Saturday, January 03, 2009

Kalau Nikmat Ditarik



Mau tulis ckit laa.. sekrg pkul 5 ptg.. bru jak lepas baca Quran Surah Ali-Imran Ayat 169 sampai habes.. Ayat ni mmg sgt2 laa sesuai untuk dibaca tuk mengingati sedara-sedara di palestin dan dalam ni Allah cerita ttg perang Uhud.. sikap-sikap ahli kitab yang selalu membuat kezaliman.. dan janji-janji Allah terhadap para pejuang-pejuangnya. Sedap kalau dapat dihayati.. :-)

Nikmat Allah terlalu banyak buat kita. oleh kerana terlalu dikerumuni dengan Nikmat, kita lupa dan lalai terhadap yang Memberi nikmat lantaran tenggelam di dalam lautan keseronokan.

Bagun pagi tadi, sebelum membuka mata.. aku just terfikir.. aku takut.. kalau-kalau aku buka mata.. tapi aku x nampak apa-apa. aku x berani nak buka pun mata. BAru nak igt kt Tuhan org kata.. dosa x takut nak buat... Astagfirullah..

Aku buka gak mata.. Alhamdulillah.. Allah masih lagi pinjamkan aku nikmat mata ni. aku just terfikir.. cmna aku nak hidup tanpa mata..

Hari tu, sewaktu pulang dari hospital Children Infectious Disease kt MariNo, aku terlihat seorang awek yang sangat2 lawa. Blonde.. siap pakai Spec Coklat BergaYA.. Fuhh.. apa lagi... ( xyah kot describe.. ) tapi malangnya dia berjalan sambil memegang Tongkat...

Time tu trfikir gak.. Hebatnyaa.. xda mata.. tapi.. boleh jak jalan.. mcm org biasa.. aku terfikir.. kalo aku mcm ni... xde mata.. aku leh wat ape?? nak tulis blog pun x dapat.. pe lagi nak komen blog kawan2.. nak kutuk Yahudi dalam blog or kt utube pun x mgkin.. Adoii.. alangkah istimewanya Nikmat Mata yg Allah berikan ni..

Tapi nikmat seperti ni kita sering lupa dan alpa... kita sering membuat apa yang Allah x suruh dalam quran.. kita sering mengingkari Nabi SAW..

Tgok je kt bilik2 kita.. x tutup aurat pun.. pakai je suar pendek tu.. mcm x tau je aurat2 kita dari mane smpai mane.. dak2 sekolh rendah pun tau kot..

Tiap2 malam.. kita selalu buang masa ngan bnda2 yg x berfaedah.. keterlaluan sgt2.. memangla kita memang x kan terlepas dari bnda2 ni.. cuma janla keterlauan sgt.. aku suka perkataan Penyair Islam Muhammad Iqbaal Rahimahullah

Seni yang merampas kecantikan lenggok bunga ’sarwa’
Ia menukar helang rajawali menjadi burung denak
Mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan nyanyian yang merdu
Lalu membenamkan bahtera ke dasar laut
Mereka tidurkan kita dengan irama dan lagu
Dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya

Kita tenggelam di dalam jarum yang beracun dan berbisa buatan musuh-musuh Islam. kita merupakan umat yang sgt cemerlang terbilang dan gemilang.Cuma apabila kita lemas di dalam lautan buatan musuh, kita menjadi umat yang paling lemah.

so.. apa yang 1st sekali kita kena buat.. kita kenal kenal diri kita.. kalo kita kenal diri kita.. baru kita akan kenal sapa pencipta kita..

ada org tya kt Albert Enstein.. apa yang akan dia tya kt Tuhan.. kalo Tuhan bagi dia peluang tuk tya satu soklan.. lalu dia jawab.. " Camana alam ni bermula?? kerana semua yang berlaku selepas itu hanyalah matematik semata-mata" pastu dia berfikir sekejap... then dia ubah fikirannya..

Enstein kata.. " aku akan tya.. kenapa alam ni dicipta.. kerana selepas tu aku akan tau apa erti aku hidup ni.. "

Quran dah jawab lama dah sebelum Enstein tya soklan tu.. Allah sebut dalam Quran..

"Tidaklah aku ciptakan Jin dan Manusia.. kecuali hanya untuk menyembahKu.."

So segalanya hanyalah untuk pengabdian kita terhadap Allah semata-mata. dan Allah janjikan kemenangan kepada kita dengan syarat.. kita kena jadi seperti apa yang Allah tulis dan nyatakan di dalam Quran.. Bacalaa Quran.. baca gak terjemahannya.. dan fikir.. relatekan ngan kehidupan harian kita.. kerana disitu terdapat kebenaran dan hakikat hidup Hamba dan Khalifah Allah di Muka bumi.



2 comments:

Anonymous said...

can u leave ur phone number to me???

Anonymous said...

I will pass on your article introduced to my other friends, because really good!