Wednesday, January 07, 2009

MediC !!!!


Amin segera bergegas menuju ke hospital yang menempatkan penduduk Gazza yang tercedera akibat tangan zalim yahudi itu. Perkarangan Hospital dibanjiri orang ramai bagaikan semut-semut yang bekerja tanpa mengira umur menbantu penduduk yang tercedera. Darah bertebaran dimana-mana.

"Mama.. Mama..." Amin terdengar tangisan seorang adik kecil. Sayu.. Amin mengetap bibirnya kesedihan. Muka si adik kecil dipenuhi dengan darah. Kelihatan Koyakan yang sangat besar dari hujung telinga hingga ketengah pipinya.

"Cepat... cepaT.... ToloNg anak saya ni Doktor... " Seorang ayah memapah anaknya yang dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Amin terdiam seketika.. Apsal dengan si yahudi ni?? apa salah anak-anak kecil nih.. "Doktor... tolong Doktor.. inilah satu-satunya anak saya.. " Pinta si ayah dihadapan Amin. "Cepat baringkan dia di lantai ni.. " Selepas beberapa ketika.. amin menarik nafas panjang. "AstagfirullaH..... aku tak tahan macam ni.. Ya Allah... Berilah kesabaran kepada kami.." Amin berbisik di dalam hatinya.

"Pakcik... Allah lebih menyayangi anak pakcik.. Allah dah pilih dia sebagai penghuni syurga yang abadi.. Bersabarlah dengan mehnah ni pakcik.." Air mata bercucuran dari mata si ayah. Si ayah menangis dengan penuh kesungguhan. Orang ramai yang melihat dengan pantasnya memberikan kata-kata semangat kepada si ayah. "Pakcik.. Sabar pakcik.. SAbar... Allah akan berikan yang terbaik buat pakcik insyaAllah..."

Amin tergamam.. Dia menggenggam tangannya... lalu berbisik di dalam hatinya.. " Yahudi.. selagi darah ni masih mengalir... aku akan terus lawan.. biarpun aku tidak pergi berperang bersama-sama HAMAS hari ini.. InsyaAllah satu hari nanti.. kita akan bertemu juga.."

"Dr Amin.. Dr Amin... Cepat.. kat sini.. kat sini... !!! " Kedengaran suara gurau Dr Ahmad memanggil Amin. Amin lantas sahaja ke tempat Dr Ahmad dan pesakitnya. " Perempuan.. " Amin tersentak.. Adoi.. Memang tak guna punya Yahudi.. Dari pakaian yang si Nisa pakai ni amin dapat menganggarkan bahawa dia adalah salah seorang pejuang HAMAS. Dia telah tercedera bersama-sama muslimat lain ketika cuba menyelamatkan anak-anak kecil dari menjadi himpunan batu-batu rumah akibat Bom Yahudi Laknatullah.

Dr Ahmad menyatakan nisa ini adalah antara pejuang-pejuang HAMAS yang aktif dalam gerak kerjanya. Namanya Humaira. Dr Ahmad menerangkan bahawa dia mengenali ayah Humaira yang merupakan Jurucakap HAMAS datang berkunjung sekeluarga ke rumahnya satu ketika dahulu. Mata Dr Ahmad mula mengelopak. Amin menoleh ke tempat lain. Dia tidak boleh melihat tangisan-tangisan sebegini rupa. Hatinya sangat sensitif terhadap kesedihan yang dialami saudara seislamnya.

Amin lalu teringat keluarganya yang berada di Malaysia. Terbayang wajah Mama dan Bapa. Wajah Adik-adiknya.. kakaknya.. Sebelum dia berangkat ke Bumi Palestin ini Bapanya telah berpesan.. "Jaga diri baik-baik.. Semoga Allah berikan apa yang Terbaik buat Kita.. " lalu Amin memeluk erat Bapa dan Mamanya. Mungkinkah ini pelukanku yang terakhir buat Mama dan Bapa?? Amin bermonolog di dalam hatinya. Aku tidak akan balik sehingga selesai tugasku buat saudara-saudara seislamku di tanah suci ini..

- Amin - Diantara 20 orang wakil Doktor dari PAPISMA (Persatuan Perubatan Ibnu Sina Malaysia) yang menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan Bantuan Perubatan Palestin-Gazza.

4 comments:

DAMAI said...

kita bila lagi???

Ibnu Saif said...

Lepak dulu.... Akan sampai masanya tuh... InsyaAllah.. kalo bukan di pAlestin.. Di tempat sendiri Pun boleh jAdi gaK bnda2 mcm Nih.. :-)

Semuanya sudah ditentukan Allah... Cuma.. lagi cantik kalo kita semua pasang cita-cita tuk ke Arah yang Mcm nihi.. :-)

Peace For Palestine...

Anonymous said...

sampaikan salam ana pd amin tu...untung jd org yang dipilih Allah untk ke sana...

kartini said...

wah best cerita nie. enta karang sendiri kah? subhanallah.. teringin juga jadi sukarelawan utk tolong saudar2 seagama kita kat sana. tp ilmu tak cukup lagi.. doakan mereka, berikan bantuan utk mereka, dan boikot barang2 yahudi.. smoga kemenangan bersama dgn kita. amin..