Wednesday, January 07, 2009

Janji AllaH

Salah satu pemandangan indah di Bumi Rome, Italy


Hari ni Tentera Israel berjaya menembak dan meruntuhkan bangunan sekolah UN yang didiami oleh kanak-kanak dan wanita-wanita yang berlindung selepas semuanya keluar dari rumah masing-masing semalam.

Semalam aku mendengar di TV Al-Aqsa yang wanita-wanita dan kanak-kanak semuanya sudah berpindah ke sebuah sekolah UN sebagai tempat perlindungan buat sementara waktu. Difikirkan bahawa mereka akan selamat disana. Yeah.. semua pihak pun memikirkan bahawa adalah lebih selamat dan sangat baik jika sekiranya mereka dapat berlindung di tempat itu.

Namun, ia tidak seperti yang dijangkakan. Israel dengan kejamnya melepaskan peluru kereta kebalnya ke arah sekolah tersebut, bagaikan kucing betina yang mengamuk selepas kematian lebih kurang 7 orang tenteranya dan lebih 40 yang lain cedera selepas diperangkap oleh tentera Hamas dan dibunuh oleh Helikopter si Jahannam itu sendiri.

Pengecut... Penakut.. Betina.. walaupun mereka sdah mengetahui tempat berkenaan dibawah jagaan UN, mereka tetap mengganas. Mereka sudah hilang pertimbangan kemanusiaan. Yeah.. mereka sebenarnya bukan manusia, bahkan binatang yang penakut dan pengecut yang hina lagi dina.

Hari ni 40 orang mati kebanyaknnya wanita dan anak-anak kecil. Yeah.. Semalam mereka berbincang dikalangan mereka untuk berdamai. Minta Maaf.. Tidak ada damai bagi Israel.. darah akan dibayar dengan darah. Walaupun mereka bakal membunuh keseluruhan rakyat Gazza, orang islam tetap ramai lagi yang akan membebaskan bumi palestin dari tangan si Yahudi pengecut itu.

Matinya seribu hari ini, menyedarkan seluruh hati-hati umat islam seluruh dunia. Kemenangan semakin dekat. Mungkin sahaja semua tentera Hamas akan mati dibunuh oleh si jahannam itu. mungkin sahaja seluruh rakyat palestin akan bermandi darah di tanah sendiri, tanah suci umat Islam. Tanah yang mana kebanyakan Nabi diutuskan.

Si yahudi laknatullah itu telah benar-benar menanamkan semangat untuk membela kembali Tanah palestin di hati umat Islam. Adakah ini asbab dan hikmah ketentuan Allah ini??

Pernah juga aku terfikir, ketukan Allah kali ini buat umat islam sangat-sangat kuat dan menyakitkan. aku tertanya dalam diriku, apakah hikmah di sebalik perkara ini? Allah sekali-kali tidak akan membiarkan umat islam dalam keadaan ini. Ayat-Ayat Allah membuatkan aku termenung seketika.

Surah Ali Imran - Ayat 178 & 179 -

Yeah.. kita tetap akan menang. Itu adalah fakta yang sudah pasti akan berlaku. Dalam Quran telah mencatatkan perihal orang Yahudi dan Nasrani. Hari ini, kebenaran Quran terbukti sekali lagi apabila semua yang tercatat di dalamnya adalah kenyataan yang amat benar. Yahudi dan Nasrani hari ini memang seperti apa yang telah digambarkan dalam Quran.

Dalam Quran juga menggambarkan perihal orang Islam. Allah menjanjikan kemenangan kepada umat Islam yang beriman dalam bicaranya pada surah Al-Fath. dalam surah itu Allah menggambarkan sifat dan karakter umat Islam yang berjaya.

Kenapa kita tidak berjaya pada hari ini? Mana Janji Allah nak bagi umat Islam kejayaan dan ketinggian darjat dan maruah? Adakah Allah memungkiri janjinya? Adakah layak bagi Allah tidak memperkenankan apa yang telah diucapkannya?

Tidak sekali-kali. Allah sangat berlaku adil dan tidak pernah memungkiri kata-kataNya. Dijanjikannya Kemenangan buat Umat Islam sekiranya umat islam itu bersikap dan bersifat seperti yang ditulis didalam Al-Quran. Allah akan bagi kemenangan apabila umat islam itu sendiri yang mahu berubah kearah yang lebih baik dalam erti kata yang disebut di dalam Al-Quran.

Lihatlah kepada umat Islam kita pada hari ini. Realitinya, kita hanyalah Ilusi.. ramainya kita hanyalah sebuah ilusi... Ilusi bisa dikalahkan oleh Realiti.. Yahudi itu realiti.. Nasrani itu realiti.. Umat islam pula hanyalah ilusi.. SunnaTullah menetapkan bahawa Realiti akan menang terhadap ilusi. Sunnatullah mengatakan bahawa kalau kita rajin dan bersungguh-sungguh menuju ke arah yang lebih baik, kita akan mendapat kejayaan.

Itulah dia Sunnah alam. Fitrah alam yang tidak boleh dilawan. kalau Graviti itu merupakan sunnah alam, maka perkara ini juga merukan sunnah yang tidak boleh ditentang. Realiti pasti akan mengalahkan yang ilusi. Bagaikan Tongkat Nabi Musa yang memakan semua ular-ular ilusi tukang-tukang sihir Firaun. Realiti tongkat Nabi Musa mengalahkan dan menundukkan ilusi penentang-penentangnya.

Kita pasti akan menang cuma masanya kita tidak tahu. Dalam satu ayat quran Allah menceritakan hal Nabi Muhammad dan para sahabatnya yang mulia ketika berada di dalam satu perang yang sangat-sangat genting. Para sahabat dan Nabi sendiri mengatakan " Mataa NasRullaah... (Bilakan akan turunya bantuan Allah?? ) " dan Allah jawab " Alaa inna Nassrallahi Qariib (Ketahuilah bahawa pertolongan Allah itu sudah Dekat) "

Yeah.. Pertolongan Allah sudah semakin hampir. Malam yang pekat tidak akan selama-lamanya pekat. Ketahuilah, selepas malam yang pekat dan tersangat-sangat sunyi, pasti akan timbulnya cahaya terang benderang si matahari. Ini lah ketentuan dari Tuhan yang Maha Esa. Allah tidak akan membiarkan keadaan umat islam sebegini rupa dalam jangka waktu yang lama.

Allah akan memilih dari kalangan hamba-hambanya yang akan bangkit berjuang menegakkan kalimah yang mulia ini. mungkin sahaja palestin akan ditakhluki oleh Israel laknatullah itu.. tapi Yakinlah saudaraku, ia tidak akan lama. Darah suci para Syuhada di bumi suci itu telah menggoyangkan hati para muslimin di seluruh dunia. Bumi Palestin adalah milik kita. Darah akan dibayar dengan Darah.

Israel akan hidup dengan penuh ketakutan selepas ini walaupun mereka sudah menakhluki palestin yang suci. Masa sangat panjang lagi untuk kita umat Islam. Dahlah mereka sememangnya pengecut dan penakut. Masa akan menetukan segalanya insyaAllah..

Rasulullah dalam satu hadisnya menerangkan tentang Yahudi yang akan dibunuh oleh umat Islam pada satu hari nanti hinggakan pokok pun memberitahu kedudukan si Yahudi pengecut.
Mungkinkan itu bermaksud bahawa teknologi umat Islam pada hari itu tersangat-sangat hebat?? Mungkin sahaja.. kalau si Dajjal pun banyak pendapat ulama tentangnya, mungkinkah Sabda Baginda itu menerangkan tentang kuat dan hebatnya Umat Islam pada ketika dan waktu itu?? Mungkinkah ianya selepas Islam menguasai Italy?? Kota Rom yang dijanjikan Rasulullah satu ketika dahulu??

Berfikirlah wahai saudaraku.. Berfikirlah untuk Islam... Allah berikan kita Akal untuk berfikir.. Berfikirlah untuk kepentingan Ummah..

Disini aku just nak nyatakan.. aku bukanlah pelajar Agama yang mengetahui selok-belok hukum dan hakam.. Apa yang tersilap dan tersalah haraplah ditegur dan diperbetulkan... ini hanyalah pendapat dan pandangan dari diri yang kecil pengalaman dan sangat sedikit ilmunya..

Apa yang baik semuanya dari Allah.. yang buruk dari diri aku sendiri... WallahuA'lam..

2 comments:

Anonymous said...

menarik!

UmmuL SyabinaR said...

Allah pasti melaknat Israel..