

Banyak belajar benda baru gak aku cuti-cuti nih. dari dulu aku cari camanalaa nak buat Function "read more" ni kt Blog aku.. BAru semalam aku jumpa. actually kalo aku bertanya je kat kawan-kawan.. lame dah aku boleh wat benda nih.. tapi.. aku seganlaa.. Ni maruah ni org kata.. Kalo tanya.. Tak Dewa laa.. kih2.. Legend x boleh tunduk kt sape2... Kih3... Kalo nak.. cari sendiri.. Usahakan sendiri.. Biar susah.. xpe.. Lepak je.. Pasal kemualiaan itu bila kita buat sesuatu tidak meminta-minta kepada orang lain. Kih3... (Tapi dalam kes aku nih.. macam x kena je.. Hahaha.. x kisah laa.. Abaikan.. )

aku rasa kan.. kita semua ni memang Allah dah kita kurniakan bakat yang sangat istimewa. Allah suruh kita cari bakat yang terpendam tu di dalam diri kita sendiri. Allah takkan ubah nasib kita kalau kita yang tak berusaha untuk mengubah dalaman diri kita dulu. Kita nak berjaya.. Kita nak sentiasa bersemangat.. kita nak sentiasa berenergi.. semuanya bermula dari dalam diri kita.. sejauh mana betulnya nilaian diri, sejauh itulah kejayaan yang boleh kita capai.

orang kata.. Kalau kita nak mengubah dunia ni.. Ubahlah diri kita dulu.. kalo diri dah berubah.. pastinya dunia ini tidak ada masaalah untuk diubah. (Ayat pusing-pusing je.. Hahaha.. ni sebenarnya adalah salah satu teknik bila kita bercakap kat depan ramai orang.. bagi ucapan ke.. yang spontan laa.. satu isi je.. tapi dengan satu isi, dengan kaedah pusing sana sini.. boleh sampai setengah jam gak.. HiHiHi..) kalau tengok ucapan pemimpin-pemimpin nih.. besanya aku tak tengok sangat apa yang dia cakap.. ada isi ke x.. tapi aku tengok camana cara dia berfikir.. Baca fikiran dia.. n tengok skill yang dia guna tuk menyedapkan ucapannya..

tapi ada gak pemimpin yang membuatkan aku tesangat-sangat cair. yang ni ulama-ulama laa.. Tuan guru Nik Aziz.. TG Hadi Awang.. TG Haron Din.. n banyak lagi.. cair eh aku tgok ulama-ulama nih.. Berkat kot.. Tengok muka pun syok je.. kan.. kadang-kadang apa yang ulama-ulama ni cakap benda-benda yang tu je laa. Tapii.. Tu laa.. Berkat kot.. Hari tu aku ada dgr ceramah Shekih Ramadhan Al-Bouti.. Arab laa.. Aku ni mana laa nak faham sangat arab-arab nih.. Tapi syok tau... aku pun tak faham napa syok.. Dengar suara Sheikh pun syok.. sampai 2-3 kali ulang2 ceramah tu je.. Sedap eh.. HiHi.. Tapi x faham pun apa sheikh cakap.. HiHihi.. X kisaH laa.. kih3..

kita bebalik kepada bnde yg aku nak bawa tadi.. bakat yang tersimpan dalam diri kita. ade orang bila buat satu-satu benda yang dia sangat minat.. boleh tak tidur n tak makan.. x kisah pon.. contohnya men Game.. Games yang x memboringkan Game strategi.. besa laki laa yang suka game cam nih.. Tapi tengok orang gak.. ada yang tak minat.. kalo pompuan plak.. ada yang suka men Sodoku tuh.. Fuhhhh... x kisah kawan kt sebelah tuu.. ataupun men Bubbles games.. game cam tetris tu laa.. yang pecah-pecah tu kalo sama color..

nampak tak kesungguhan kita bila wat benda-benda yang kita suka nih?? ade orang yang sangat-sangat semangat dalam nak berjuang tuk islam. berprogram sana sini.. Fuuhh... superB... x tdoo... Meeting memanjang wooi... minggu ni ade Tamrin... minggu depan ade tamrin peringkat atasan.. 3 minggu lagi ada program kemasyarakatan... setiap malam ada je keja yang nak dibuat.. x borinG.. Fuhh.. hebat... sangat besungguh-sungguh.

nampak x?? kesungguhan dalaman diri kita ni juga adalah Bakat yang Allah beri dalam diri kita. Diri akan bersungguh bila kita faham apa yang kita nak buat. Kita akan bersungguh kalo kita nampak apa yang berada di hadapan. Kita akan lebih bersemangat kalo kita tahu kemana kita nak pergi.

aku banyak kali gak tefikir tau.. apa kata kalo kita pesongkan sedikit kesungguhan kita nih dalam mencari ilmu.. mendalamkan ilmu dalam bidang masing-masing laa.. kalo yang Doktornya.. dalamkan ilmu dalam bidang nih.. baca.. fikir... ulang.. Faham... Razzkazz.. Hebat eh kita kalo kita kesungguhan kita tuk mendapatkan ilmu kedoktoran nih sebagaimana kesungguhan kita berprogram... Study... x ingat dah makan minum.. x ingat dah tdo...

mesti semua ada terbaca kan artikel yang cakap pasal Yahudi.. artikel tu menyatakan bahawa kebanyakan orang-orang yang hebat di abad ni orang yahudi laa.. Dorg laa yang jumpa penemuan baru sana sini.. dorg laa yang wat kajian tentang segala-gala.. So dengan kekuatan inilah dorang berjaya menguasai dunia hari ini.. Ekonomi Dunia sedang dikawal oleh orang-orang yahudi.. pemikiran-pemikiran yang ntah ape-ape pun muncul dan bersumberkan Yahudi Doctrin gak.. Sume yahudi.. Kenapa Semua Yahudi?? Ini adalah kerana Dorg Ada kekuataN ILMU..

Dengan ILMU dorg boleh buat apa-apa yang dorang nak. Ini adalah Fitrah alam nih.. Sapa yang paling berilmu, dialah yang paling berkuasa. Dalam Quran ada menyebutkan dalam Surah Ar-Rahman ayat 33.

"wahai Golongan jin dan Manusia, Jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka tembuslah. kamu tidak akan mampu menembusinya kecuali dengan kekuatan (dari Allah)"

"ilaa Bisultoon" - Kecuali dengan kekuatan -

aku penah tebaca.. ada ulama yang menafsirkan Sultoon dalam ayat tu sebagai ILMU.. Sunnatullah menyatakan bahawa golongan yang lebih bijak pasti akan mengalahkan golongan yang bodoh.. Sunnatullah menyatakan Pokok yang lebih tinggi dan besar lebih banyak dapat faedah.. cahaya dari matahari.. air dari tanah.. berbanding pokok-pokok yang kecil yang berada di bawahnya.. Sunnatullah menyatakan Alkali lebih merbahaya dan lebih dalam invasionnya ke dalam kulit berbanding Acid.. Sunnatullah menyatakan kalau kita tak jaga kebersihan diri kita.. kita insyaAllah akan beolah penyakit.. Tu laa yang dinamakan Sunnatullah... Benda yang telah ditetapkan oleh Allah.. dan benda-benda ni akan terus-menerus sampai ke hari kiamat..

So dengan ILMU laa Islam ini boleh tertegak. Bukan masalah Islam tu kalo ianya tidak tertegak.. tapi ia adalah masaalah penganut-penganutnya yang kurang Ilmunya. Nabi pun penah menerangkan bahawa Hikmah adalah benda yang hilang dari diri orang-orang islam. dan Nabi pesan.. Dimana sahaja kita mendapat Hikmah tersebut.. Kita orang Islam adalah lebih berhak untuk memilikinya..

Oklaa.. dahlaa.. dah nak masuk isyak dah ni.. nak solat dulu.. Klah.. :-)Semoga ada kebaikan bersama.. yang baik dari Allah.. yang buruk tu kelemahan diri aku sendiri.. lemah nih.. kena berubah banyak.. HiHiHi..

p/s :- HaHaHa... tadi awal2 nak cakap psl Usrah online.. tapi tegantung je cite usrah online tuh.. HahA.. Abaikan eh psl usrah Online tuh..



1 comments:

Legendary said...

salam bang pipi ensem. mga sihat2 hendaknya. bes oo baca blog abg ni. tringat tem kita sembang2 kat semai dlu hehe saya akui, ilmu teraat la penting untuk kesinambungan perjalanan dakwah yang panjang nih. penah gak tebaca sal bab2 semangat nih ( sumangkit bilang budak2 semai)dalam blog ust Hasrizal, akademik yang x dijaga jadi fitnah pula ngan budak jmaah. masalahnya nanti, bukan individu 2 yang dipersalahkan, tpi jmaah jg yang dituding jari huhu doakan sy disini bang agar IstiQomah..kalo mo kawen jan lpa jmput k hehehe

p/s: jan jeles sy bgmbr ngn ust hasrizal ^_^