Monday, January 26, 2009

Inilah Namanya Politik



Tadi baru baca pasal Ir Nizar, Menteri Besar Perak.. Semua ni isu psal bagi tanah ngan orang cina laa nih.. aku pun sbnrnya nda kisah sgt ngan bnda2 nih.. Biarlaa.. apa yang berlaku... kita tunggu dan lihat shja..

Tapi dalam tunggu dan lihat nih.. bukan stkat diam.. ni org panggil Observation.. bukan setakat lihat camtu jak.. tapi kita kena lihat scra objektif n subjektif.. inilaa namanya politik.. bila ada kerajaan.. maka ada laa pembangkang.. Bila kerajaan buat salah.. maka pembangkang laa yang akan membetulkannya..

Dalam politik.. kita tidak mengira siapa salah dan siapa betul. apa yang paling penting dan utama.. ialah dengan melihat isu apakah yang sedang dimainkan. kita jangan terlalu terbawa oleh berita-berita arus perdana yang sangat deras sampai sesekali melemaskan kita. Bila datang kes pengeboman terhadap Wanita Monggolia datang ke telinga kita.. dan disusuli oleh angkat sumpah oleh Pakcik Subramaniam.. dan mcm2 lagi.. banyak orang-orang muda nih terikut ikut oleh arus dan sama-sama menyalahkan individu-individu yang terlibat.

Bukan salah kita buat mcm tuh.. x slah.. tapi yang paling bagus.. kalo kita dapat melihat isu apakah yang sedang dimainkan.. strategi apakah yang sedang digunakan untuk melebihkan kerajaan ataupun pembangkang.. dan kerana itulah adanya jawatan penganalisis politik.. dia x kisah sapa betul sapa salah.. yang dia tau.. dia nampak mainan dan strategi kedua-dua pihak.. pembangkang maupun kerajaan.. n buat kesimpulan ikut apa yang dia nampaK..

Aku kagum tul ngan Ir Nizar, Menteri Besar Perak.. dahlaa Raja muda perak pun sedih Ir Nizar wat camtuh.. then pembangkang Di perak dengaN sungguh-sungguhnya suruh dia letak jawatan.. Besar ujian ni eh.. tapi dia Rilek je.. (Rilek bukan x buat kerja.. Kerja lagi licin dan lagi memberikan faedah untuk semua Pihak) Dulu perkara yang lebih kurang sama berlaku di selangor yang melibatkan isu BABI.. Tu pun satu gak... hehe... kadang-kadang isu kecil tapi diperbesar-besarkan oleh satu-satu golongan untuk memburukkan satu pihak yang lain.. Tapi ni biasalaa... Namapun Politik kan..

Ada orang ckp.. "aku x suka laa politik2 nih... KotoR sgt.. " HiHi... ntahlaaa...... aku rasa dia pun terlalu termakan n lemas dalam arus Politik yang sangat Complicated nih.. sampai tak dapat nak membezakan sistem Politik yang ada dalam Islam dan politik Buatan manusia.

Satu lagi yang aku terasa gak.. bila yang namanya ahli Jemaah Islam ni sendiri yang merendahkan pemimpin Jemaah Islam yang membuat satu-satu keputusan. Betul kita kena bersuara bila pemimpin buat salah.. tapi.. bila aku dengar alasan yang diberikan oleh kawan nih... alasannya berbaur Kebangsaan... tapi dia kata dia bersama-sama jemaah Islam.. Kekuatan KemelayuaN masih lagi kukuh dihatinya...

Melayu... Melayu... Melayu...... Sampai bila eh Melayu..?? aku x kisah kalo dia x setuju ngan Pimpinan... tapi Tolonglaa jan bagi alasan Melayu... aku x boleh terima tul.. TG Nik Aziz pun ckp camni gak.... Bukan Hidup Melayu... Kita nak Hidup Islam... bagi aku Ir Nizar buat apa yang telah dijanjikan sebelum menang PRU hari tuh... Ok laa tuh... nanti kalo x buat.. Pihak satu ni akan ckp.. Haaa... x buat!!! Mungkir Janji... Bila BUat... Haaa!! Nak Matikan Melayu kat Perak!!

Nampak x apa yang sedang berlaku?? ni laa namanya PolitiK.. Kita nak bawa Politik Islam yang menyamaratakan sesama manusia.. tapi dalam penukaran pemikiran ke arah politik Islam nih.. banyak lagi yang ragu-ragu.. termasuk yang kata nak tegakkan islam tu sendiri..

Aku just terfikr... Camana laa PAS nak control sabah ni kalo semua masih berfikiran Kebangsaan.. Kemelayuan. Di sabaH, bangsa yang terbesar ialah Dusun-Kadazan-Murut.. kalo orang-orang PAS sendiri yang berada di sabah masih Berfikiran yang bercampuraduk antara Islam dan Melayu... payah eh nak masuk sampai ke akar umbi... abistu.. Bila orang-orang masih x berfikrah ngan fikrah islam.. Orang-orang yang bersifat kebangsaan Melayu ni akan cakaP.. Orang-orang sabah ni ketinggalaN cara pemikirannYa..

Tapi kalo kita letak ketepi Bangsa... angkat Agama dulu... InsyaAllah akan diterima oleh semua x kira bangsa... Dusun.. Kadazan.. Bajau... Murut.. Rungus.. Sungai.. Bugis..

Tapi bukan maksudnya Bila kita naikkan Agama.. kita tinggalkan terus Bangsa.. x... Bukn camtu.. bangsa ialah Bangsa.. tapi Agama lagi atas dari Bangsa.. Bila kita lagi pentingkan Agama.. InsyaAllah bangsa akan terjaga.. Bila kita Praktikkan betul-betul Agama ni.. gunakan sistem2nya.. InsyaAllah yang berbangsa dan bukan Islam ni.. pasti akan nmpak betapa cantiknya Islam dan dorg akan faham Sistem2nya.. dan insyaAllah senang orang nak terima Islam dan memeluk Agama suci ni..

Satu lagi yang aku sering terfikir.. Bab Raja-raja melayu Nih.. Sultan laa.. apa2 laa pasal-pasal nih.. Actually aku pun x faham sangat Sistem Sultan2 nih... lagi2 laa Sabah ni xda Sultan kan.. AKu x faham erti menderhaka kepada Sultan tuh.. heh.. Bagi aku.. dorg pun orang biasa jugak.. Cuma keturunan tu jak yang dianggap orang Hebat ckit.. Darah Diraja.. So??

Darah diraja.. dengan Darah orang biasa.. Apa bezanya?? Composition darah tetap sama... Aku x faham apa erti kemuliaan darah Raja dengan Darah yang Bukan Raja.. Sedangkan Nabi pun penah Sabda.. Kalao Fatimah mencuri.. pasti akan dipotong juga tangannya.. Ni anak Nabi nih...

So bila fikir2 balik.. Mulia x mulia seseorang nih, bukan bergantung dengan luaran.. pangkat dan kebesaran.. tetapi Kemuliaan ditentukan oleh Keimanan dan Ketaqwaan.. Payah laa kalo kemuliaan tu kita tentukan dari harta dan kekayaan.. kalo mcm tuh.. seng laa orang-orang kaya.. kalo kemualiaan kita tentukan dari betapa cantiknya wajah dan personaliti.. Susahlaa orang-orang yang Allah dah ciptakan dengan pelbagai kekurangan...

Dunia jadi x adil.. Dunia akan diperintah oleh Para penguasa yang Zalim... dan mcm2 lagi.. Yang susah akan berusaha untuk survive.. maka pembunuhan berlaku disana sini.. perompakan.. perogolan... jatuhnya maruah dan harga diri... dan len2 lagi..

Maka Islam bawa Perubahan yang besar.. Islam menyamaratakan Semua Orang.. x kira yang miskin, kaya.. Raja.. atau Rakyat biasa.. Perdana Menteri.. Doktor.. LAwyer... Engineer.. Dan len2.. Semua Sama..... yang membezakan hanyalah Iman dalam Diri... Bila semua mahu berlumba-lumba untuk meningkatkan Iman.. InsyaAllah kita akan nampak Dunia ni menjadi Aman.. kerana Sistem yang dibawa adalah Sistem Buatan Tuhan Pencipta Sekalian Alam..

WallahuA'laM...

p/s:- Ni cuma pendapaT aku... Jan terima teruS.. fkir dulu... Fkir dan terus berfikir.. Aku cakap ni ikut keadaan aku as orang SAbah.. So, maybe pemikiranku yang Terkebelakang ni tak disenangi oleh orang lain.. haha.. X kisah laa aku.. Lepak jak.. hiHi...

1 comments:

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus