Sunday, December 27, 2009
Thursday, December 24, 2009
(Video curik dari FB Iqbal.. tq Bal.. :-) )
Just nak share.. Ada sekali tuh.. aku memang tak ingat apa-apa pon.. tambah cuak lagi.. tambah ada dak pompuan lagi tengah tengok.. hilang habes hafalan.. hihi..
pastu abg ali bagi suh baca surah Al-Fiil je.. haha.. adoii..
ingatkan leh lepas.. tuh pun tak lepas.. aiseemen.. teruk tol..
pastu Sheikh Ala' kata..
"Muhammad Afifi... nape nih?? tak makan pagi kee??"
huhu.. Malunyaaaa.. hehe...
Monday, December 21, 2009
Saja jak kongsi-kongsi kisah.. teda idea kan mau tulis apa.. hehe.. Layan jak laa k.. ;-)
Jumaat malam sabtu..
2.00 pagi..
aku terbangun dari tidur dek kedengaran suatu bunyi yang kuat.. Hemm?? Printer?? Pasal printer tu hidup sendiri?? pelik nih.. Adoii..
Dari katilku aku melihat printer tersebut.. Apa benda yang dia sedang print nih.. Huh?? Print soalan objektif kelas tadi ??
sebenarnya khamis malam jumaat lagi aku sudah print kertas soalan tersebut.. Jumaat merupakan kelas last untuk Children Infectious Disease di hospital Marino..
selepas lebih dari 24 jam.. Printer tu print lagi sekali soalan-soalan tuh dengan sendirinya..
di rumah ni aku tinggal seorang diri sahaja.. Teda orang lain bersamaku..
aku bangun dari tempat tidurku.. aku bergegas mematikan printer tersebut kerana takut kerugian kertas memandangkan kertas disini mahal jugak harganya.. dan satu lagi.. bunyinya yang kuat mungkin sahaja boleh menggangu jiran sebelah.. yang dihuni oleh nenek yang tengah sakit..
Laptopku seakan-akan baru direstart.. (Ni maybe terestart ngan sendirinya... normal laa nih..)
Mengantuk time tuh.. aku malas nak fikir banyak.. lalu aku menyambung tidurku..
Pelik punya printer... maybe semalam aku ada tertekan dua kali print benda tuh.. Barangkali laa... aku pun ndak ingat sudah.. tapi sepasti aku.. benda tu aku memang sudah habis print.. dan bukan itu sahaja... selepas print benda objektif tu.. aku print benda lain lagi.. Mekanisma printer hidup dengan sendirinya tidak aku ketahui bagaimana..
abaikan laa.. hehe..
Mungkin... ntah laa.. abaikan...
Wednesday, December 16, 2009
Bismillah..
Kelas hari ni habes pukul 12 lebih.. then sampai rumah dalam pukul 1 lebih.. Penat jugak eh.. kelas kat MariNo.. Children Infectious disease Hospital..
Pas solat, masak ayam Kicap.. then tetido pulak pas solat asar.. pasal penat kali rasanya.. tebangun dalam pukul 5 petang then solat maghrib.. pastu gi Hostel pasal ada begambar untuk majalah Synapse..
Pakai hensom-hensom laa.. Kemeja + black necktie.. Kot hitam + suar hitam.. Hehe.. teda lagi gambarnya.. nantilaa upload kalo sudah ada ambik dari kawan jak.. hehe..
Classmates yang len pun suma pakai lawa-lawa hensom-hensom..
Hehe...
Hari ni baca sikit buku minhaj Muslimin..
dalam tu diterangkan kenapa umat islam hari ni lemah.. ndak macam umat islam terdahulu.. Jawapannya, pasal kita sudah meninggalkan quran.. maksudnya.. kita ndak buat pon apa yang ada dalam quran tuh.. Kita lagi menghinakan quran dalam keadaan kita kata kita bersemangat hidup untuk Islam..
Napa Bani Israel dihina dan darjatnya direndahkan dahulu?? Dorang bukannya orang yang bodoh.. sumanya pandai-pandai belaka.. banyak kelebihan yang Allah berikan untuk dorang nih.. Tapi dorang termasuk dalaman golongan bangsa yang dihinakan Allah.. Kenapa??
Pasal dorang ndak buat apa yang ada dalam kitab yang diturunkan kepada dorang.. So, penghinaan jak laa yang dorang dapat dari Allah..
Kita pula hari nih??
Berapa banyak dari kita yang tau baca quran??
dari yang banyak tau baca quran nih.. berapa banyak yang baca hari-hari??
dari yang baca hari-hari nih.. berapa banyak yang tau makna dan memahami apa yang dia baca??
dari banyak-banyak yang faham nih... berapa jak laa yang mau mengamalkan sepenuhnya apa yang terkandung dalamnya...
Kalau dulu-dulu... quran ni dibuat sebagai tangkal.. dicelup dalam air dan diminum.. semata-mata... dibuat untuk mengubat penyakit kerasukan jin dan sebagainya...
kita ambik contoh eh..
Contoh laa orang sakit kan.. gi jumpa doktor.. Then doktor bagi laa prescription ubat.. ubat mana yang mau dimakan dan lain-lain.. Then pesakit tu ambik kertas prescription tuh.. dia baca apa yang terkandung dalam kertas tuh.. then gi sangkut di leher.. atau celup dalam air dan minum air tuh dengan harapan sakit dia akan hilang..
Orang-orang macam nih.. kalau kita jumpa.. apa yang akan kita fikirkan??
"Ish... ish... ish... sian dia nih.... IQ tahap 0... "
"Gila sudah kali orang nih.. ada kaa pegi minum benda tuh... orang suruh buat lain.. dia buat lain.. "
Kita hari nih... ada jugak kan yang buat camtu terhadap quran.. Quran bukan untuk digantung semata-mata.. tapi untuk difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian..
Doktor segala doktor yang bagi Quran ni ngan kita.. Di dalamnya terdapat penyembuh segala penyakit.. terdapat penyelesai segala masaalah.. dari sekecil-kecil benda ke sebesar-besar benda..
Di dalamnya terdapat tips mau jadi Kaya... mau jadi Jutawan.. mau jadi Doktor yang paling hebat.. dan lain-lain..
Di dalmnya jugak terdapat tips mau jadi Hamba Mulia disisi Allah... Tips mengurangkan stress time study medic... segala-galanya terdapat dalam kitab yang sangat menakjubkan ini..
Setakat tau baca prescription ubat jak ndak cukup kan.. kalau kita ndak gi beli ubat tu.. dan makan ubat tuh..
sama ngan Quran.. setakat baca jak ndak cukup.. kena fahami.. dan diamalkan kandungannya.. baru kita akan dimuliakan Allah kan...
2 benda yang perlu kita dalami lagi...
1. Quran
2. Sunnah n sirah Nabi..
Bagi yang nak berfikir tentang camana mau buat perubahan di tempatnya dan lain2 tuh.. Jadikan 2 nih sebagai asas utama.. InsyaAllah perubahan yang diimpikan akan tercapai.. :-)
So, kita jangan jadi macam bani israel.. yang hanya jadikan kitab yang diturunkan buat dorang sebagai tulisan semata-mata... Tanpa pengamalan..
Jadilah sebagaimana generasi Pertama Islam dahulu.. Quran dan Sunnah Nabi jadi kehidupan.. Baru jadi Mulia.. Dimuliakan Allah.. Dimuliakan seluruh manusia..
Ok aa...
penat eh.. Mo kena study dulu tuk kelas sok..
Chow..
WallahuA'lam... :-)
Sunday, December 13, 2009
Bila waktu telah berakhir..
Terkedu membaca kisah Teh Afifah Syahirah yang kehilangan suami tercinta selepas 4 jam berkahwin. Belum hilang merah jari ditangan, suami dan keluarganya dipanggil Ilahi kembali kepadaNya..
Al-Fatihah..
Selepas menyampaikan khutbah jumaat lalu, Amir datang berdekatan dengan aku.. lalu membisikkan sesuatu..
"Tau tak. Ustaz Alauddin masuk hospital?? "
"Tak tau laa pulak.. napa masuk hospital?? "
"Kawan aku bagitau tadi, dia kene operate.. setakat ni dah buat 4 operation dah.. Intestinal obstruction.. "
Ya Allah... aku terkejut mendengar berita tersebut..
Ustaz Alauddin, seorang teman yang mesra berasal dari palestin. Aku mengenalinya sejak aku mula-mula datang ke Ukraine.
September 2004
"Assalamualaikum... " Kata Ustaz Alauddin dan beberapa lagi sahabat arab..
"Waalaikum Salam warahmatullah.. " Jawab aku..
"Novie student?? Kak Vas ZAbut?? Atkuda vam?? "
aku tersenyum.. sewaktu itu aku belum lagi memahami bahasa Russian.
"Ana Mohd Afifi.. "
"Muhammad?? au Afifi..?? "
"Afifi.. mumkin Muhammad.. " sambil melebarkan senyumanku..
"Min aina enta??" aku bertanya..
"Tatakallam billoghatul arabyyah eh.. Jayyid... ana min palestin.."
" Palestinn?? Gazza?? Hamas?? "
Ustaz Alauddin tersenyum mendengar kata-kata ku.. Sewaktu itu aku berasa sangat-sangat beruntung kerana mengenali seorang sahabat yang berasal dari Palestin. Ya Allah... Palestin.. Negeri yang sehingga hari ini belum lagi ada titik penyelesaian buat penduduknya..
Semenjak itu aku mengkagumi susuk tubuh kecil kelahiran Palestin itu. Dia juga merupakan Hafiz Quran dan mempunyai bacaan yang sangat-sangat sedap. Alunan Quran mendayu melembutkan hati yang mendengar. Alangkah sedapnya bacaan saudaraku ini. Penuh dengan penghayatan dan keinsafan.
Setiap selesai solat bersama ustaz Alauddin, aku dapat melihat air jernih bergelumang di kedua kelopak matanya. Ya Allah.. Aku suka sekali memandang wajahnya.. Wajah yang penuh dengan Nur dan cahaya.. Wajah yang mengingatkan aku dengan Allah.. dengan perjuangan Islam..
March 2005
"Ustaz.. baca khutbah okay minggu depan.. Ganti-ganti.. " Abang Ali berkata kepadaku..
"Ha?? Uishhh.... biar betul.. Ndak penah lagi nih bang.. "
Ustaz Alauddin datang kearahku.. sambil berkata..
"Afifi...... Khutbah dlya Vam sledushi nedelyu.. Kharasho?? "
(Afifi... khutbah minggu depan awak yang kena bagi okay ?? ")
Huhu.. aku terkesima seketika.. Biar betul nih.. aku baru je datang ketempat nih dah kena bagi khutbah.. Ish.. ish.. ish..
Setiap kali aku ditugaskan untuk memberi khutbah Ustaz Alauddin akan datang sekali untuk mendengar dahulu khutbahku. Khutbah kedua dalam bahasa arab disediakan olehnya dan aku disuruh mengulang berkali-kali agar lebih teratur dan lebih lancar.
"Skolka raz Uzhe Afifi ti chital?? "
(Berapa kali dah awak baca ni Afifi??)
"Tri raza.... Tolkaa.. "
(3 kali jee.. )
"Eta ni khuatait... nada mnoga raz... panimaesh?? "
(Tak cukup tuh.. kena banyak kali lagi.... Faham tak?? )
"Daa... ponyolll... "
(Iyeeee... faham.. faham..)
Tahun 2006
Kami menjemput (Tetamu Special) Ustaz Alauddin.. Sheikh Basil, Dr Yusuf dan dan seorang lagi yang terlupa namanya datang untuk menjamu selera ketika buat Bilik terbuka sempana hari raya.
Semua juadah raya dicuba.. Dan makanan special malam itu adalah Ayam Tandorii yang dimasak oleh Iqbal. Malangnya sahabat lain tidak berkesempatan untuk merasa kerana semuanya dah dihabiskan sewaktu tetamu special yang datang lebih awal. Lagipun ayam tuh tak masak banyak pun.. Tu yang kawan-kawan wat Demo kat luar bilik kerana makanan tak cukup malam tuh.. Hehe..
Banyak lagi kisah manis dan pahit selama aku mengenalinya..
Beliau juga merupakan tenaga pengajar kelas Agama yang diadakan setiap hari Jumaat dari 2005-2007.. Kadangkala diganti oleh Sheikh Basil yang juga merupakan seorang Doktor dan Murabbi di Pusat Madrasah Tahfiz Simferopol. Selepas Sheikh basil kembali ke Jordan, Ustaz Alauddin mengambil alih pentadbiran madrasah Tahfiz sehingga ke hari ini.
Tahun 2009
Perang meletus di Gazza memanggilnya untuk pulang ke tanah air tercinta. Dia kembali dan menjalankan tugasnya sebagai seorang Doktor merawat mangsa-mangsa kekejaman Yahudi Laknatullah..
Aku menelefonnya sehari sebelum dia pulang ke Palestin..
"Assalamualaikum Yaa Sheikh Alaauddin.... Vi znaiyete dan shto zaftra yest Namaz dlya Palestin...?? Vi budit Imam daa?? "
(Assalamualaikum Sheikh.. Awak tau kan besok kita ade wat Solat sikit tuk orang-orang kat palestin?? Awak akan jadi imam kann?? )
"Waalaikumussalam.... Da... BavShizhitii daa?? Znayuuu... Nyet.. Ya ne Imam.. Arnus budit.. Pachimu Afifi?? "
(Waalaikumussalam.. Ya.. buat kat Hostel kan... Saya tahuu... Tapi saya tak jadi Imam.. Arnus yang akan jadi imam... Kenapa Afifi?)
"Okay..... Pachimu ne vam?? Fsee khochet vii imam zaftra.. Ani skazali shto Vasha Dua Ochen Kharashoo... Lutsheee.. "
(Okay... napa awak tak jadi imam?? Semua kat sini kata nak awak yang jadi imam.. Dorang kata doa awak sangat bagus dan lebih baik lagi...)
"Hehe... ya ne buditye zaftra.. Zaftra ya uyekhal damoi.. Gazza... "
(Saya takde esok.. esok saya akan balik ke gazza... )
aku merindukan bacaan qurannya.. aku merindukan bacaan doa qunutnya yang sangat mendayu-dayu..
Tahun ni aku join solat Malam Lailatul Qadr kat Arraid pun pasal aku nak melayan malam tu dengan bacaan qurannya.. Tahun last aku berada disini.. Tahun last aku nak dengar suara temanku ini..
Seringkali aku berjumpa dengannya.. kami akan berbincang mengenai Palestin.. suatu hari dia pernah berkata padaku..
"InsyaAllah.. kita akan jumpa di Palestin nanti" Kata-kata yang sangat memberi semangat padaku.. Allahu Rabbi..
November 2009
Beberapa minggu lalu dia datang kerumahku meminta ebook yang berkaitan dengan Medic. Dia sedang menyambung postgraduatenya dalam pengkhususan Cardiology.. Aku menjamunya dengan Juice yang baru kubeli petang itu.. Huhu.. Wajah yang sangat mententeramkan hatiku..
Malam itu kami bertanya khabar dan bercerita mengenai masa depan yang masih tidak kelihatan.
"Awak duduk seorang je kat sini Afifi?? "
"aa.. seorang je.. Lagipun dah last year kan.. so kena banyak study sikit.. hehe.."
"Ohhh... dah nak habes dah awak ni Afifi.... tak sedar eh.. " katanya sambil tersenyum..
Aku terasa sedikit terharu dengan kata-kata itu.. Bila lagi kita akan berjumpa dan bertemu selepas aku balik ke Malaysia...
"Awak dah kahwin belum nih?? " Ustaz Alauddin bertanya lagi..
"Ish.. Belum lagi... InsyaAllah lepas habes study nih.. Di Malaysia.. hehe.. " balasku dengan penuh keyakinan..
Aku bertanya lagi..
"Enta sheikh.. bila habis specialist nih?? "
"InsyaAllah ana akan habes 2011.. 2 tahun lagi.. lepas tuh.. balik Palestin laa.. Kerja di sana.. " jawabnya dengan tenang..
Hari Ini..
Hari ini...... aku bertanya dengan seorang sahabat arab..
"Apa cerita Sheikh alauddin?? napa takde sape pun yang bagitau kat kitaorang dak-dak malaysia nih?? "
"Bukan camtuh.. semua orang pun tak tau keadaan sebenar dia.. Dr Diah sahaja yang dibenarkan untuk melawatnya.. dia sekarang berada dalam unit ICU.. Intestinal Obstruction.. 4 kali buat operation.. Dan................ "
"Dann ????"
"Prognosis tak berapa bagus.. Proffesor kat sana kata.. Kemungkinan besar dia akan pergi.. "
Haa?? ya Allah.. Apa nih?? apa jadi nih??
AstagfirullahalAzeem..
"Doa je laa.. kita pun tak boleh buat ape dah.. Tingal doa je.. tu yang paling penting.. " kata sahabatku itu..
aku termenung seketika.. Umurnya yang baru nak mencecah 29 tahun.. Tahun lepas baru sahaja berkahwin dengan seorang muslimat Russian..
Aku teringat semua kenangan ketika bersamanya..
Ya Allah... engkau berilah yang terbaik buat Saudaraku ini... Selamatkanlah dia ya Allah.. Sembuhkanlah dia ya Allah...... ya Allah.... Berilah apa yang terbaik disisiMu untuknya...
Di kesempatan ini.. saya mengajak semua kawan-kawan untuk sama-sama berdoa untuk kebaikan dan keselamatan sahabat kita ini..
Ya Rabbana..........
Saturday, December 12, 2009
Diriwayatkan oleh Atha' dari Aisyah, Rasulullah bersabda,
"Aisyah, izinkan aku menyembah Tuhanku,"
Aisyah menjawabnya,
"Aku lebih senang berada didekatmu tetapi aku tidak dapat mencegahmu untuk mengutamakan menyembah padaNya."
Maka aku izinkan beliau meninggalkanku. Kemudian beliau mengambil wudlu, menggunakan secara hemat. Selanjutnya beliau berdiri melakukan sholat, lalu menangis sehingga air mata beliau mengalir sampai dada lalu beliau ruku' dan menangis, kemudian sujud dan menangis lalu mengangkat kepala dan menangis tiada hentinya beliau berada dalam kondisi yang begitu sampai Bilal mengumandangkan azan Subuh.
Begitulah gambaran Baginda Nabi Muhamad SAW begitu sangat menghargai istrinya yang tengah dalam ketentraman sehingga bertutur dengan lembutnya, 'Aisyah, Izinkan aku..' Sebuah penuturan Rasulullah menanamkan kesadaran kepada Sang Khaliq, juga menanamkan kesadaran kewajiban seorang suami kepada istri berarti mengajak istri agar berlatih ikhlas dalam setiap perjuangan dalam mengarungi bahtera kehidupan.
Bila suami sebagai nakoda maka istri berperan sebagai awak kapal. Tugas awak kapal lebih banyak memainkan peran yang penting. Seperti tugas navigator yang harus mengingatkan jalan mana yang harus dilewati. Bila didepan ada karang atau badai maka awak kapal yang berteriak paling keras untuk mengingatkan Sang Nakodanya jangan sampai kapalnya tenggelam karena menabrak karang atau terkena badai.
Dalam samudra kehidupan yang damai dengan mudah mendialogkan berbagai permasalahan, suami maupun istri bisa saling mendengarkan namun ketika badai datang menghadang, kondisi rumah tangga sedang memanas seperti suami terkena PHK dan istri yang mencari nafkah, kondisi ini cukup mudah menyulut pertengkaran. Sang Nakoda, tiba-tiba kehilangan kepercayaan diri untuk memimpin kapal sementara awak kapal merasa dirinya berhak untuk menjadi nakoda karena dia yang bekerja sehingga saling menonjolkan dan mempertahankan egonya masing-masing.
Disinilah menjadi penting hadis diatas bagi suami sebagai nakoda kapal dan istri sebagai awak kapal mengemban hak & kewajiban masing-masing dengan dilandasi keikhlasan. Meskipun berat keikhlasan menjadi sebuah kemaslahatan bersama. Tidak ada alasan bagi suami untuk tidak memuliakan istri bahkan seperti yang dicontohkan oleh Baginda Nabi Muhamad untuk melakukan sholat malam pun meminta izin istrinya. Jadi kuncinya terletak kepada suami berakhlak baik kepada istri dan bila istri mendapati suami sedang lalai maka tugasnyalah untuk mengingatkan suaminya. Sebagaimana Sabda Nabi Muhamad SAW suami dan istri adalah pemimpin. Setiap pemimpin akan dimintai pertanggungjawaban.
"Setiap orang diantaramu adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Seorang suami menjadi pemimpin dalam keluarga dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Seorang istri menjadi pemimpin rumah tangganya dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya." (HR. Abdullah Ibn Umar)
WallahuA'lam..
Sunday, December 06, 2009
Wednesday, November 25, 2009
Tuesday, November 24, 2009
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka
Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya
Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia
Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia
Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia
Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima
Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba
Monday, November 23, 2009
Blogwalking..
Syok gak jalan-jalan blog kawan-kawan..senior dan junior.. menimba idea-idea baru yang lebih mantap dan best.. Kadangkala membuatku merasa rendah diri.. jauhnya beza aku dengan dorang nih.. Bagaikan langit dan bumi..
Meneliti susur galur sejarah kebangkitan masyarakat Sabah menjalankan neuron-neuron di otakku.. Seperti lingkaran eletrik, impulse dihantar kesana dan kesini.. kadang ke otak kiri.. kadang ke otak kanan.. kadang ia bergerak ke seluruh kawasan dan area.. Frontal.. temporal.. Occipital dan parietal..
Bangsa.. Agama.. Hak orang Sabah.. Kemiskinan.. Pendidikan.. Sosial.. Semuanya bercampur baur.. Info diproses.. Pembacaan diluas.. Huh.. Semuanya membuatkan aku semakin konpius.. Kemana hendak dibawa diriku.. Atas medan yang bagaimana diriku ini sesuai..
Otak bekerja.. hati mula resah.. Hati mengungkapkan kata rayu.. meminta suatu penyelesaian.. paling tidak, benda yang boleh menenangkan si otak.. agar bebanan itu akan berkurang..
Islam.. Hak.. Islam.. Hak..
Apa kaitannya? Kekuatan asas sangat perlu dalam kita memperjuangkan sesuatu.
Banyak golongan yang memperjuangkan hak individu dan ramai... Mereka berdiri diatas medan masing-masing.. atas tapak yang sudah tersedia.. Kapitalis.. Komunis.. Imperialis.. Liberalis.. Islam.. dan lain-lain lagi..
Golongan-golongan ini gah satu ketika dahulu.. pencapaian yang dicapai sangat mengkagumkan. Nazi dibawah Hitler bersemangat waja ingin memerintah dunia. Soviet dibawah Stalin berlumba meningkatkan sistem pertahanan negaranya. Sistem yang digunakan membuat rakyat patuh dan taat. Pemimpin dunia yang berpengaruh semuanya mempunyai aliran pemikiran sendiri untuk membela hak dan kepentingan golongan masing-masing. Susuk-susuk yang berpengaruh seperti Marx, Lenin, Trotsky, Mou, Sun Yat Sen sering disebut-sebut sebagai pencetus pemikiran dan revolusi yang telah mencipta sejarah dunia.
Islam.. Islam pun ada sistemnya yang tersendiri. Islam juga mempunyai sejarah yang gemilang dan terbilang. Sistem yang sangat sempurna yang mengangkat hak keseluruhan manusia tidak kira bangsa dan agama. Biarpun seseorang itu tidak beragama Islam, jika sistem ini yang digunapakai, ia pasti akan menjadi hebat dan cemerlang.
Jadinya, sistem apakah yang kita hendak gunapakai sebagai asas dalam perjuangan kita ??
Kita kena ada pendirian dalam mengatur hidup yang penuh dengan liku ini. Pendirian yang kita bina akan bakal mencorakkan masa depan kita, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.
Sebagai seorang yang beragama Islam, Islam sepatutnya menjadi asas dalam kehidupan kita. Bukankan Nabi Muhammad itu diutus untuk sekalian umat ?? Apa maksud perutusan itu ?? Keyakinan kita adalah bahawa sistem yang dibawa oleh Nabi Muhammad ini adalah suatu sistem yang confirm boleh mengubah diri, keluarga, masyarakat dan negara kita ke arah yang lebih cemerlang dan gemilang.
Islam bukan setakat agama semata-mata. Bukan setakat solat, puasa dan haji semata. Bahkan Islam lebih dari itu. Ia mencakupi keseluruhan perkara dalam kehidupan seorang manusia. Ia adalah sebuah cara hidup yang unik yang menggabungkan dunia dan akhirat.
Sabah.... Sistem Islam...
Kearah pembentukan negeri Islam Sabah, kita memerlukan lebih ramai pelopor pergerakan Islam. Jika dahulu, Golongan Muda yang berpendidikan Agama berjaya melaungkan laungan tajdid mereka, dengan cara ini juga kita boleh membuat perubahan barangkali.
Kita melihat generasi anak-anak muda kita yang belajar secara khusus bab Islam merupakan satu aset yang paling berharga dalam mencapai cita-cita murni ini. Sebagai contoh, anak sabah yang mengaji di mesir dan negara arab lain.. yang sedang mengaji di UIA, UM dan lain-lain tempat.. Mereka bagaikan mutiara yang perlu diketengahkan di kalangan masyarakat yang sedang dibuai oleh mabuk dunia ini.
Bila kita masuk dalam masyarakat, agama dipandang sebagai suatu benda yang remeh. Bagaimana pula mereka (Golongan Agamawan Sabah) hendak menarik perhatian masyarakat di Sabah??
Jawapannya juga tidak susah. Kita juga memerlukan golongan profesional Islam Sabahan yang mampu memecahkan tradisi pemikiran sesuatu golongan. Mengapa dikatakan demikian, kerana kita lihat keadaan semasa, golongan profesional lebih besar pengaruhnya daripada golongan non-profesional. Oleh itu, hubungan Profesional Muslim dan non-profesional muslim ini perlu berada dalam satu saff dan pergerakan agar cita-cita yang dilakar akan menjadi kenyataan.
Kedua-dua golongan saling menguatkan satu sama lain. Baru boleh terbina suatu bangunan yang kukuh, tapaknya Islam dan batu-batanya Muslim.
Mengenai Kristianisasi di Sabah, aku melihat benda ini sebagai suatu benda yang agak serius juga. Tapi perlu diingat, Islamisasi di Sabah juga tidak kurang hebatnya dengan gerakan Kristianisasi. Walaupun di setiap daerah dibina Gereja, tapi apa yang berlaku adalah disebaliknya. Gereja kurang digunakan sebagai tempat pergerakan orang-orang kristian Sabah. Maksudnya disini, Pergerakan kristianisasi yang kita lihat sebagai kuat itu, hanya dijalankan oleh sebilangan orang sahaja. Gereja yang dibina hanyalah sebagai manifestasi untuk menunjukkan bahawa Kristian sedang berkembang di Sabah.
Memang Sabah adalah sebuah negeri yang sangat subur untuk Kristian berkembang. Tidak dinafikan bahawa perkara tersebut adalah perkara yang benar. Dalam satu aspek lain, kita juga melihat bahawa Sabah juga subur untuk Islam mendirikan tapaknya disana. Persoalannya disini.. Bagaimana?? Selaju mana kita boleh capai benda ini ??
Pendidikan.. Pendidikan Islam.. semuanya perlu dikuatkan. Ekonomi.. Ekonomi orang Islam Sabahan.. Jabatan-jabatan Agama.. NGO-NGO Islam... Semuanya perlu bersatu untuk mencapai hasrat ini. Ahli politik Muslim perlu menjiwai Islam.. kita memang kena melahirkan lebih ramai ahli politik Islam yang " berjiwa Islam " demi melihat survival Islam yang lebih mantap.
Bagaimana dengan penentangan dari yang bukan Islam nanti ?? Penentangan mungkin akan berlaku.. Mungkin juga sebaliknya.. Siapa Tahu.. :-) Oleh itu, hari ini kita kena cari satu mekanisma yang paling sesuai untuk memberi kefahaman tentang sistem Islam yang hendak kita gunakan dalam memerintah Sabah satu hari nanti sebelum terjadinya penentangan yang lebih besar.
Kurang penentangan bila sudah ada kefahaman. Bila tidak faham, penentangan akan lebih banyak berlaku bukan sahaja dari yang bukan Islam.. tetapi juga dari yang Islam itu sendiri. Kita yakin, bahawa dengan Sistem Islam, Sabah akan kembali gemilang sebagai sebuah kawasan yang dihormati dan disegani bukan sahaja di Malaysia, tetapi di dunia amnya.
Penelitian perlu dilakukan. Kajian terdahulu yang di"tesis"kan oleh bijak pandai kita perlu digunakan sebaiknya dalam memahami keperluan masyarakat setempat. Sejarah dahulu perlu dikuasai agar sentuhan yang lebih hikmah dan mendalam dapat dilakukan.
Kita memerlukan ramai pemikir, perancang, dan pekerja untuk menjayakan cita-cita ini. Sebagaimana ungkapan seorang pemikir Islam, Dr Yusuf Qaradhawi.. Ini merupakan suatu kenyataan dan bukan impian semata-mata....
WallahuA'lam....
Monday, November 16, 2009
Bismillah..
Malam yang kelam.. Tapi best.. aku banyak menghabiskan masaku dihadapan laptop.. Mengulangkaji buku surgery.. baca Novel... dengan backgroud nasyid yang menenangkan jiwa...
Macam malam-malam sebelumnya.. aku mengalami penyakit ndak tidur malam.. Susah jugak penyakit nih.. Sekrang ni pun sudah mau masuk pukul 4 pagi.. Hmmm... pagi-pagi nih... aku mau kongsi sebuah cerita... Best.. hihi... enjoy k...
Ada seorang pemuda yang kacak dan tampan di sebuah bandar yang besar. pada suatu hari, pemuda tersebut pergi ke khalayak ramai dan berkata....
"Attention plissss.......... dalam bandar ni... aku seorang sahaja yang mempunyai hati yang paling lawa...... paling bersih.... paling best... " sambil menunjukkan kepada semua yang melihat bentuk hatinya yang memang sangat perfect.
Semua yang lalu-lalang di kawasan itu mula mengerumuni pemuda tersebut dan mengakui bahawa hati pemuda tersebut sangat lawa dan perfect.
"aa laaa.... Hati aku pun tak macam ni dowh..... " kedengaran dari kelompok itu..
"Phewwwwiiiittttt........" Seorang gadis jalanan cuba mengorat..
"uishh... cantek sangat hatinya nih... macam tak caya je..."
"Haaa... Tengok lagiii.... tengokk.. Aku sangat bangga nih.. " sahut si pemuda..
"Fullamakkk... ko memang hebat bro.." kata seorang mat motor yang tumpang sekaki mengerumuni kawasan itu..
Tiba-tiba muncul seorang pakcik tua....
"Tak lawa pun... Hati aku lagi lawa dan lebih cantik dari hatimu itu..."
Semua yang ada di sana menoleh kearah seorang pakcik yang hanya berpakaian seperti orang biasa.. tidak seperti si pemuda kacak.
Pakcik tersebut menunjukkan hatinya.. Hatinya dipenuhi dengan parut dan lubang-lubang yang sangat ketara. Warnanya pun sudah tidak seperti normal. Luka sana sini..
"Haa??? yang ni pakcik kata lawa?? pakcik ni buat lawak ke?? " si pemuda bertanya.. dia hampir nak tergelak mendengar kata-kata si pakcik..
"Aku tak buat lawak.. aku serius nih..." jawab si pakcik
"Ha? Serius huh?? wooooo.... so Serious....... tengok kat hati pakcik tu.. Hati saya ni perfect.. tak macam hati pakcik.. " si pemuda tergelak sinis...
"yeah... memang hatimu perfect dariku... tapi aku takkan bagi hatiku padamu..."
Si pakcik memulakan bicara.. Semua yang hadir membuka telinga..
"Ko tengok betul-betul kat hati aku nih.. ko nak tau kenapa ia jadi macam nih.. banyak luka.. banyak parut sana sini.. Semua parut ni adalah tanda orang yang aku beri cintaku padanya.. aku carik sikit dari hatiku ini dan aku berikan kepada orang-orang tersebut.. "
"Selalunya orang tu akan bagi balik balasan hatinya jugak kepadaku.... dan selalunya tak sama.. kadang-kadang ada yang bagi besar lagi dari yang aku bagi.. Tu yang ko nampak permukaannya kasar nih... "
"Ada masa... aku bagi hatiku kepada someone... tapi dia langsung tak bagi balik apapun.. walau sedikitpun dari hatinya.. Tu yang ko nampak hatiku berlubang nih.. Orang macam ni memang suka ambik kesempatan dari kebaikan orang len.."
"Walaupun ianya sangat sakit.. tapi.. ianya still berlubang kan.. Takpa laa... lubang ni jugak mengingatkan aku kepada orang tersebut.. dan aku harap.. satu hari nanti.. dia akan datang balik dan tutup balik lubang yang masih terbuka di hati nih... "
Si pemuda terdiam seribu bahasa... Lalu dia mendekati si pakcik tua.. Dia melihat kearah hatinya yang dikatakan perfect itu.. lalu dia mencarik sedikit hatinya dan diberikan kepada pakcik tersebut..
pakcik Tua tersenyum.. lalu mencarik juga hatinya dan diberikan kepada si pemuda kacak.
Si pemuda melihat kembali kearah hatinya... Dah tak perfect.. tapi dia merasakan ianya lebih lawa dari sebelum ini.. kerana kasih dan sayang pakcik itu telah menyelubungi hatinya..
Tamattt...
Hihi... Setengah jam... Cukup laa... Tunggu subuh pulak nih..
Tu jak laa untuk pagi nih... Ambik yang baik.. tinggalkan yang buruk.. :-)
klah.. Chow... :-)
Saturday, November 14, 2009
Setiap yang bermula pasti akan ada tamatnya. Bagaikan pertandingan lumba lari, ada mula dan ada garisan penamat. Mula sekolah dan tamat sekolah. Mula kerja sebagai doktor, selepas beberapa belas tahun akan pencen jugak akhirnya. Mula makan, dan bila sudah penuh perutnya akan berhenti jugak sesudah itu.
Hidup.. Mati.. Apa makna semua nih?
Sejak bila lagi kita bermula? Yeah. Sejak alam roh..
Bila akan habis? Bila mati? Tidak.. bahkan mati itu hanyalah sebahagian daripada perjalanan yang panjang. Mati hanyalah sebagai permulaan menuju hidup yang lebih kekal.
Rantai kehidupan ini terbahagi kepada 5 peringkat.
1. Alam Roh
2. Alam Janin
3. Alam Dunia
4. Alam Barzakh
5. Alam Akhirat
2 Alam yang sudah kita lalui, iaitu alam roh dan alam janin.
Dalam alam roh, kita telah mengaku bahawa Allah adalah Tuhan, dan roh adalah hamba.
Selepas beberapa peringkat setelah sperma dan ovum bergabung menjadi fetus, roh ditiupkan dalam fetus tersebut. Maka dinamakanlah ianya bayi yang belum lahir, yang bergerak-gerak didalam uterus ibu. Kita masuk dalam fasa yang kedua, fasa janin. bagaikan Magik, bayi hidup tanpa bernafas menggunakan peparunya. Walaupun tidak menggunakan hidung ataupun mulut, ciptaan Allah yang hebat ini menggunakan salur darahnya yang bersambung dengan salur darah ibu untuk hidup.
Cukup 9 bulan, bayi itu sudah cukup matang untuk dilahirkan. Kenapa 9 bulan? itulah namanya proses alam yang telah ditentukan. Siapa yang menentukan sedemikian? dialah Penentu yang telah menciptakan segalanya.
Lalu kita masuk dalam fasa yang seterusnya. Fasa dunia yang jauh lebih terang daripada fasa sebelumnya. Lebih menarik dan menghiburkan. lebih banyak teman dan lawan.
Sejurus selepas lahir, kita menangis. ada juga diantara kita yang tidak menangis. Jenis seperti ini tidak normal, mungkin ada masaalah yang perlu diperbetulkan. Nervous System (Sistem Saraf) mungkin.. atau masaalah-masaalah lain. 9 bulan berada dalam kegelapan, mata terbuka, CO2 (Karbon Dioksida) meransang otak untuk menghidupkan sistem pernafasan. Peparu dihidupkan, dibantu oleh organ lain yang sungguh sempurna untuk menyedut O2 (Oksigen).
Oksigen dibawa melalui salur darah, dibahagikan secara adilnya kepada semua tissue. Otak, jantung, ginjal, usus, dan lain-lain. Tanpa oksigen, semuanya akan rosak. Semuanya akan berhenti.
MasyaAllah, siapa yang menentukan semua ini? Mengapa ianya perlu berjalan sedemikian rupa? Ini adalah proses. Proses yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta.
Maka kita pun membesar melaui roda-roda kehidupan di dunia. Kadang kita diatas, kadang kita dibawah. Sesekali sedih, sesekali gembira. Hari ini kita disakiti, besok kita diubati. Bermacam-macam pengalaman, mematangkan pemikiran untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang.
Mata terbuka, hati berbicara apabila fikiran digerak. Ketika cinta bertasbih, otak berfikir untuk apa semua ini. Benak terusik dengan kesempurnaan perjalanan dan peluang yang masih terbuka luas.
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu
Cinta yang bertasbih, memuji dan memuja nama Tuhan yang menciptakan. Cinta mencari-cari Siapakan Dia Tuhan. Ditanya pada manusia, mereka menjawab ALLAH. Siapa ALLAH ??
"Katakanlah (Wahai Muhammad) Dia adalah Allah, Tuhan yang satu"
Muhammad ??
Siapa dia Muhammad ??
Muhammad itu adalah hamba Allah, merangkap wakil kepada Allah yang mengajar manusia tentangNya. Sebelumnya sudah banyak Wakil lain yang menyampaikan risalah yang sama.
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Friday, November 13, 2009
Hmm.. Jam menunjukkan pukul 1 pagi.. Baru bangun pkul 12 tadi.. tido dari pukul 7.. Lama gak tuh.. 5 Jam.. cam tido malam dah.. Tu yang fresh nih.. then sebelum stat study, terdetik pulak nak update ckit blog nih..
Lepas solat Isyak.. aku membuka helaian buku Surgery.. THORACIC SURGERY.. Bab LUNG AND PLEURA.. Saja je buka-buka buku nih.. lama tak dibuka, nanti dimakan anai-anai pulak.
Selang setengah jam selepas itu.. Mata menjadi sangat-sangat berat.
"Adush... napa camni nih.. Bila study jak.. mesti ngantuk.. Stat jak buka buku.. mula laa tuh."
Aku merebahkan diriku seketika di tilam (2 Sofa tilam yang disambung = Tilam King Size) yang memanggil-manggil dari tadi.
"Sedapnyaa tidur nih.. " aku terlelap..
Aiseemen.. pasal ni camni..
Kurang minat study?? tak juga..
Cuti lama sangat ?? Tak juga..
Teda pencetus semangat?? Mungkin..
Iman Kurang?? Mungkin...
Hmm..
Atau..
Telebih Milo kot..?? Mungkin jugak nih... (Dulu kat Matrik pun camni jugak.. Minum Milo.. Mesti ngantuk punya..)
Aku mencari-cari alasan yang paling tepat untuk menghuraikan dilema mengantuk time study nih..
So, try tukar Milo ngan KOPI KAW laa.. MAybe membantu.. Maybe.. Pasal time exam, aku akan minum Kopi lebih 10 cawan setiap hari.. Huhu.. dan memang mata tak tutup.. Semangat sentiasa membara.. Buku tetap menjadi tatapan.. Yang tu Time Exam jak laa.. (Kebanyakan orang pun camni kan.. huhu.. Time exam.. memanglah tak tido dll.. banyak lagi yang perlu dicover)
Nabi SAW pernah menyebut..
"Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." Riwayat Bukhari.
Sihat.. dan Waktu lapang.. Yupp... aku berada dalam kedua-dua nikmat nih.. Cuma tak tau termasuk dalam golongan yang mana satu.. Golongan yang Tertipu.. atau Golongan yang terselamat..
Ada sebuah kisah..
" Membaca.. tips sebelum tidur "
Membaca / Study adalah satu pekerjaan yang baik.. dan terpuji laa katakan.. So, Syaitan mana laa suka ngan perbuatan camni kan.. oleh itu, Si Syaitan berusaha meletakkan tongkatnya di Mata orang yang study nih.. supaya orang tu benar-benar terasa mengantuk dan terlelap..
Huh.. Tu adalah satu Tips yang terbaik untuk sapa-sapa yang ada masaalah tak dapat tido.. "TIPU SYAITAN"
Camana tuh.. Kalo nak cepat telelap.. sebelum tido ambik buku, then baca.. Time nih Syaitan akan datang meniup-niup mata.. Then mata akan menjadi berat.. dan terlelaplah si pembaca disamping bukunya.. Yesss!! Syaitan tertipu..
Hihi.. Men-men jak..
Hmm... Malam Jumaat.. Hujan renyai-renyai pulak di luar tuh.. Hujan Rahmat tuh.. Sok pulak kena bagi Khutbah.. Actually turn Khatib len.. tapi semuanya tak dapat nak bagi.. Ikhwan dan maaskur pulak teda disini.. Ikhwan gi jalan mesir.. Mashkur pulak balik Malaysia.. 2 orang Sheikh Arab pulak minggu ni busy sikit ngan Kerja dorang.. so tinggal aku jak yang sedikit free nih.. Pasni laa baru prepare khutbah tuh..
Ok laa... Study dulu.. Otak dah jadi keras kerana kurang sangat ilmu yang masuk.. so kena lembutkan tissue-tissue otak nih.. dengan info-info medic yang sangat banyak dan kompleks nih.. Otak ni macam enjin kereta jugak laa.. Kalo lama ndak guna kereta tuh, kan susah nak hidupkan enjinnya.. Bateri tak kuat.. so kena tengok/tukar air bateri atau kena pakai jumper, pakai bateri kereta len untuk stimulate bateri kereta yang lama tak digunakan tuh. Otak pun berfungsi lebih kurang camtu gak laa.. :-)
Okay... Study.. (Sebelum tuh masak air jap.. KOPI harapan nih.. hihi) then siapkan benda-benda len yang berkaitan..
Aku akhirkan post kali nih ngan satu hadis Nabi SAW buat tatapan semua.. semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk menjadi HambaNya yang lebih cemerlang dunia dan akhirat.. Ameen..
Sabda Rasulullah: "Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibuk dan masa hidupmu sebelum matimu." (Ditakhrij Al Hakim)
WallahuA'lam..
Sunday, November 08, 2009
Irhamna ya ALlah... ya Rahman Ya Raheem..
Layan gak lagu opick nih.. "Irhamna".. Lama tak dengar nasyid-nasyid nih.. sesekali buka tuk melembutkan hati yang semakin keras..
Irhamna.. Kasihilah Kami..
Tanpa kasih sayang Allah, kita akan hanyut dan lemas dalam kolam kesesatan. Zahir nampak normal tapi batin mengerang kesakitan yang tidak ada taranya. Senyuman yang terukir kelihatan kurang manisnya kerana sedikitnya keikhlasan tika mata bertemu mata.
Irhamna Ya Allah..
Allah maha Pemurah.. Maha Pemaaf..
Dosa biarpun setinggi gunung Kinabalu.. atau sebesar gunung Sinai.. hanya dengan Satu kalimah Istigfar yang lahir dari hati dengan sebutir kesungguhan mampu menarik keampunan Allah SWT.
Kenapa Allah kadang-kadang membiarkan kita dalam keadaan yang jauh darinya ini? Adakah kerana Allah bencikan kita? Adakah kerana Allah menyampah dengan diri yang maha hina ini?
Tidak sekali-kali.. Inilah yang jugak dikatakan rezeki.. Allah nak tengok sejauh mana kita boleh berpisah denganNya.. Fitrah hati memang tidak boleh berpisah dari Tuhan.. Allah nak tunggu.. Bila hati yang keras itu mahu menundukkan segala egonya di hadapanNya.. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang suka kembali kepadaNya..
Irhamna ya Allah...
ya Allah.. kami memang hambaMu yang selalu melampaui batas.. menzalimi diri kami sendiri.. MAAFKAN kami ya Allah... dengan berkat NamaMu.. Dengan berkat Rahman dan RaheemMU ya Allah.. pandanglah kami dengan pandangan kasih sayangMu..
kami tahu diri kami tersangat-sangat jauh dariMu.. kami hambaMu yang Hina.. Kasihanilah kami.. Ya Allah.. tanpaMu hidup kami kosong tidak bermakna.. ya Allah.. Rahmatilah kami..
Friday, November 06, 2009
500 000 dah infected oleh flu nih.. sehingga hari ni lebih 100 orang dah mati..
MasyaAllah... Apa jadi di Ukraine nih?? InfluenZa H1N1 ?? tapi ikut info dari kebanyakan Doktor ukraine.. ia bukannya H1N1, tapi Pneumonic Plague yang disebabkan oleh bakteria yang diberi nama Yersinia Pestis..
Symptom lebih kurang H1N1, tapi yang ni lebih teruk lagi kot.. Besanya Bacteria ni digunakan sebagai Bioterrorist attack. Banyak gak khabar-khabar angin yang kata benda ni ada kaitan dengan pilihanraya yang akan datang.
Di kiev minggu lepas, banyak dah orang awam yang pakai Mask. Awek-awek suma tutup.. cam pakai purdah dah.. ( Lawa eh Ruski pakai cam Purdah nih.. huhu.. ). Sekarang ni pulak cuaca tengah nak sejuk, berangin dan kering. Huhu.. lagi laju laa Infection nih.
Tapi tu di Kiev laa.. Camana di SImferopol pulak? Simferopol macam teda apa-apa jak.. hari pertama aku gi rinak, macam sikit sangat jak yang pakai, temasuk aku, hihi.... Kadang-kadang orang pandang cam pelik pulak aku pakai mask. Tapi mau tau.. Ubat-ubat antiflu ni dah habes di kebanyakan Apteka (Farmasi). Begitu jugak halnya dengan Mask. Tapi peliknya, sikit pulak yang pakai kan.. huhu..
Plague nih, kalo lambat amik rawatan, dalam banyak-banyak artikel kata 100% pesakit tu akan mati. Huhu.. Tapi bagi aku, 99% jak.. 1% bagi kat Tuhan.. hehe.. dan 1% ni laa yang paling penting.. yang akan menentukan Mati atau Hidup. kan??
Nasihat tuk diri sendiri dan kawan-kawan... Hati-hati laa sikit.. Jangan asyik jalan sana sini.. Cuti nih.. manfaatkan sebaiknya.. (Huhu.. ni lebih kpda diri aku yang malas nih.. )
ya ALlah... dah2.. SOlat maghrib dulu.. Camana leh telupa yang waktu maghrib sudah masuk.. K CHow.. Malam ni stay Hostel.. ada Keja sikit.. Meluangkan masa ngan kawan-kawan.. Oklah..
Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit-penyakit berjangkit nih.. penyakit zahir dan batin.. Ameenn..
Thursday, November 05, 2009
Bismillah.. Malam ni aku nak kongsi satu cerita sedih.. Semoga ada kebaikan dari cerita nih..
Seorang adik kecil yang berusia 6 tahun, Elena Desserich telah dikesan menghidapi Cancer Otak. Ketika dia mengetahui akan perkara tersebut, si adik kecil telah menulis tak kurang dari 100 Love Notes untuk ibu bapanya selepas dia pergi. Dia menyembunyikan lukisan-lukisan tersebut tanpa pengetahuan ibu-bapanya.
Doktor mengesahkan bahawa si adik kecil mungkin akan 'PERGI' dalam masa 135 hari. Si adik kecil hanya mampu bertahan selama 255 hari dan 'PERGI' meninggalkan ibu bapanya yang tersayang.
Selepas pemergiannya, Ibu bapa si adik kecil telah menjumpai lukisan-lukisan tersebut. Sedih dan sayu dibuatnya... Hati mana yang tak sedih bila anak tersayang pergi terlalu awal..
Di bawah ni adalah antara lukisan si adik kecil..
Tuesday, November 03, 2009
Salamualaikum..
Jam sudah mendekati pukul 11 malam. Huh.. Cuti 3 minggu.. Semua sekolah dan universiti di Ukraine diumumkan cuti bermula semalam disebabkan wabak Influenza H1N1 yang dah menhorbankan seramai 50 orang. 3 Minggu.. Huh.. lama jugak nih.
Tadi Kimi call..
"Banyak orang dah balik.. dan nak balik.. Sok mashkur pun nak balik gak.. "
Ha?? Balek??
"Berapa harga ticket Mi?? " Aku bertanya..
"lebih kurang 800 USD.... "
"Huhu.. aku pun nak balek gak..." aku menyambung...
"Nak balek?? orang lain nak balek pasal nak kawen.. "
Adush.. betul gak tuh.. kalo aku balik pon.. bukannya nak kawen.. Huhu.. 3 minggu di rumah..
Hujung minggu lepas aku, Kimi, Mashkur dan Ikhwan pegi Kiev melawat Ar-Raid.. 3 hari jak.. Best dan menarik.. Dalam perjalanan, terjumpa pulak ngan Bg Azmin.. yang sedang bertugas di kiev, Urusan Petronas.
Bg Azmin ajak tinggal di hotelnya.. Hyatt Hotel.. so kami bermalam di suit room.. Huhu.. Harga 5000 griv satu malam.. MasyaAllah.. cantik dan sangat-sangat selesa bilik kediaman bg Azmin.
Nanti laa aku uploadkan gambar kat Kiev..
Malam ni ndak tau mau buat apa pon.. Study?? Sok pagi laa study.. Sok pagi kena bangun awal.. kena solat Subuh..... Huhu...
Sekarang ni di Ukraine sudah mau masuk musin winter. Subuh masuk pukul 440 pagi dan maghrib pada pukul 430 petang. Malam yang panjang.. siang yang semakin pendek.. Suhu pun semakin menurun.. ndak lama lagi salji akan turun.. Bumi akan kembali putih ditutupi salji yang bersinar.. :-)
aku pun ndak tau mau tulis apa nih malam nih.. Dalam perjalanan dalam train dari semasa pulang dari kiev ke simferopol.. kami banyak berbincang mengenai hal diri masing-masing.. Best laa pulak kan.. paling best kaco Ikhwan.. Adik junior yang skema.. Hehehe..
Kebanyakan benda berkisar mengenai masa depan.. kawen.. dan lain-lain.. Kawen.. Huhu.. Aku termenung mengingati kisah lalu yang penuh dengan duri dan ranjau. Banyak sudah teman sekolahku dahulu yang sudah dan akan melansungkan perkahwinan mereka. Jira, Noy, Helmi, Ashraf, Che', Khatty, Ida, Raihan, dan banyak lagi..
Aku tersenyum sendirian.. di Ukraine ni pun banyak gak teman-temanku yang sudah melansungkan perkahwinan.. Bg Ali( Anak sorang ), Bg Taufik, Mashkur, Bg Azmi (Anak dah 2), Kimi (InsyaAllah anak yang pertama bulan Feb taun depan), Megat, Khairy, Wan kecik, Alok, Faris, sapa lagi eh.. banyak lagi kalo ndak silap.. Dan Iqbal.. (Huhu... ni baru masukkan.. Cne leh telupee.. Maybe pasal Iqbal nampak muda kot.. hehehe.. :-p )
Huhu.. temenung panjang nampak.. hehe.. Biarlaa kan..
aku teringat kata-kata mama..
"Sapa orangnya tuh.. bawa laa jumpa mama.. suruh dia datang rumah.."
"Huhu.. teda lagi laa mak... sepupu-sepupu yang lain pun belum kawen lagi.. tunggu dorang kawen dulu laa mak k.. " aku mengalunkan tune suaraku yang bisa menyejukkan hati mama..
"ndak payah laa tunggu dorang.. kalo sudah ada orang.. kita cepatkan jak.. Tunang dulu.. lambat-lambat nanti, diambil orang pulak.."
"Oklah mak.. kalo sudah jumpa orangnya, nanti bagitau mama n bapa.. tapi sekarang, ndak tau lagi nih.. teda lagi nih yang betul-betul serius nih.." aku menutup cerita..
Mama dan bapa jugak pernah cakap.. kalo mau cari.. cari yang berAgama.. senang hidup nanti.. Sama ngan sabda Rasulullah yang mementingkan Agama dari yang lain.
"Mak, kalo pilih yang bukan islam.. atau yang ndak pakai tudung kaa.. camana tu?? boleh kaa?? "
"Ish.. ndak payah laa cari yang camtu.. susah lagi nanti.. mama ndak suka yang camtuh.. yang pakai ketat-ketat.. suar pendek.. Banyak lagi yang baik-baik.. napa mau pilih yang camtu.."
"Alaa mak.. nanti kan boleh ajar jak dia pasal agama... " aku mengaco mak..
"Mama ndak suka.."
Aku tersenyum.. Alhamdulillah.. Aku dikurniakan Mama dan Bapa yang pentingkan Islam lebih dari segalanya.. Alhamdulillah.. Teda nikmat yang paling baik di dunia ini melainkan Mama dan Bapa yang sayang dengan Islam.. Ya Allah.. Ampunilah kedua ibu Bapaku dan kasihilah mereka.. sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil... ameenn...
1140 Malam..
40 Minit aku membuang masaku untuk menconteng blogku ini.. Sambil diiringi lagu " My Memory - Winter Sonata - " layan jugak nih..
Ok laa.. Besok kalo ada masa.. Conteng lagi laa.. Oklah..
k...
Semoga hari esok Lebih baik dari Hari ini...... Ameen...
Gud niTe..
Wednesday, October 28, 2009
Kelas Surgery akan bermula pukul 8 pagi esok. Hmm.. Awal gak mula pasal kena join 5 minute conference ngan Doctors kt Lugov Hospital. Sekarang sudah pukul 1 pagi. Baru siap study sikit-sikit.
hari ni kelas habis pukul 2 petang. Selalunya kelas habes awal dalam pukul 1 petang. Asar masuk dalam 230 petang. Bas kat Lugov hospital sampai dalam pukul 2 lebih. Huhu.. tak sempat nak solat kat rumah. Seluar pulak tak bersih sangat nak bawa solat. tu yang tak solat kat kelas. So, amik keputusan solat hormat waktu laa kat dalam bas. Solat sambil berdiri jak laa..
Sampai rumah, azan kat komputer sudah berkumandang. Allahu Akbar... Allahu Akbar...
Biasanya azan komputer ni awal sikit dari jadual solat Arraid. (Arraid adalah sebuah Persatuan Islam Ukraine yang popular juga dikalangan orang tempatan sini). Then ambik wudhu dan terus solat zohor. 20 minit kemudian, sambung pulak solat asar.. Hehe.. Sambung-menyambung jak..
Petang gi joging jap. Kalo mau tau, sekarang ni sudah masuk musim Autumn.. Musim luruh. Daun-daun tengan luruh laa nih. Weather pun sudah mula sejuk. Besstt.. Aku suka laa sejuk-sejuk camni nih.. Langit yang mendung.. Menenangkan jiwa. :-)
Joging.. hehe.. Kena kuruskan sikit badan nih.. Hehe.. Gemok.. nanti teda orang mau.. keh.. keh.. keh... actually bukan pasal ni jak.. Kesihatan.. Kena jaga.. hihi.. Mama dan Bapa kedua-duanya ada penyakit keturunan. Mama ada Diabetes.. Bapa ada Hypertension.. Aku?? Alhamdulillah sihatt.. Tapi aku ni sangat-sangat berisiko untuk dapat penyakit nih kalau aku tak jaga dan control apa yang perlu. So, ken alaa joging selalu.. Untuk dapat Badan yang mantap.. and Kesihatan yang optimum. Hehe..
Mmm.. oklah.. 115 sudah.. Ngantok.. Saja jak ni mengarut-ngarut di blog nih. Apapun... Semoga esok lebih baik dari hari semalam..
Huhu.. ada lagi benda yang perlu aku siapkan minggu nih.. Sok pagi kena plan perjalanan sampai ke petang.. Yupp.. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.. InsyaAllah...
Okay Laa.. Tdoo.. SelamaT Malam SimferopoL..
Sunday, October 25, 2009
Hari ni alhamdulillah ada gak peluang tuk besama kawan-kawan gi men paint-ball.. Best.. Syok.. ni 1st time main benda nih..
"Ni temasuk sunnah ke ni eh?? " Tanya Bg Rem..
"Yupp... Sunnah nih.. Belajar bejihad.. " hehe.. Seronok..
Ni letak gambar-gambar tadi.. Hehehe.. Jarang gak letak gambaR sendiri nih.. hehe..
Hmm.. Tengah siok begambar, aku terfikir sesuatu..
kalau laa ni adalah peperangan yang real.. Aku dah mati dah kena tembak.. Waktu main tu pun aku terfikir gak.. Yang ni baru Paint Ball.. kalo peluru yang real..??
Kalo benda ni jadi masa hadapan, (Kita pun x tau kan apa akan jadi masa depan..) Adakah aku bersedia untuk menyahut cabaran Jihad yang sebenar?? Adakah aku sedia untuk korbankan nyawa untuk melawan musuh?? Adakah aku bersedia untuk berada di tengah laluan peluru yang tidak mengenal kawan dan lawan??
Secara teoriNya.. Senang untuk kita mengaku kita mampu.. Bila tanya secara jujur kepada hati.. masih ada lagi perasaan teragak-agak.. Mulut sahut Allahu Akbar.. tapi Hati kecut tidak bertepi.. Ya Allah.. lemahnya aku...
Main pun main jugak kan.. tapi biarlah ianya berpengajaran, agar masa yang diluangkan tidak terbuang begitu sahaja tanpa pahala dan redhaNya..
ya Allah.. kuatkanlah kami untuk mentaatiMu.. Ameenn.. Ampunilah kami dan dosa kedua ibu bapa kami.. Ameen yaa Rabb..
Friday, October 23, 2009
Huh.. Bismillah..
Kumulakan malam jumaat yang mulia ini dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Sebelum Stat Study.. Kita sembang-sembang laa dulu k..
Manusia tidak pernah puas dengan kehidupan dunia. Yang kaya.. mahu terus menerus kaya.. Yang miskin, mengejar sehabis nyawa untuk menjadi kaya.. yang berpangkat rendah bertungkus lumus nak naik ke pangkat yang lagi tinggi..
apa sebenarnya yang menyebabkan manusia tu tak pernah berpuas hati dengan apa yang ada?
Dalam Quran Allah telah menyatakan.. bahawa fitrah manusia itu suka kepada 3 benda.
1. Wanita/Lelaki (Pasangan)
2. Anak
3. Harta yang melimpah ruah
aa.. memang fitrah manusia..
Fitrah tetap fitrah.. Fitrah perlu dikawal dan dipandu kearah jalan yang betul.
Sekumpulan pelancong akan sesat kalau tidak ada peta tempat yang dorang pegi tu.
Begitu jugak manusia. Kalau tidak ada buku panduan untuk hidup, manusia akan sesat. Dalam mencari kecemerlangan hidup, manusia memerlukan buku panduan yang ditulis oleh penulis yang hebat. Maklumat yang terdapat di dalamnya tepat dan nyata. Senang untuk difahami dan boleh digunakan di mana-mana zaman sekalipun.
Yeah.. Buku Panduan Hidup.
Dalam Islam, buku panduan yang digunakan untuk menyusuri kehidupan ini adalah Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.
Dalam agama lain pun ada buku panduannya masing-masing.
Yupp.. Kenapa ada banyak buku panduan nih?? Mana satu yang betul?? Yang ni perlukan kajian lebih terperinci. :-)
Dunia akan aman jika apa yang ada dalam buku panduan ini diamalkan.
Setakat buku panduan yang diagung-agungkan dan dibangga-bangga.. kalau ianya tidak diamalkan.. Ia bagaikan keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal dan berat. Kitab itu tidak memberi manfaat apapun kepada si keldai melainkan hanya penat dan lelah.
Dalam hidup ini, Fitrah manusia juga mahukan kepada kebaikan. Fitrah juga apabila manusia memerlukan Tuhan dalam hidupnya.
Sudahkan kita memilih siapa Tuhan kita? atau ia hanyalah pilihan yang tidak disengajakan.. Lahir dari seorang ibu yang mempunyai keyakinan terhadap Tuhan tertentu..
Fitrah.. bila kita mula berfikir apakah tujuan hidup ini..
Fitrah.. bila kita mula mencari Tuhan yang sebenarnya...
Fitrah.. Bila kita mula berfikir untuk hidup dengan lebih tenang dan bahagia..
Dalam Quran.. Allah menyatakan bahawa Allah telah memberi pilihan kepada kita.. jalan yang benar atau jalan yang membawa jauh dari Allah. Terpulang kepada kita untuk memilih..
Semua sudah besar panjang untuk disuap dengan nasi.. bila lagi kita nak gunakan otak ni dengan baik untuk memikirkan perkara sedemikian dan membuat keputusan dan pendirian di atas kaki sendiri..
Rodiitu Billahi Rabba.. Wa Bil Islaami Dinaa.. Wabi Muhammadin SAW Nabi wa Rasuulaa..
(Aku redha Allah sebagai Tuhanku.. Dan dengan Islam sebagai agamaku.. dan dengan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul..)
Wednesday, October 21, 2009
"Sesungguhnya kami telah ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya " Surah 95:4-5
Gambar di atas adalah gambar sorang budak yang berusia 3 tahun yang didera, dirogol dan diliwat sehingga dia menemui ajalnya hari ini.
Astagfirullah..
Manusia jenis apa yang buat benda nih?? Manusia yang bernafsukan binatang, malah lebih rendah darjatnya daripada binatang.
Seorang lelaki Sudan, study kat KL, then tinggal sekali ngan aweknya yang dah ada anak 3 tahun sering melakukan benda yang sama ketika aweknya tu takde kat rumah.
Selepas melihat anaknya meninggal dunia, aweknya tu bersekongkol dengan mamat Sudan tersebut dengan mengatakan pembantu rumahnya yang membunuh anaknya.
Tapi dorang silap. Dorang ingat semua orang bodoh macam dorang. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tergelincir jugak dari pokok.
Kantoii..
Laporan Selanjutnya..
Budak 3 Tahun??
2 hari yang lalu, satu lagi kes telah berlaku.
Ni gambar baby yang dicampak dan dibuang oleh mereka yang berhati syaitan yang tidak ada sifat kemanusiaan di dalam dirinya. Sapa yang buat nih? Orang yang ada Islam pada namanya.
Apa sudah jadi dengan orang melayu Islam kita pada hari ini? Akhlak merundum habis-habisan. Agama ditinggalkan dan dianggap sebagai benda yang karut.
Kes adik Nurin Jazlin..
Sapa yang tak tau kes nih... Sian adik nih.. Diculik.. Dirogol.. pecah perut dan organ dalaman.. Apa cerita nii?? Adushh.. Sapa yang buat??
Dalam kebingungan, kita mencari jalan penyelesaian untuk membendung kegiatan Abg Syaitan Ar-Rajim nih..
Mulakan dengan melihat kepada diri sendiri, kemudian keluarga, masyarakat dan negara. Semuanya perlukan perubahan.
Perubahan yang bagaimana yang kita nak?
Islam ada caranya. Bila lagi kita nak gunapakai Islam dalam kehidupan kita?? InsyaAllah... Yakinlah.. Bila Islam yang kita gunakan sebagai dasar, perkara seperti ini akan dapat dikurangkan dan dibendung dengan serta-merta.
Bila Islam ditinggalkan.. Keruntuhan akhlak akan berleluasa, hiburan akan menenggelamkan umatnya, akan bermaharajalela lah para pendokong Abg Syaitan Ar-Rajim....
Fikir-fikirkan...
"Apabila Babi lebih mulia dari MereKa.............................. "
Sunday, October 18, 2009
Friday, October 16, 2009
Sukan dalam Islam
Islam menggalakkan sukan berdasarkan nas2 berikut:-
المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير
مر النبي صلى الله عليه وسلم على نفر من أسلم ينتضلون ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ارموا بني إسماعيل فإن أباكم كان راميا ، ارموا وأنا مع بني فلان. قال فأمسك أحد القريقين بأيديهم ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما لكم لا ترمون؟ قالوا: كيف نرمى وأنت معهم؟ فقال النبي صلى الله : ارموا فأنا معكم كلكم.
Maksudnya:
“Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda “ Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya “ Kenapa kamu tidak memanah?” Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?” Nabi saw menjawab “Memanahlah, aku bersama kamu semua.”
(Hr Bukhari – sahih)
5) Nabi saw telah bersukan dengan isterinya Aisyah ra. Aisyah ra telah meriwayatkan hadis berikut:
أنها كانت مع النبي صلى الله عليه وسلم في سفر قالت : فسابقته فسبقته على رجلي ، فلما حملت اللحم سابقته فسبقني. فقال : هذه بتلك السبقة.
Maksudnya: "Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran. Aisyah berkata “Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda dapat mengalahkanku.” Nabi saw bersabda “Kemenangan kali ini membalas kekalahan yang lepas.”(Hr Abu Daud)
6) Nabi saw menggalakkan sahabat2nya bermain dan menonton permainan mereka bersama Aisyah ra. Ini jelas dari hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah ra:
لقد رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يسترني بردائه وأنا أنظر إلى الحبشة يلعبون في المسجد حتى أكون الذي أسامه
Etika sukan dalam Islam
1. Permainan tersebut hendaklah yang dibenarkan syara’. Permainan yang haram adalah seperti melaga2kan binatang kerana Nabi saw menegah dari melaga2 binatang. (Hr Abu Daud – daif).
“Dan celaka bagi orang yang lalai dari melakukan solatnya (sehingga solat diluar waktu)” (4 : al-Ma’un)
لا ضرر ولا ضرار
6. Tidak ada percampuran lelaki perempuan yang dilarang. Percampuran yang dilarang adalah yang ada sentuhan lelaki dan perempuan. Nabi saw bersabda:
لأن يطعن رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس أمرأة لا تحل له
Maksudnya: “Dicucuk kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hr Tabrani)
7. Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang hendaklah tidak ditonton oleh lelaki samada secara langsung atau pun tidak. Dr Yusuf Qardawi menyatakan:
dipetik dari - www.akhisalman.blogspot.com -
PeacE...